Sunday, November 30, 2008

Hasrat PR

Dari maklumat yang amat boleh dipercayai, PR (Pakatan Rakyat) ingin tubuhkan satu army brigade.

WTF???!!! what for????

Adakah ATM dah tak boleh nak jaga negara sehingga nak tubuhkan askar sendiri?

perkembangan ini amat merunsingkan, aku bimbang malaysia jadi negara macam Somalia. semua nak jadi warlord. harap buat siasatan terperinci mengenai isu ini.

xpala...aku nak buat army of torrent dalam red alert 3. hehehe..

Sapa aku??


kepada penghantar-penghantar email...aku mintak maaf sebab aku tak boleh dedahkan aku siapa, mana aku keja ok....minta maaf sekali lagi.


kepada kawan-kawan yang mengenali aku, jangan pandai-pandai lak nak bocorkan maklumat sapa aku ok.


HAHAHHA!!!!!

Saturday, November 29, 2008

Hari Ke-3 Kongres PKR

Aku tak pergi sebab aku cuti hari ni. yesss!!!!!!!!!!!

HAHAHAHA!!!

Sarawak dan PKR

Begitu yakin, komited dan berjanji tentang kejayaan pilihanraya undangan negeri sarawak tahun depan.

yang menjadi persoalan nya, mampukah PKR menjadikan sarawak negeri ke-6 Pakatan Rakyat sekaligus merampas kerajaan persekutuan??

yang penting Sarawak sekali lagi menjadi medan percaturan politik di Malaysia.

nang jaik dak tuk, sik abis-abis jak madah nak pelik-pelik. nangga jak lah sapa menang rah siya klak (Bahasa Melayu Sarawak)

Second Day Kongres PKR


Kita akan jadikan Malaysia new Rome!! WTF???Harapan Baru adalah naikkan aku jadi PM baru lepas gagal 16 september lepas!!!! Ini adalah muka hodoh aku!!!!!!!!!!
Ini pulak muka hensem aku!!!!!!!!

Ini adalah antara gambar semasa persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-5 PKR. WHAT!!!!

Friday, November 28, 2008

Hari pertama kongres pkr

fuh!! letih...pandai betul aku, pas balik terus main game kat cc syed. badan leh meletup camni.
time aku menaip ni pun cam dah ada air dalam otak aku.

gua chow tido dulu la...nanti gwa crita apa jadi hari ini.

Thursday, November 27, 2008

Aku Cover Kongres PKR????

Jemputan Media

22 November 2008

Kepada Ketua Pengarang,Sidang Media Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat 2008

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan sidang media pada tarikh-tarikh berikut berkenaan dengan persiapan dan agenda Kongres Nasional Tahunan yang akan diadakan pada 28-30 November di Stadium Malawati, Shah Alam.

1) Sidang Media Kongres Wania Nasional oleh Ketua Wanita YB Zuraida KamaruddinTarikh: 23 November (Ahad)Masa: 11:30 pagiTempat: Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Jln Permata 7/1, Shah Alam(Penyelaras Media untuk dihubungi: Rozaini 019-8502757 )

2) Sidang Media Kongres Angkatan Muda KeADILan oleh Ketua AMK Shamsul IskandarTarikh: 24 November (Isnin)Masa: 12 tengahariTempat: Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat(Penyelaras Media untuk dihubungi: Ginie Lim 013-6276862)

3) Sidang Media Kongres Nasional oleh Setiausaha Agung Dato' Saleluddin HashimTarikh: 25 November (Selasa)Masa: 11:30 pagiTempat: Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat(Penyelaras Media untuk dihubungi: Ginie Lim 013-6276862)

Sila rujuk lampiran untuk jadual program Kongres Nasional Tahunan.

Diharapkan agar pihak Tuan dapat menghantar wartawan untuk membuat liputan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas kerjasama pihak Tuan.Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Ginie LimPenyelaras MediaBiro PeneranganParti Keadilan Rakyat013-6276862

WHAT????

Wednesday, November 26, 2008

Kerajaan Negeri Selangor?? mana??

Hari ini, 26hb 11 2008, Ezam, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan telah menyeru agar kerajaan negeri selangor yang diterajui PKR agar ditukar kepada PAS.

Ini kerana katanya kerajaan PKR terlalu tidak adil kepada nasib dan perjuangan orang melayu, malah menyeru agar sebuah pilihanraya undangan negeri selangor diadakan secepat mungkin dari terus menjadikan negeri selangor lebih parah.

Beliau memberi contoh isu seperti membuka kuota 10% UiTM kepada bukan bumiputera, ketua PKNS yang sepatutnya melayu telah dipimpin oleh bukan melayu dan terbaru isu reformis yang mengugut bogel kerana mendesak kerajaan negeri menangani isu kemiskinan negeri.

sumber ini memang 100% tetap, jadi jangan risau. hahahaha!!!

Game


Aku tengah main game ni...syok abis beb!!! hahaha!!!

Monday, November 24, 2008

TV, aku, dulu, sekarang, masa depan dan selamanya...


masa kecik2 dulu, aku tengok dunia dari televisyen, semua benda aku tau dari TV. aku tengok orang-orang besar, artis semua dari TV.

itu dulu, masa aku kecik, sekarang lain, hehehe..aku dah pergi ke tempat2 yang tak pernah aku fikir dapat pegi, bersalam dengan tokoh2 negara, makan roti canai sama2 ngan menteri, bertukar2 bisnes kad ngan datuk2, menteri call aku suruh buat liputan, artis pandang aku pun macam bajet aku nak tanya soalan kat die. pigidah!! dulu artis tengok aku x tengok pun...hahahaha!!!!

kalo masa depan lak aku xtau camne, ade harapan jadi orang kot. hahahaha!!!!

aku dan PKR????

HAHAHAHA!!!!! aku tergelak bila semalam ada sorang orang kuat dalam PKR (Parti Keadilan Rakyat), maksud aku orang ni memang kuat, TOP 3 dalam PKR minta no phone aku sebab die ingat aku boleh buat something demi kemenangan PKR di Sarawak pada pilihanraya undangan negeri tahun depan. Pastu paling xleh blah die suruh aku cari pengikut PKR kat sana!!! HAHAHAHA!!!

die bisik kat aku die yakin leh jadikan sarawak negeri ke-6 PR, pastu die bagi dateline peralihan kuasa kerajaan pusat by the end of this year. fuh!!! dasatnya dorang, xnak tunggu election. die cakap gak nak buat rally besar-besaran seluruh negara semasa pemilihan agong UMNO mac depan. ape la.....

aku tetap macamni, terus terang aku cakap, kalo aku nak jadi someone dlm PKR dah boleh, huhuhu.....ni semua gara-gara aku jaga PKR dalam paper aku....huhuhuu!!!!

Tuesday, November 18, 2008

Kesian..

Kesian, seorang rakyat Bangladesh 1st time naik kapal terbang, hahahaha!!! muka tak bersalah!! sial pukimak lawak!!!!

DSAI tidak mahu mengalah!!!

mengikut sumber yang begitu boleh dipercayai, DSAI (Datuk Seri Anwar IBrahim) masih tidak mahu menyerah kalah dalam isu peralihan kuasa kerajaan pusat walaupun gagal pada 16 september lepas.

Mengikut sumber ini, PR (Pakatan Rakyat) akan merampas kuasa dijangka dalam masa sebulan dari sekarang. Ini kerana katanya 'suprise element' berpihak kepada PR.

Mereka tidak mahu dimalukan lagi dengan kegagalan lepas dengan kerajaan BN (Barisan Nasional) melakukan berbagai helah bagi menggagalkan rancangan ini.

Kita hanya mampu tunggu dan lihat..

SSG 553

Media Fast Action Force (MFAF) in Action!!!


Pirates of Media...there was a myth that who control the media will control the world!! for us, we will control media owner..!! Hahaha!!!

It's me trying new Paskau (Malaysian Airforce Special Force) assault rifle, SSG 553, a Swiss-made design. very accurate enough to shoot a ten cent coin in 400 metre range. This foto taken at Jugra Camp Shooting Range. WoW!!!

Thursday, November 13, 2008

Betapa ruginya 'Melayu di negara sendiri'

disini saya ingin meluahkan perasaan sedih kerana mengenangkan keadaan bangsa melayu yang semakin lemah dinegara sendiri. sudah terlalu terang-terangan sesama melayu pun bergaduh dan tidak senada lagi.

Keadaan ini sudah mencapai tahap serius kerana isu-isu yang menyentuh kedaulatan melayu pun bangsa melayu sendiri tidak sebulu. sungguh sedih, bangsa lain hanya ketawakan kita semua. yang rugi sudah pasti bangsa melayu sendiri.

perkara ini jauh berbeza sekali dengan kejadian 1969 dan 1988 dimana bangsa melayu terancam ditanah sendiri. kita semua dari segenap pelusuk negara ini berdiri bersama-sama sehingga tidak ada kekuatan (Kecuali Allah s.w.t) yang mampu merobek kekuatan kita.

marilah kita berbaiah semula demi kelangsungan hidup bangsa melayu. jadilah perkara ini iktibar sebelum terlambat. sedarlah pemuda bani tamim berasal dari timur.

Monday, November 10, 2008

Kegagalan Bush 'Perang terhadap Pengganas'

Sekarang, sebut sahaja pengganas, mesti benda yang pertama keluar dari minda kita adalah lelaki berpakaian arab atau lebih tepat lagi lelaki beragama islam.

dengan polisi memerangi pengganas seluruh dunia, bush dan konco-konco neo konservatifnya telah tewas teruk dan gagal meneruskan perjuangan terkutuk mereka. hasil dari konflik berpanjangan ratusan ribu umat islam tidak berdosa terbunuh.

dengan rentetan-rentetan peristiwa yang mencalar kewibawaan rumah putih, seluruh dunia mula sedar betapa kejamnya amerika syarikat sehingga dilabel sebagai pengganas yang sebenar.

oleh kerana bosan dengan omongan bush, rakyat AS mulai sedar dan memilih seorang keturunan afrika menjadi presiden AS ke-44.

diharap kemenangan Barack Obama, dunia menyaksikan sekali lagi kebangkitan AS menjadi penyelamat dunia seperti permulaan abad ke-20 lalu.

Syabas diucapkan kepada Barack Husein Obama!!!!

Sunday, November 9, 2008

Iktibar sebenar kemenangan Obama.

Tanggal 5 November 2008 telah menjadi tarikh paling penting dalam sejarah sistem demokrasi kerana dunia menjadi saksi perubahan besar senario politik Amerika Syarikat (AS) dengan kemenangan pertama kalinya warga kulit hitam, Senator Barrack Obama yang telah menjadi presiden ke-44 sekali gus menawan rumah putih sejak lebih 300 tahun AS mendapat kemerdekaan daripada Britain.

Hasil dari kesedaran rakyat AS mengenai kesaksamaan dan keadilan kepada semua kaum, mereka telah menerima iklim perubahan ini dengan hati terbuka. Ini ditambah lagi dengan kegagalan Presiden sebelumnya yang terang-terang membawa AS menuju ke arah kehancuran. Dengan dasar George W. Bush yang melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq membawa kepada masalah berpanjangan kepada negara dan malah menjerumus AS ke arah kehancuran ekonomi.

Atas perasaan jemu dengan perkara-perkara hitam yang telah dilakukan Bush, akhirnya rakyat AS sedar bahawa Obama adalah pengganti terbaik membawa AS ke jalan yang dikehendaki rakyat dan melantik beliau menjadi manusia paling berkuasa dalam dunia.

Dari segi konteks politik di Malaysia, sudah pasti ramai mula tertanya-tanya bila pula bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia? Golongan ini juga sudah pasti menyeru semua kaum di negara mengambil iktibar daripada kemenangan Obama tetapi persoalannya, iktibar macam mana kita patut ikut?

Ingin saya tegaskan di sini bahawa warga kulit hitam di AS sebenarnya sudah melupakan terus adat tradisi serta kepercayaan Afrika mereka. Malah nama mereka pun sudah tidak berbunyi nama orang-orang Afrika. Golongan ini juga begitu setia dengan negara mereka walaupun mereka mempunyai sejarah hitam permulaan pembentukan AS.

Dari ketibaan Kunta-Kunte sehingga Obama, warga kulit hitam berjaya mentransformasikan diri mereka seiring dengan kehendak semasa tidak seperti di Malaysia, hanya golongan Baba Nyonya dan Mamak sahaja berjaya berintegrasi dengan penduduk tempatan dan mempunyai gaya hidup tidak jauh dari orang bumiputera.

Kelompok bukan bumiputera lain di Malaysia semakin kuat, persatuan-persatuan agama mereka muncul tidak henti-henti tanpa halangan. Mereka juga mempersoalkan adat istiadat Melayu Islam umpamanya azan, zakat dan tulisan jawi. Malah mereka cukup berani memperkatakan negara ini bukan negara Islam sedangkan Raja negara ini beragama Islam dan majoriti penduduk negara ini juga beragama islam.

Oleh itu, sekarang orang bukan Melayu sudah berani menyuarakan isi hati mereka, iaitu harapan untuk menawan Putrajaya pula, meminta hak-hak yang melampaui batas malah tidak pernah terjadi dalam mana-mana sejarah. Golongan ini hanya ‘meminta tetapi tidak sanggup memberi’.
Di negara ini, hak setiap kaum dijaga oleh undang-undang negara. Semua kaum mendapat tempat dan diwakili di Parlimen. Dalam sektor ekonomi pula, tidak perlu dipersoalkan bahawa kaum bukan Melayu menguasainya. Kaum Melayu tidak mempertikaikannya kerana mereka berhak terhadap bahagian mereka kerana kita semua setuju ‘siapa yang bekerja lebih akan dapat lebih’.

Kaum Melayu pula menguasai politik negara tetapi yang peliknya orang bukan melayu pun inginkannya. Adakah selama 51 tahun Melayu memerintah orang bukan Melayu ditindas seperti di negara-negara jiran? Dengan adanya kontrak sosial seperti ini, sepatutnya semua kaum menjadikannya teras keharmonian negara ini. Jangan sesuka-hati menjadikan AS contoh kerana negara kita amat berbeza sekali daripada negara tersebut.

Yang menjadi persoalan utamanya sekarang, apakah ‘iktibar’ yang dimaksudkan oleh ramai ahli politik bukan Melayu ini? Adakah mereka sanggup meniru kejayaan orang kulit hitam AS dengan meninggalkan segala tradisi mereka dan berintegrasi dengan komuniti lain sehingga berjaya menjadi orang paling berkuasa dalam dunia?

Semua persoalan-persoalan ini hanya mampu dijawab oleh golongan bukan Melayu sahaja, kerana orang-orang Melayu di negara ini sudah terlampau lembut malah sudah banyak hak-hak yang sepatutnya kepunyaan Melayu diberikan kepada golongan bukan Melayu.

Seperti kata mereka, ambil iktibar dari kemenangan Barrack Obama, jangan kita jadikan kemenangan ini ditiru bulat-bulat sahaja. Ambil iktibar sebenar-benarnya!