Monday, December 29, 2008

selamatkan Palestin

Ya Allah Ya Tuhanku, selamatkan bumi Palestin dari kekejaman Zionist Ya Allah..berikanlah kekuatan kepada orang-orang Palestin berhadapan dengan bala tentera Kafir Ya Allah..moga-mogahan mereka memperolehi kemenangan Ya Allah...Amin...

begitu sedih apabila melihat gambar-gambar kekejaman terbaru Israel terhadap penduduk Palestin, air mata aku berlinangan mengenangkan nasib yang menimpa mereka. betapa sukarnya keadaan umat Islam disana.

Sedih apabila melihat tubuh manusia berkecai, anak kehilangan ibu bapa, kehilangan orang tersayang serta kemusnahan harta benda. begitu ramai umat tidak berdosa menjadi mangsa.

Kenapa dunia menutup sebelah mata? kenapa tindakan ganas seperti binatang Israel seolah-olah dibenarkan? dimana kuasa besar dunia yang dikatakan menjaga keamanan dunia? di mana resolusi PBB mengutuk serangan Israel? Dimana negara-negara Arab lain? dimana sifat ketamadunan yang dijunjung oleh semua negara dalam dunia? dimana keadilan dunia?

segala tindakan Israel ini menunjukkan memang benar teori mengatakan mereka yang menguasai dunia, bukan Amerika Syarikat. kekuatan ketenteraan mereka sudah tidak boleh dibendung lagi sehinggakan seluruh dunia arab tidak berani lagi bertindak balas seperti tahun 1967 dan 1973.

Kuasa minyak yang dipelopori oleh negara Islam tidak digunakan, seolah-olah negara Islam takut ekonomi mereka terjejas. Apa sudah jadi? Kenapa Islam menjadi begitu penakut?

Sedarlah, krisis yang melanda Palestin inilah yang menjadi punca utama kenapa banyak kumpulan radikal muncul. setiap kenyataan mereka akan diselangi dengan sebutan nama 'Palestin'. Sedarlah bahawa kita harus selesaikan krisis ini dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa berperang dengan negara-negara kafir.

Segala ramalan semakin jelas, kita semua tahu kesudahannya. marilah kita berjihad menentang keganasan Israel!!! Allahuakbar!!!

No comments: