Friday, September 19, 2008

Katak o Katak, Kenapa Engkau Katak?

Ada seorang kawan aku menerangkan pada aku kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) hendakkan 32 orang ahli parlimen BN lompat parti, aku berasa sedikit teruja dengan penjelasan kawan aku ini.

dia menerangkan DSAI hendakkan 32 orang MP BN ini terutamanya melayu untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk mengimbangi jumlah MP bukan melayu dalam PR semasa peralihan ini berlaku.

ini menambah lagi kekeliruan rakyat bila mana Datuk zaid Ibrahim boleh keluar dari BN dan juga perkembangan yang berlaku di Terengganu dan juga Kelantan bila ramai ahli2 UMNO bertindak meninggalkan parti.

Yang menjadi persoalan aku, kenapa DSAI macam tak yakin dengan MP2 dia sendiri walaupun mereka bukan melayu? adakah DSAI mulai sedar kesan jangka panjang disebabkan janji2 beliau kepada bukan melayu? adakah DSAI terlalu terdesak untuk memenuhi kehendak rakyat dan kehendak beliau sendiri?

jawapannya begitu mudah, ini menunjukkan DSAI telah terperangkap dengan tindakannya sendiri dan juga beliau bimbang sekiranya PAS meninggalkan PR. Janji2 beliau kepada bukan melayu telah memakan diri. sudah semestinya jika beliau menjadi PM, janji2 ini akan dituntut sepanjang masa sehingga kiamat oleh bukan melayu. kita semua sudah dengar bagaimana pemimpin2 dalam PKR membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum.

adakah rakyat sanggup meletakkan hak2 melayu dalam taruhan sedangkan kerajaan sekarang memang dipegang oleh melayu? adakah melayu sanggup melihat anak2 cucu cicit kita seperti yang berlaku di singapura?

kita sebagai kaum bumiputera seharusnya sedar dan menilai diri kita siapa, kita juga haruslah memperbaiki kelemahan sendiri terutama sifat malas kita ini. kita juga haruslah sanggup menerima teguran2 dan kritikan demi memartabatkan bangsa kita.

UMNO terutamanya harus bertindak lebih kehadapan jika tidak mahu dilihat lemah, mereka juga haruslah meninggalkan budaya 'senior baru boleh menjadi pemimpin'. UMNO hendaklah memberi lebih peluang kepada orang2 muda yang berbakat besar supaya menjadi pemimpin.

Jika BN melihat dan sentiasa mencerminkan diri maka BN tidak akan dilihat lemah. kita semua berterima kasih kepada BN terutamanya UMNO, MCA dan MIC kerana telah banyak memberi jasa kepada kita namun mereka harus bergerak seiring dengan perkembangan semasa.

demi Malaysia yang perkasa, marilah kita sama2 membetulkan keadaan sebelum terlambat.

No comments: