Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya

kepada semua rakyat Malaysia terutamanya beragama Islam, saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri. kesian saya tahun ni tak balik beraya. nak buat macamana dah kerja hari raya ke-2. sedih woo!!!

Friday, September 19, 2008

Malaysia bakal menjadi Iraq

seperti yang kita tahu, iraq sekarang umpama negara padang jarak padang terkukur. ini kerana serangan US dengan konco2nya bertali arus menghentam rakyat iraq yang tidak berdosa. disamping itu puak2 bertelagah di iraq memburukkan lagi keadaan dengan menambah luka parah yang sedia ada dalam.

sebut saja iraq, pasti ramai penduduk bumi akan mula membayangkan muka saddam hussein, pemimpin yang pernah membawa iraq ke pentas dunia dari berbagai segi satu masa dulu. selain membawa kehancuran kepada negara babylon ini.

dari sudut sejarah, terdapat banyak sumber2 US, diplomat, perisikan telah menyebut saddam berhubung dengan CIA yang pada masa itu di bawah john F. Kennedy. presiden US ini juga telah menolong saddam merampas kuasa pada 1963.

pada waktu ini US menolong saddam kerana saddam dilihat sebagai anti komunis pada tahun 1960an dan 1970an. dikatakan perhubungan pertama saddam dengan CIA bermula pada 1959 bila dia adalah sebahagian dari pasukan 6 orang yang ditugaskan oleh US untuk menggulingkan perdana menteri iraq pada waktu itu Abdul Karim Qassim.

disini kita dapat kaitkan bagaimana seorang yang pro US tetapi bila tugasnya sudah selesai US telah melancarkan perang dan menuduh saddam dengan berbagai2 tuduhan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) contohnya telah mewujudkan banyak spekulasi hubungan beliau dengan US. tidak ada seorang pun rakyat malaysia mendapat layanan sebegini dari US malah ketika beliau melawat US 12 tahun dulu, beliau mendapat sambutan karpet merah dan tembakan meriam 21 das. umpama seorang wira dari kaca mata US.

sebelum kita mengandaikan DSAI adalah ejen CIA, kita kena kaji juga kenapa US hendakkan malaysia? dari sudut fizikan negara kita, semua sudah sedia maklum, negara kita terletak di tengah2 asia tenggara disamping kita juga mengawal selat paling panjang didunia iaitu selat melaka.

dari konteks lain pula, negara kita ini boleh dikatakan negara islam termaju dalam dunia. sudah semestinya pemimpin2 US yang anti islam melihat ini sebagai ancaman baru dari dunia islam kerana malaysia terkeluar dari kawasan timur tengah.

orang2 yahudi juga pasti sudah memasang mata dan telinga terhadap negara kita ini. sudah semestinya mereka mengira jika mereka membiarkan negara kita maju tanpa diusik, kita nanti pasti datang ke mereka membela nasib sesama islam disana.

untuk melaksanakan tugas2 licik US dan yahudi ini, orang yang paling sesuai sudah semestinya anwar kerana anwar mempunyai hubungan rapat dengan US. saya bukan hendak menuduh DSAI ini ejen CIA, ramai lagi ejen CIA di malaysia tapi kita boleh melihat sejarah berapa ramai revolusianist ini merupakan talam dua muka.

yang pasti sejarah pasti berulang.

Thursday, September 18, 2008

Katak o Katak, Kenapa Engkau Katak?

Ada seorang kawan aku menerangkan pada aku kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) hendakkan 32 orang ahli parlimen BN lompat parti, aku berasa sedikit teruja dengan penjelasan kawan aku ini.

dia menerangkan DSAI hendakkan 32 orang MP BN ini terutamanya melayu untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk mengimbangi jumlah MP bukan melayu dalam PR semasa peralihan ini berlaku.

ini menambah lagi kekeliruan rakyat bila mana Datuk zaid Ibrahim boleh keluar dari BN dan juga perkembangan yang berlaku di Terengganu dan juga Kelantan bila ramai ahli2 UMNO bertindak meninggalkan parti.

Yang menjadi persoalan aku, kenapa DSAI macam tak yakin dengan MP2 dia sendiri walaupun mereka bukan melayu? adakah DSAI mulai sedar kesan jangka panjang disebabkan janji2 beliau kepada bukan melayu? adakah DSAI terlalu terdesak untuk memenuhi kehendak rakyat dan kehendak beliau sendiri?

jawapannya begitu mudah, ini menunjukkan DSAI telah terperangkap dengan tindakannya sendiri dan juga beliau bimbang sekiranya PAS meninggalkan PR. Janji2 beliau kepada bukan melayu telah memakan diri. sudah semestinya jika beliau menjadi PM, janji2 ini akan dituntut sepanjang masa sehingga kiamat oleh bukan melayu. kita semua sudah dengar bagaimana pemimpin2 dalam PKR membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.

adakah rakyat sanggup meletakkan hak2 melayu dalam taruhan sedangkan kerajaan sekarang memang dipegang oleh melayu? adakah melayu sanggup melihat anak2 cucu cicit kita seperti yang berlaku di singapura?

kita sebagai kaum bumiputera seharusnya sedar dan menilai diri kita siapa, kita juga haruslah memperbaiki kelemahan sendiri terutama sifat malas kita ini. kita juga haruslah sanggup menerima teguran2 dan kritikan demi memartabatkan bangsa kita.

UMNO terutamanya harus bertindak lebih kehadapan jika tidak mahu dilihat lemah, mereka juga haruslah meninggalkan budaya 'senior baru boleh menjadi pemimpin'. UMNO hendaklah memberi lebih peluang kepada orang2 muda yang berbakat besar supaya menjadi pemimpin.

Jika BN melihat dan sentiasa mencerminkan diri maka BN tidak akan dilihat lemah. kita semua berterima kasih kepada BN terutamanya UMNO, MCA dan MIC kerana telah banyak memberi jasa kepada kita namun mereka harus bergerak seiring dengan perkembangan semasa.

demi Malaysia yang perkasa, marilah kita sama2 membetulkan keadaan sebelum terlambat.

Salah Tetap Salah!!! Betul Tetap Betul!!

Aku dapat 2 mesej lucu dari kawan2 sesama reporter, tapi yang best nya kedua2 mesej ni berkenaan dengan Anwar Ibrahim.

Mesej pertama=
Anwar telah memperoleh 42 kerusi parlimen merampas kuasa negara, 30 kerusi dari IKEA, 10 dari Court Mammoth dan 2 dari lori jual kerusi lama. untuk maklumat lanjut sila layari www.anwargilakuasa.net.

mesej kedua=
Anwar mengangkat sumpah hari ini dihadapan gambar Agong dirumahnya. Ini menunjukkan Anwar begitu kemaruk dan membuat latihan mengangkat sumpah PM lebih awal.

Fuh!! macamana ada kerajaan dalam dunia ni yang boleh membiarkan seorang individu yang sudah pun mengancam akan merampas kuasa tapi boleh membiarkan individu ini berkeliaran malah boleh menjadi ahli parlimen..still rakyat malaysia terutamanya penyokong anwar menganggap kerajaan malaysia tidak telus dan tidak demokratik.

Fuh!! Hebatnya sistem kebebasan bersuara di Malaysia.

MALAY...Completed Package

1. Tak boleh tengok sesama melayu maju sikit
2. Suka jatuhkan sesama melayu
3. Suka kutuk orang.
4. Perasan diri tu kuat.
5. Suka tambah cerita..adik beradik ngan ajinomoto la ni.
6. Suka campur hal orang lain.
7. Marah kalau kita kacau dorang sedangkan dia kacau kita dulu boleh.
8. Pentingkan diri sendiri.
9. Suka gaduh pasal perempuan.
10. Sanggup di hamba abdikan oleh kaum lain ataupun girlfriend.
11. Kuat sembahyang tapi masih main judi, mengumpat and minum arak.

Kalau korang rasa diri korang ada semua ni maksudnya korang adalah melayu sejati yang tiada tolok bandingnya.

3rd World Mind

Aku pelik kenapa rakyat Malaysia yang suka buang sampah bersepah mengaku dirinya 1st world mind??? tolong sikit ok, sedarlah kepada golongan2 ini. yang membezakan korang dengan 1st world mind adalah seperti berikut=

-Korang kat Malaysia
-Korang rasa diri best (perasan)
-Korang tak tau pun apa maksud 1st, 2nd n 3rd world
-Korang cakap English pun bersepah tp mengaku mcm orang putih

Lastly korang ada idung kemek, kulit gelap dan suka merapu.

Monday, September 15, 2008

Sokong Ahmad Ismail

Disebabkan niat jahat pihak tertentu setelah memenangi kemenangan di PRU12, dan PRK Permatang Pauh dan baru merasa sedikit kuasa, kini mereka begitu lantang hingga terdapat media tertentu berani memutarbelitkan kebenaran kenyataan seseorang dijadikan isu perkauman.

Tiada sesiapa menyoalkan kewarganegaraan mereka, hak mereka dan perlembagaan pun tidak menafikan mereka hak. Persoalannya, mengapa mereka malu dengan sejarah asal usul sebagai kaum pendatang?

Sejarah itu jelas mereka bukan penduduk asli di sini dan adalah asal usul pendatang. Mereka bukan berasal dari alam budaya sini, malah masih mengekalkan cara hidup, cocoon kelompok sesama, pendidikan dan bahasa dari alam budaya asing.

Hakikatnya, pendatang haram Indonesia lebih bersesuaian dengan alam budaya negara ini. Mereka lebih mudah assimilasi dengan budaya negara ini.Adakah ini pendirian malu atau angkuh?

Aku hanya teringat kata-kata Lee Kuan Yew dalam Parlimen Malaysia pada tahun 1964 mempersoalkan Melayu sebagai kaum asal dan menyatakan orang asli sahaja yang kaum asal di Malaysia?

Mungkin sedap kalau ditanya siapa pula penduduk asal Singapura dan Pulau Pinang? Ornag Cina?

Bunyinya rasis tetapi kebenaran tidak boleh dilakarkan sebagai rasis. Memutarbelit untuk melabel seseorang sebagai rasis untuk rasis.

Nyatakan kebenaran kerana dalam kebenaran itu hakikat dan penyelesaian kepada permasaalahan. Aku menyokong pendirian yang telah ditunjukkan oleh Dato Ahmad Ismail, ketua Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang.

Mengapa perlu Presiden UMNO memaksa meminta maaf sesuatu yang tidak benar? Mengapa Timbalan Presiden bersikap pengecut dan apologis? Syabas Dato, kerana berani mempertahankan maruah Melayu dan UMNO.

THE PORTUGUESE CONQUEST

At the time of the Portuguese arrival in the Asian seas, Malacca, thanks to its strategic position on the strait bearing the same name, was a remarkable trading center for the trade and shunting of spices. At that time, Malacca was ruled by a Muslim Sultanate.

The town extended its influence over a vast territory, which included the whole Malaya Peninsula.

Its port was frequented by a multitude of ships and merchants from all the Asian nations of the time: Arabia, Persia, China, India, Japan, Indonesia, Ceylon, and Bengal. In it were gathered and sold all the Asian spices: pepper, cloves, ginger, cinnamon, nutmeg, etc.

After their arrival in India, the Portuguese soon became aware of the importance of the city. An expedition sailed to Malacca in 1509 but failed, and many of the Portuguese were captured and imprisoned by the Sultan.

In 1511, the ViceRoy of India, Afonso de Albuquerque, decided to organize an expedition destined to conquer Malacca. At the head of 1.100 - 1.200 men and 14 ships, Afonso de Albuquerque arrived in view of Malacca in June of 1511 and immediately demanded the rescue of the Portuguese that were taken prisoners in the 1509 expedition. The Sultan tried to gain time to strengthen the town defenses. He was well aware of the small number of Portuguese troops and was confident on his powerful army of 20.000 men and 2.000 guns.

Albuquerque wasted no time. At down of 25 July 1511 the Portuguese attacked the town concentrating the assault on the bridge on the river dividing the town. After a fierce battle the bridge was conquered by the Portuguese, but at nightfall they were forced to retreat.

After some days of preparations, on 10 August 1511, the Portuguese renewed the attack. Albuquerque had the assistance of some Chinese junks that were anchored in the port. The use of a junk offered by the Chinese merchants was decisive, as this junk was used as a bridgehead. This time the attack was successful and the Portuguese finally succeeded in establishing a bridgehead in the town.

There were then several days of siege in which the Portuguese bombarded the city. On 24 August 1511 the Portuguese again attacked only to discover that the Sultan had escaped. With Malacca was now in Portuguese hands, they sacked the town, but following Albuquerque’s orders, they respected the property of those who sided with them.

B. W. Diffie and G. D. Winius in the book "Foundations of the Portuguese Empire 1415-1580" write: "the capture of Asia's greatest trading city by a mere 900 Portuguese and 200 Indians must rank as an event in the history of European expansion no less stunning than the better known conquest of Tenochtitlan by Hernando Cort├ęs".

Baca seterusnya di laman web Colonial Voyage.

Melayu bukan RACIST!

KALAU ada orang di Malaysia yang menuduh orang Melayu sebagai bangsa rasis, saya kira ini tuduhan melulu dan sama sekali tidak benar.

Kalau ada dua tiga orang politik Melayu, baik dari UMNO mahu pun mana-mana pihak yang lain dicabar oleh orang bukan Melayu kerana membuat kenyataan yang dianggap bersifat 'rasis', maka orang itulah yang salah, bukan bangsa Melayu.

Mereka tidak mewakili watak Melayu yang benar.Saya bersetuju dan menyokong pandangan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa orang Melayu tidak pernah rasis ketika beliau berucap merasmikan Forum Sambutan Merdeka - Pelaksanaan Undang- Undang Fasal 152 dan 153 anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Kota Bharu, Kelantan, Sabtu lalu.

Sifat 'rasis' atau 'rasisme' tidak sama dengan perasaan perkauman. Setiap bangsa mempunyai perasaan 'bangga bangsa' atau 'megah bangsa'. Perasaan ini wujud kerana adanya kesedaran bahawa anggota bangsa itu mempunyai ciri-ciri budaya dan sejarah yang sama, misalnya bahasa yang sama, asal usul sejarah dan budaya nenek moyang yang sama, dan mungkin juga agama yang sama.Mereka akan berasa marah sekiranya orang luar ('orang asing') menghina bangsa mereka dan mereka akan bertindak balas jikalau bangsa asing menyerang mereka atau cuba menghina atau memusnahkan bahasa, agama dan budaya yang telah dimiliki bersama sejak turun-temurun, sejak nenek moyang mereka.

Tetapi sifat rasis bukan begitu. Sifat rasis atau rasisme wujud dalam minda dan sanubari sesuatu bangsa kerana mempercayai bahawa mereka adalah bangsa yang terpilih, bangsa yang 'murni', yang tidak sama dengan bangsa lain.

Kaum Yahudi, misalnya, terkenal sebagai kaum rasis. Mereka percaya bahawa mereka adalah 'kaum terpilih', yakni dipilih oleh Tuhan sebagai bangsa yang melebihi semua bangsa atau kaum lain. Mereka sering membenci kaum bukan Yahudi. Agama mereka adalah agama 'eksklusif'; orang lain sering tidak diterima menganut agama mereka.Mereka tidak pernah atau jarang-jarang rela menyerapkan atau menyesuaikan diri dengan komuniti kaum lain yang lebih besar. Mereka hidup dalam komuniti yang terpisah daripada masyarakat lebih besar. Kerana inilah, di mana pun mereka berada, mereka sering dicurigai oleh kaum lain.

Di Eropah, kaum Yahudilah yang sering dimusuhi atau dibenci oleh orang Eropah. Contoh yang paling ketara ialah, tindakan Nazi Hitler melancarkan tindakan pemusnahan etnik terhadap kaum Yahudi.Di Rusia juga pernah berlaku tindakan pogrom, istilah bahasa Rusia yang bermakna 'pemusnahan' atau 'rusuhan', khususnya yang dilakukan terhadap kaum minoriti. Mangsa yang selalu menjadi sasaran tindakan ini ialah kaum Yahudi, terutama di akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Di Poland juga pogrom antikaum Yahudi ini pernah berlaku. Pogrom paling terkenal ialah pogrom yang dilancarkan oleh Hitler terhadap kaum Yahudi, seperti yang tersebut tadi.Di dunia Barat, yang sering dianggap sebagai 'dunia yang maju', perasaan rasisme, iaitu perasaan membenci kaum lain, sentiasa wujud sampai ke hari ini.

Di sana ada kumpulan rasis seperti kumpulan 'Swastika' di Jerman yang berikrar dengan sumpah 'Hai Hitler' apabila anggotanya hendak menyerang kaum asing, pendatang haram, orang Islam, orang Yahudi dan sebagainya.Di Britain ada kumpulan rasis seperti 'Skinheads' yang membenci kaum 'kulit hitam', kaum pendatang, terutama dari India dan Pakistan.

Di Amerika Syarikat (AS) ada kumpulan rasis seperti 'Klu Klux Klan' yang membenci kaum kulit hitam dan kaum pendatang dari Asia dan Afrika.Di Australia pernah ada 'dasar kulit putih' atau white policy yang anti-kaum Asia (Cina, Vietnam, India, Pakistan, Arab dan lain-lain lagi). Di AS perasaan anti kaum kulit hitam masih wujud dalam minda dan sanubari orang Amerika kulit putih hingga hari ini.

Tetapi sepanjang sejarah bangsa Melayu di Tanah Melayu atau di rantau Melayu ini, sejak dari zaman Melaka diserang oleh bangsa Portugis dan sejak mencurah-curahnya masuk pendatang dari Cina dan India dan juga dari kawasan lain di Asia, tidak pernah berlaku apa-apa serangan secara teratur, secara berkumpulan, terhadap kaum-kaum bukan Melayu itu. Tidak pernah wujud kumpulan rasis atau nasionalis ultra Melayu yang membenci kaum bukan Melayu.Tidak ada pogrom, tidak ada 'swastika', tidak ada 'skinheads' dan tidak ada 'klu klux klan' di Tanah Melayu.

Kalau pun pernah berlaku peristiwa 'pergaduhan kaum' antara orang Melayu dengan kaum lain, terus terang saya katakan (ini kebenaran, bukan ciptaan saya) bahawa yang memulakannya bukan orang Melayu tetapi ialah kaum pendatang atau kaum bukan Melayu.Contoh yang terkenal ialah peristiwa gerombolan Bintang Tiga yang mengganas terhadap orang Melayu dalam percubaan mereka untuk merampas kuasa Tanah Melayu setelah askar-askar Jepun kalah dan sebelum British sempat kembali ke Tanah Melayu untuk meneruskan pemerintahannya.

Apabila askar-askar Bintang Tiga itu bermaharajalela melakukan keganasannya terhadap orang Melayu, misalnya di Johor, barulah orang Melayu bertindak balas menentang keganasan itu. Maka berlakulah apa yang dikatakan 'pergaduhan kaum'.ToleransOrang Melayu dikatakan terkenal sebagai bangsa yang bersopan santun, bangsa yang sangat tolerans terhadap kaum lain, bangsa yang sangat suka bertolak ansur, sehingga diam tidak diam banyak hak mereka di negara ini jatuh ke tangan orang lain.

Hari ini politik perkaumanlah yang banyak merosakkan budaya dan kelakuan bangsa kita. Apabila orang Melayu bersuara untuk mempertahankan hak dan warisan mereka di negara ini mereka dianggap 'rasis' atau 'perkauman'.Segala dasar kebangsaan yang digubal selepas merdeka, misalnya Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, semuanya sering dikritik sebagai dasar pro- Melayu dan antikaum lain. Padahal faedah semua dasar ini tidaklah dibolot oleh orang Melayu sahaja tetapi sebahagian besarnya pergi kepada orang bukan Melayu juga.

Hari ini kaum yang tidak habis-habis membahaskan tentang masalah mereka ialah orang Melayu. Mereka berkata, bahasa Melayu makin tidak penting lagi di negara ini, ekonomi orang Melayu makin tidak setara dengan kemajuan ekonomi kaum lain, kemiskinan di kalangan orang Melayu makin merebak.Kalau hanya satu kaum sahaja yang memonopoli ekonomi negara atau maju dalam bidang pendidikan, meminggirkan kaum lain, maka itu bererti pembangunan negara tidak adil kepada kaum yang terpinggir itu, tidak kira apakah kaumnya.

Maka kerajaan wajib memastikan bahawa jurang itu tidak berterusan sehingga akhirnya boleh menjadi punca berlakunya pergaduhan kaum atau menimbulkan pelbagai masalah dan krisis sosial yang rumit. Itulah tujuan dasar-dasar kebangsaan yang digubal selepas merdeka itu.Tujuannya bukan untuk menguntungkan mana-mana kaum dan merugikan mana-mana kaum lain. Inilah matlamat yang patut difahami oleh semua rakyat.

Semangat tolak ansur, toleransi, faham memahami antara kaum mesti diamalkan oleh semua kaum, tidak hanya satu-satu kaum sahaja.Kalau ada orang Melayu atau orang Cina atau India di Malaysia yang mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan kemarahan satu kaum kerana menghina kaum itu, jangan kita jadikan itu sebagai isu besar sehingga boleh merebak menjadi api yang boleh membakar perasaan lebih banyak rakyat yang selama ini sangat memahami dan toleran terhadap keadaan, masalah dan keperluan kaum masing-masing.

Kesimpulannya, di Malaysia, sejak merdeka, tidak ada dasar negara yang dengan mudah sahaja boleh kita tuduh sebagai dasar rasis. Nah, kalau masih ada orang atau pihak atau kaum tertentu yang tidak berhenti-henti menuduh, berdasarkan sentimen perkauman, bahawa dasar-dasar itu rasis, perkauman, pro-Melayu dan anti bukan Melayu, ini boleh menimbulkan sentimen perkauman yang lebih merebak lagi, daripada seorang atau dua orang sahaja yang mengeluarkan kata- kata yang dianggap oleh orang daripada kaum lain sebagai 'rasis'.

Orang Melayu dan orang bukan Melayu yang tidak rasis akhirnya akan terpengaruh dengan debat atau tuduhan itu lalu mereka akan terdorong untuk menyebelahi pihak yang dituduh dan pihak yang menuduh. Itulah, jangan jadikan isu yang kecil itu iaitu isu yang bersifat peribadi orang berkenaan, sebagai isu negara, isu seluruh rakyat. Carilah cara yang sebaik- baiknya untuk memadamkan api yang kecil itu supaya ia tidak merebak membakar seluruh perasaan rakyat.

Kejatuhan BN? PR?

sudah tiba masa yang ditunggu2 oleh seluruh rakyat Malaysia. tarikh 16hb september menjadi tarikh keramat ataupun tarikh yang ditulis atas batu nisan.

bagi pemimpin2 BN, tarikh ini umpama mimpi ngeri yang patut dijauhi, bagi pemimpin pakatan rakyat pula tarikh ini adalah tarikh yang ditunggu2 untuk membolehkan mereka merasa kehebatan duduk diputrajaya.

apapun tarikh ini pasti akan berlalu dan menyebabkan sama ada BN atau PR yang tersungkur. dari sudut PR, mereka sudah pasti melakukan sedaya upaya untuk membolehkan tarikh ini menjadi kenyataan, kalau tidak PR akan dipandang penipu oleh kebanyakan rakyat.

bagi BN yang memang memegang tampuk pemerintahan kuasa, tarikh ini perlu disekat dan jika tersilap rakyat pula akan melihat mereka tidak demokratik, tiada kebebasan suara dan autokratik.

bila tarikh ini menjelma, rakyat boleh menilai sejauh mana kebenarannya, sesungguhnya rakyat malaysia bukan bodoh, rakyat malaysia sudah muak dan pasti tidak mudah ditipu lagi. rakyat malaysia yang waras hendakkan semua kaum mampu bekerjasama dan pasti kita tidak mahu lagi melawati masa silam kita yang hitam.

bagaimana DSAI yang selalu mengutuk dan melaung-laungkan BN selalu rasuah tetapi dia pulak merasuah ahli2 BN untuk melompat parti? di sini kita mampu melihat bagaimana seorang pemimpin yang tidak ikhlas pasti akan tersungkur. bak kata pepatah melayu, 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.'

Kebebasan Bersuara? Atau Suara Bebas?

aku pelik kenapa ramai lagi rakyat Malaysia beranggap di negara ini kebebasan suara tidak ada. yang menambah pelik aku ramai lagi golongan muda di malaysia merasakan kebebasan bersuara di Singapura lagi tinggi di malaysia..aku rasa diorang ini lah rakyat malaysia paling bodoh.

di malaysia, pembangkang kita mampu bersuara begitu hebat malah suara mereka didengari ke seluruh dunia..di singapura mana suara pembangkang??? kalo ada yang menyuarakan tidak puas hati kepada kerajaan pasti individu terbabit disaman sehingga bangkrup.

di malaysia pula kita ambil contoh ketua pembangkang sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), dia mampu bertanding jawatan ahli parlimen walaupun mengugut akan merampas kuasa esok (16hb September 2008). wah!!! hebatnya sekatan bersuara di Malaysia!!

di negara lain, orang seperti DSAI ini pasti meringkuk dalam penjara seumur hidup, pasti telah disaman berjuta2 ringgit. contoh terbaik seperti Ha san syu kyi yang melaungkan demokrasi di myanmar walaupun mendapat sokongan majoriti rakyat.

sedarlah rakyat malaysia, laungan PR yang mengatakan SPR malaysia tidak telus hanya retorik semata2, bagaimana di semua pos pengundian seluruh malaysia, mereka menghantar pemerhati tapi masih mengatakan SPR tidak telus??? kalau betul lah, PR sepatutnya menarik diri dari pilihanraya malah pada PRU12 lalu mereka menang di 5 negeri dan mendapat parlimen yang begitu banyak.

fikirlah rakyat malaysia, benda yang salah tetap salah, benda yang betul tetap betul, kita tidak boleh menyalahkan benda yang betul dan membetulkan benda yang salah, yang salah tetap akan kalah, yang betul tetap akan menang. fikirlah...


p/s = di singapura azan pun tak boleh keluar masjid...huhuhu!!!

Saturday, September 13, 2008

Merdeka atau MauDuitKa?

aku minta maaf, aku dapat banyak respon untuk mengutarakan isu2 politik terkini di malaysia pulak, belum tiba masa lagi untuk aku mengutarakan isu ini kerana apa yang belum dikeluarkan media tidak boleh di hebahkan kepada awam.

isu2 ini begitu sensitif sehingga sudah pasti akan menyinggung perasaan sesetengah rakyat malaysia, jadi biarlah isu ini di keluarkan oleh pemimpin2 negara kita sendiri.

oleh kerana aku berpegang kepada prinsip etika kewartawanan, aku diberi tugas untuk membentuk persepsi rakyat berkenaan sesetengah isu jadi jalan terbaik adalah aku senyap saja.

bukan bererti aku takut tetapi aku tidak mahu sentimen kebencian semakin menebal dalam jiwa rakyat malaysia.

p/s= private and confidential

melayu pengganas?

aku yakin tajuk ini saja boleh membuatkan rakyat malaysia menjadi takut dan keliru kerana sebut saja pengganas, benda pertama yang akan muncul di kepala kita adalah bayangan 5 orang lelaki membawa al-qur'an, 3 laras AK-47 dan 2 parang panjang serta seorang tebusan yang menunggu masa disembelih.

memang di negara2 timur tengah, sentimen anti barat amat menebal dikalangan rakyat mereka, mereka amat mementingkan survival bangsa masing2, apatah lagi bila mana afghanistan dan iraq telah diceroboh US dan konco2nya membuatkan lagi sentimen kebencian kepada barat membuak-buak di hati setiap warga arab.

maka segelintir umat islam yang terlalu fanatik serta taksub dengan perjuangan mereka telah menunjukkan tindakan mereka menggunakan medium ini untuk menggetarkan seluruh umat manusia didunia ini.

oleh kerana segelintir kecil umat islam yang menjadi pengganas, seluruh umat islam telah dilabelkan serupa dan menambah kebencian bukan islam kepada islam. media2 barat begitu licik, dan dengan perancangan yang sempurna telah melancarkan perang virtual kepada umat islam iaitu perang minda yang sudah tentunya didominasi oleh golongan barat.

di kawasan nusantara pula, kaum melayu juga tidak ketinggalan merasakan tempias simpati serta keinginan untuk membantu saudara sesama islam menentang pencerobohan barat. maka kita sendiri dengar banyak gerakan2 islam menjurus ke arah ini terutamanya yang paling terkenal adalah Jemaah Islamiyah ataupun di Malaysia digelar Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

tetapi sentimen anti barat di nusantara tidak begitu hebat seperti di timur tengah kerana melayu di kawasan ini lebih bersikap terbuka serta mempunyai adat resam menyambut tetamu dengan baik. perkara ini diserlahkan lagi dengan kedatangan beribu2 pelancong barat ke kawasan nusantara. hampir kesemua yang datang merasakan mereka begitu selamat dan dilayan dengan baik oleh warga tempatan.

ini tidak termasuk melayu di selatan thai dan selatan pilipin yang ditindas dengan teruk dan ditidakkan hak untuk bersuara sehingga tiada suara mereka kedengaran di peringkat tertinggi negara. hanya sejak kebelakangan ini apabila kumpulan melayu ini meminta bantuan dari luar supaya menekan kerajaan mereka barulah kita dapat dengar suara mereka dibawa ke atas. ini telah menunjukkan perkembangan positif dan aku yakin pada suatu hari, hak2 mereka didengari juga.

di malaysia, kaum2 terutamanya kaum cina dan india tidak perlu bimbang dengan kemungkinan melayu menjadi pengganas. majoriti melayu malaysia sendiri tidak menyokong perjuangan pengganas ini yang semestinya tidak kemana. sebagai contoh, kumpulan al-maunah, pasukan keselamatan yang majoritinya melayu sendiri bersungguh2 memusnahkan mereka kerana kita sendiri tidak menyokong mereka.

sesungguhnya kaum bukan melayu usah bimbang kerana melayu di malaysia masih mempunyai kewarasan yang tinggi dan percayalah melayu di malaysia yakin dengan ketaatan kaum cina dan india kepada negara.

jadi tolonglah kepada cina dan india malaysia, jangan hakiskan kepercayaan kaum melayu kepada kamu semua, sesungguhnya kita sama2 rakyat malaysia.

Second Blackhawk Down!!

sesungguhnya saya begitu kesian dengan nasib 65 rakyat malaysia yang ditawan oleh lanun2 somalia. pada bulan ramadhan ini, simpati seluruh rakyat malaysia makin menebal kepada keluarga2 mereka yang terlibat. semoga mereka tempuhi dengan tabah.

65 orang ini merupakan jumlah yang besar, bagaimana kita hendak menyelamatkan mereka dengan peralatan2 kita yang terhad? saya bukan hendak mempersoalkan kebolehan ATM, saya begitu berbangga negara kita mempunyai angkatan tentera yang cukup disegani seluruh dunia.

tapi dari segi 'worst case scenario' tentera kita berhadapan dengan beratus2 militia somalia yang lengkap bersenjata malah mempunyai senjata2 berat. disini kita pasti akan menghadapi tentangan yang begitu hebat.

dalam operasi menyelamat, masa adalah musuh yang paling ketat, setiap gerakan hendaklah di kordinasi secara tepat untuk melengkapkan operasi ini nanti. disini kita hendaklah berhati2 kerana silap sedikit sahaja sudah pasti ramai nyawa tebusan akan melayang.

menyorot kembali siapakah militia2 somalia ini, kita semua sedia maklum negara ini merupakan 'no man's land' yang mana kerajaan pusat somalia hanya beroperasi dalam bandar moghadishu sahaja. pejuang2 somalia ini juga sudah menyaksikan perang sejak kecil lagi. malah sudah pasti ada dikalangan mereka adalah saki baki militia farah aidid dahulu.

dalam senario operasi menyelamat, kita hendaklah mempunyai 'real time strategy' untuk benar2 memastikan kedudukan unit2 dan elemen perang kita. belum lagi dicampur sekiranya lanun2 ini menempatkan tebusan kita berterabur di suluruh bandar Eyl tersebut. dimana kita hendak cari? radar kita mampu ke tidak untuk melaksanakan misi ini? elemen perisikan kita mampu ke tidak untuk menembusi benteng pertahanan pak2 itam ini.

sebagai penyelesaian, sekiranya rundingan ini gagal, kita harus juga meminta bantuan negara2 lain terutamanya NATO dan Liga Arab untuk menjayakan misi yang amat merbahaya ini.

seperti kata panglima angkatan tentera tan sri abdul aziz zainal semasa sidang media di wisma pertahanan sempena ulang tahun ke-75 ATM, "kita tidak akan melancarkan sebarang misi sekiranya kita tidak yakin," dengan itu saya percaya, seluruh rakyat malaysia menaruh harapan tinggi kepada ATM untuk membuktikan mereka berjaya menjalankan misi ini dan menunjukkan ATM adalah sebuah pasukan keselamatan yang patut disegani di seluruh dunia.

Selamat hari jadi ke-75 kepada seluruh warga ATM!!! Jasamu tetap dikenang!

Friday, September 12, 2008

Cina mempersoalkan NEP? Dari mana wujudnya NEP?

seperti tajuk diatas, NEP ataupun DEB (New Economic Policy-Dasar Ekonomi Baru) muncul selepas peristiwa 13hb mei. seperti banyak ditulis dalam buku2 mengenai peristiwa ini, kita semua mengetahui kaum mana yang memulakan peristiwa ini selepas kemenangan besar parti kaum ini dalam pilihanraya umum sebelomnya.

mereka membuat perarakan besar-besaran di KL sambil memprovok orang-orang melayu pergi mati dan balik masuk hutan, maka dengan keadaan yang semakin tegang pergaduhan kaum mula tercetus.

dalam peristiwa ini terdapat banyak cerita-cerita yang tidak diketahui kita semua, sebagai contoh bagaimana keluarga melayu sanggup menyembunyikan keluarga kaum cina dirumah mereka dan juga kelurga cina menyembunyikan keluarga melayu dirumah mereka.

terbukti disini kaum2 bertelagah ini masih mempunyai kewarasan untuk tidak terlibat dalam isu ini.

selepas kejadian ini, kerajaan mewujudkan NEP untuk melaraskan ekonomi sama rata diantara semua kaum, seperti yang kita tengok sekarang, kaum cina juga mendapat banyak manfaat dari dasar ini. banyak premis2 cina wujud seluruh negara sedangkan melayu masih berniaga di tepi2 jalan. tapi kaum cina ini masih mempersoalkan kewujudan NEP.

sebagai contoh kaum cina yang selalu mengatakan kaum melayu racist, tetapi mereka sendiri meletakkan papan tanda VACANCY CHINESE ONLY di kedai2 mereka sehinggakan kedai runcit pun diletakkan papan tanda ini.

dari segi kedai2 cina di kampung2 seluruh negara, orang2 melayu tidak bersikap racist dengan membeli barang2 dikedai2 mereka sedangkan kedai melayu ada juga di situ. kita dapat tengok contoh ini di bnyk kampung seluruh malaysia tetapi mereka masih memanggil melayu malaysia ini racist.

benarlah pepatah melayu mengatakan, 'tetamu datang kekenyangan, anak dirumah mati kelaparan.'

sedarlah seluruh rakyat malaysia, kita kena hidup bersama berdasarkan perlembagaan negara yang telah dipersetujui bersama. roboh tiang perpaduan negara ini maka robohlah keharmonian kita selama ini.

kita hendaklah berpegang pada prinsip negara Malaysia adalah tanah tumpah kita semua, tidak perlu dipersoalkan bagi kaum cina yang hanya akan taat pada negara ini setelah Tanah Melayu ditukar kepada Tanah Cina.

sedarlah kita semua adalah rakyat Malaysia yang dicintai ini!!

13th Mei 1969

Ini perkembangan baru dalam senario penulisan bukan fiksyen Malaysia. Ujud sekarang usaha dikalangan blogger Melayu untuk memberikan pandangan mengenai peristiwa berdarah rusuhan dan pergaduhan antara kaum 13 Mei 1969, dari sudut dan kacamata orang orang Melayu, penduduk majoriti Negara ini.

Sesungguhnya, peristiwa hitam ini perlu dilupakan dan rakyat majmuk berbilang bangsa dan fahaman agama Malaysia perlu bergerak lebih dekat kepada perpaduan antara kaum dan integrasi nasional. Tiada ada positifnya ‘melawati semula’ (revisit) medan yang hanya membakar luka luka yang lama and begitu panjang masa diambil untuk dirawat dan pulihkan semula.

Rakyat Malaysia generasi muda sepatutnya perlu belajar dan memahami apa yang diusahakan selepas peristiwa ini, seperti apa yang Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berjaya pelupuri dan kerjasama dan kesefahaman antara parti parti politik yang timbul dari perundingan pasca peristiwa ini lebih penting lagi untuk diutara dan pertontonkan. Pendekata, ambil yang jernih dan buang yang keruh.

Namun begitu, terdapat usaha usaha dari pihak tertentu, terutama mereka yang cenderung kepada politik chauvisnistik Cina DAP yang sengaja mengimbau kembali peristiwa ini dengan tafsiran sempit mereka, untuk sebenarnya mengerohkan keadaan dan bukan sebaliknya.

Sebagai contoh, buku “13 May” tulisan Dr. Kua Kia Soong ini adalah usaha tegar mereka yang berfahaman ala DAP kearah itu. Apa yang positif terhasil dari penulisan belum jelas lagi kelihatan.

Yang jelas ialah reaksi penulis penulis siber Melayu dalam alam bloggosphere. Laman blog 13 Mei: Dari Kacamata Melayu, www.pesanan-pesanan.blogspot.com, merupakan tindakan reaktif kepada usaha Dr. Kua menerbitkan buku dan mengiatkan perbincangan sudut sempit ini. Satu perkara yang menarik disini, laman blog 13 Mei ini terdiri dari bloggers Melayu yang membelakangkan fahaman politik kepartian mereka untuk bersatu mempertahankan suara Melayu dalam isu ini.

Mungkin ada pihak seharusnya mengingatkan Dr. Kua Kia Soong, mantan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya (1990-1995) dan chauvinis Cina sealiran kecenderungan dengan beliau akan bahaya dan kesan bermain dengan mancis dalam rumah kayu penuh berisi bunga api dan bahan-bakar kerosene.Mungkinkah laman blog ini cuba mengajar mereka yang sengaja mencari penyakit?