Monday, January 19, 2009

Tentang Kuala Terengganu di mata AKU

selama 2 minggu aku kat Kuala Terengganu atau lebih feymes ngan gelaran KT. aku datang KT sebab jadi koresponden untuk by-election la. dari 4 januari sampai 18 Januari.

bagi aku KT adalah bandar tenang, semua bawak keta slow je. sampai satu tahap aku nak maki sebab line kanan pun sama slow. aku nak kejar mase pun susah. apa lagi, banyak la keta berplat 'T' kena hon ngan aku. hahaha!!!

makanan lak ok, tapi x oknya sebab toke2 kedai smua naikkan harga makanan kaw2. mentang2 la beribu2 orang masuk KT, semua naik harga. ade ke patut makan nasi lemak ngan teh tarik kena RM4.20. cis!! mentang2 aku x reti cakap 'walaupung, apapung, bagaimanapung,' dan aku x sebut muhyiding yasing kot. hahahaha!!!

pasal awek lak, aku pelik skit, yela..aku kan orang sarawak. yang pelik bagi aku, pelayan or waitress semua pakai baju lawa2. comel2 lak tu. and kat KT memang susah nak jumpe awek free hair. kalo satu malaysia cam tu kan best...xdela pompuan2 ni berlumba2 nak dedah aurat sana sini. Amin...

Orang KT aku respek, smua peramah..xde masalah. beberapa kali aku sesat, aku tanye orang diorang sanggup bawak keta dorang suruh aku follow nak tunjuk jalan. gempak wehh...

satu kekurangan KT ni, bagi aku hampir satu malaysia aku dah jelajah, KT ni ibu negeri paling kotor sekali. Kota Bahru aku xtau, aku gi sekejap je ari tu. kesian woo..rumah2 kayu senget-menyenget berlambak2 kat KT.

KT...

Kuala Terengganu By-Election









Some of my picture which taken on the ground zero. P.036 Parliamentary seat.