Tuesday, June 30, 2009

Manik Urai, Kuala Krai Kelantan

Gambar-gambar yang aku ambil dari handphone Sony aku kat sekitar Kelantan semasa membuat tinjauan persiapan ke Manek Urai

















Fuh!!!

Sunday, June 28, 2009

kerajaan perpaduan

Kepala Pakatan Rakyat
Aku paling hensem!!
Aku paling Hansap!
Aku paling hero!

PERPADUAN...siapa yang tidak mahu?? orang yang cintakan perpecahan je yang tak nak benda ni. tetapi terlalu banyak spekulasi berhubung cadangan ini..ada yang cakap elok..dan ada yang cakap tak elok (ni orang yang tak mahu perpaduan la ni).

bercakap mengenai kerajaan perpaduan, mari kita tengok dulu siapa yang mulakan cadangan ini. ramai yang cakap...(ni orang2 yang mudah tertipu dengan politik la ni), dorang cakap cadangan ni UMNO yang mulakan...kalo aku denga orang cakap mcmni memang aku tergelak..bodohnya orang ni.

kerajaan perpaduan mula2 dikeluarkan dari mulut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hujung tahun lepas masa ceramah sebelom pilihan raya kecil Kuala Terengganu, tetapi isu ni panas balik lepas Muktamar Pas tahun ni. semua orang bercakap pasal perkara ni.

UMNO melalui kenyataan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap amat terbuka, malah tidak meletakkan syarat apa2 pun pada Pas untuk berbincang.

memang ramai yang cakap UMNO terdesak dan makin musnah, tapi cuba kita sorot lebih mendalam, sejak pilihan raya kecil kuala terengganu dan bukit gantang yang lalu, sokongan melayu terhadap Pas makin mengecil, undi yang memastikan kemenangan Pas adalah undi dari kaum Cina. Pas sekarang terlalu jelas mengikut bontot Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan DAP. sedarlah!!!!

UMNO sudah tentu mempunyai strategi sendiri, kalau orang boleh bercakap UMNO makin lemah, maka orang lain pun boleh bercakap UMNO makin kuat, Ustaz Hadi pada satu tahap terdetik memikirkan bahawa Pas makin melencong dalam haluan merapu Pakatan Rakyat, dan satu2nya cara untuk keluar adalah dengan bergabung dengan UMNO dan membuat kerajaan perpaduan.

Sekarang pun sudah jelas dalam Pas ada perpecahan yang ketara, satu kem menyokong dan satu kem lagi menolak. seperti kenyataan Ketua Bahagian Pas Kuala Krai, mereka TERPAKSA MENOLAK CADANGAN kerajaan perpaduan sebab pemimpin tertinggi menolaknya. Lim Kit Siang mesti ketawa sekarang dengan orang melayu dan Anwar pula gabra sebab nak jadi PM tapi penuh ngan masalah.

Pada pilihan raya Manek Urai ni nanti, jika UMNO menyusun strategi yang tepat dan membawa pendekatan kempen yang betol, mereka boleh buat kejutan besar, jika UMNO menang, sudah pasti Ustaz Hadi terus terduduk, Lim Kit Siang menangis dan Anwar pula pengsan (dah la kalah, kena penjara pula pas tu sebab kes Saiful Azlan Bukhari).

P/s ~ aku gi MU!!!!

Friday, June 26, 2009

Bersedialah Malaysia!!!!!


TEHRAN (Reuters) - A hardline Iranian cleric on Friday called for the execution of "rioters" in the latest sign of the authorities' determination to stamp out opposition to the June 12 presidential election.



>>>Kepada pemimpin Iran, jangan cuai sehingga masuk kedalam perangkap kuasa barat yang memang inginkan Iran ke kancah kegawatan politik.....


Bersiap sedialah Malaysia, jangan kita pun terikut dengan aliran yang tidak sihat seperti ini... jangan terikut-ikut dengan 'ajen' asing yang mahukan negara Islam kacau bilau, beringatlah!!!...Allahuakbar!!!.

Thursday, June 18, 2009

National Paintball League


Liga Paintball Kebangsaan Pusingan Ketiga, Kuantan 19-21 Jun 2009
Laporan kejohanan akan menyusul dari masa ke semasa

Story Aku!!!!

Inilah story yang sepatutnya menjadi muka depan sebuah surat khabar tanah air esok...tetapi disebabkan foktor-faktor tertentu, ia terpaksa ditarik balik pada saat-saat akhir...



BANTING – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggelar Timbalan Presiden parti, Nasharuddin Mat Isa sebagai ‘sampah’ telah ditentang keras oleh ahli keluarga Nasharuddin malah mereka mendesak tokoh ulama Pas tersebut menarik balik kenyataan ‘sampah’ terbabit.

Adiknya, Kama Azman Mat Isa, 44, mencabar Nik Aziz agar menarik balik kenyataan tersebut kerana menyifatkannya sebagai amat keterlaluan dan ia juga melibatkan maruah keluarga.

“Oleh kerana Tok Guru melabelkan abang saya sebagai sampah, jadi secara tidak langsung saya sebagai adik beliau juga sampah, Ibu kami juga sampah malah arwah ayah saya juga sampah, maruah keluarga akan kami pertahankan.

“Malah ibu kami amat sedih, kecewa dan terguris hati dengan kenyataan yang tidak disangka keluar daripada mulut Tok Guru seperti itu serta saya minta agar Tok Guru minta maaf secara terbuka kepada keluarga saya.

“Jadi, Tok Guru sebagai seorang pemimpin agama tidak sepatutnya melabel sewenang-wenangnya individu lain sebagai sampah, kerana Tok Guru harus tahu sampah adalah sesuatu yang amat jijik dan hodoh sekali,” katanya ketika ditemui wartawan ***** semalam.

Selain itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dan sebagai seorang pemimpin agama yang dihormati seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana banyak pihak boleh menyalahgunakan kenyataan terbabit.

“Saya ingin tanya kepada Tok Guru, dimana ciri-ciri kepimpinan beliau selama ini? Saya cabar Tok Guru untuk berterus terang kepada kami, kenyataan ini juga telah menyebabkan kekeliruan dan kejutan kepada banyak pihak.

“Sebagai seorang yang sering melaungkan muzakarah (perbincangan) dalam apa-apa jua isu, kenapa Tok Guru tiada muzakarah dalam isu ini,” katanya.

Kata Azman lagi, cadangan kerajaan perpaduan yang ditentang Tok Guru sebenarnya datang dari Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin hanya menjalankan tugas kerana ketiadaan Presiden yang berada di London sekarang.

“Saya pelik, kenapa tidak keluarkan kenyataan mahu buang Hadi, kerana Hadi yang wujudkan konsep kerajaan perpaduan ini, tetapi yang menjadi mangsa adalah abang saya.

“Tok Guru seharusnya pergi kepada siapa yang memulakan cadangan kerajaan perpaduan ini dan saya juga menyeru kepada Hadi agar menerangkan secara terperinci apakah kerajaan perpaduan tersebut,” katanya.

Ditanya kenyataan Nik Aziz berkemungkinan dipengaruhi oleh orang dalaman Pas, Azman beranggapan ia mungkin bermula kerana kemenangan Nasharuddin merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada Muktamar baru-baru ini.

“Ramai tidak berpuas-hati dengan kemenangan abang saya pada Muktamar Pas tempoh hari, jadi saya percaya sedikit sebanyak kemenangan tersebut mempengaruh kenyataan Tok Guru,” katanya.

Mengulas tindakan yang mungkin diambil oleh abang beliau ekoran kenyataan Nik Aziz mendesak agar meletakkan semua jawatan dan keluar daripada parti, Azman berkata Nasharuddin tidak mungkin keluar dari Pas dan menyertai parti lain.

“Abang saya tetap berdiri teguh dengan perjuangan beliau, abang juga amat sayang dengan Pas dan beliau tidak mungkin masuk UMNO seperti yang difikirkan sesetengah pihak.

“Tetapi sayangnya perjuangan mati-matian abang dibalas sedemikian oleh pemimpin tertinggi parti,” katanya.

Kelmarin, Nik Aziz Nik menggesa Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa meletakkan semua jawatan dan meninggal parti Pas jika masih ingin menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan UMNO.
Setakat ini, kenyataan dari tokoh ulama tersebut merupakan yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan Pas yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai ‘boneka UMNO’.


>>>END<<<

Wednesday, June 17, 2009

chin peng lagi!!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan tiada logik akal. bagaimana dia sebagai bekas Timbalan Perdana menteri boleh berkata Chin Peng patut diberi pengampunan dan di benarkan masuk Malaysia????

dia patut sedar bahawa chin peng adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) merangkap ketua cabang komunis di Malaya dan kemudian Malaysia kerana kemasukan sabah dan sarawak ke dalam persekutuan.

bagaimana dia boleh terfikir ingin memberi pengampunan kepada chin peng sedangkan chin peng lah bertanggungjawab membunuh ribuan anggota tentera dan orang awam yang tidak berdosa?

memang alasan DSAI adalah kerana perikemanusian, tetapi kita kena fikir semula adakah dosa chin peng sudah dimaafkan oleh ratusan ribu rakyat malaysia??? patutnya sifat kemanusiaan tersebut digunakan DSAI untuk membantu ratusan bekas tentera untuk menjalani hidup sebagai insan sempurna kerana mereka telah kehilangan kaki, tangan dan lumpuh sepanjang hayat kerana menyelamatkan bangsa dari Chin Peng!!!

DSAI patut juga sedar bahawa hukuman yang diberikan untuk tidak membenarkan chin peng masuk ke malaysia adalah hukuman yang amat sedikit berbanding dengan dosa yang dia telah buat.

Patutnya Angkatan Tentera malaysia (ATM) sudah lama dahulu menghantar pasukan khas dan membunuh Chin Peng, tetapi ia tidak dilaksanakan kerana sifat kemanusiaan, adakah ia tidak cukup wahai DSAI???

jika DSAI terfikir untuk memberi pengampunan kepada Chin Peng, baik dia keluarkan kenyataan pengampunan kepada Chin Peng dan semua banduan dalam penjara seluruh malaysia, itu lebih logik!!!

jadi kesimpulan yang amat mudah dibuat disini adalah DSAI sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk menarik sokongan kaum cina terhadap PKR.

tetapi sebelum itu, sedarlah kepada kaum cina bahawa kaum cinalah yang sebenarnya menjadi mangsa kepada PKM, sepatutnya merekalah yang pertama menolak kepulangan pengkhianat bangsa yang bernama Ong Boon Hwa@Chin Peng!!!!!

Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan

Aku pelik kenapa MCA melalui jurucakapnya Lee Wei Kiat bercakap mengenai tujuan utama kerajaan perpaduan adalah untuk menubuhkan negara Islam.

ingin aku tegaskan disini, adakah Malaysia bukan negara islam sebelum ini?

dia turut membayangkan bahawa jika negara islam diwujudkan, orang bukan islam akan terpinggir...wtf?? selama ni orang bukan islam dipinggirkan ke? dia ingat orang melayu islam sekejam bangsa dia kat tanah besar cina ke? menghalau pelarian tibet dan sering mengancam taiwan. bayangkan jika ada golongan melayu seramai 7 juta orang berada di china selama 500 tahun, agak2 bagaimana nasib org melayu kat sana? entah2 nak beli sesudu tanah pun tak boleh.

lagi aku panas lee turut cakap MCA menentang sekeras-kerasnya penggabungan UMNO-Pas kerana beranggapan ia akan mewujudkan kerajaan yang terdiri dari melayu islam manakala orang bukan islam pula menjadi pembangkang. di mana kebenaran ayat ini? nampak sangat dia seorang yang cetek ilmu dan langsung tidak memahami bangsa melayu. lagi satu nampak sangat dia selama ini beranggapan melayu ni bodoh ataupun lemah.

mereka juga nampak sangat tidak mahukan bangsa melayu bersatu dan terus mahukan melayu berpecah belah, dan kenyataan yang kita boleh nampak, bangsa lain terutamanya cina sebenarnya takut dengan orang melayu. manakan tidak, perpaduan antara parti pun mereka mahu tolak.

dan satu lagi, lee turut membidas usul2 yang dibuat dan dipersetujui ketika muktamar pas yang lalu terutamanya usul yang mahukan ekuiti untuk melayu DIKEKALKAN 30%. apa ni? Pas guna ayat DIKEKALKAN, bukannya DITAMBAH seperti yang cina selalu guna. sedarlah kaum ini, mereka sering mengatakan melayu bangsa yang racist tapi fikir-fikirlah semula.

kalau mereka bukan bangsa yang racist, mana mungkin kat beribu kedai cina bertulis VACANCY-CHINESE ONLY.

sedarlah, jangan mencabar kesabaran melayu. sabar tetap ada hadnya. sedarlah....

Sunday, June 7, 2009

Muktamar Pas


Selesai sudah perjalanan Muktamar Pas kali ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, yes!!

Banyak isu dimainkan, terutamanya isu Ulama vs Profesional dan Kerajaan Perpaduan.

Aku pelik kenapa ada pihak dalam Pas begitu menolak gila2 kerajaan Perpaduan yang disuarakan oleh Ustaz Hadi. memang diakui UMNO sekarang sudah ditahap paling lemah dan terdesak, tetapi ini bukan alasan untuk menutup pintu perbincangan.

memang juga umno pernah tikam belakang Pas ketika Pas masih dalam kerajaan perikatan dahulu, tapi itu cerita dulu. Pas juga sering laung-laungkan rakyat kena terus pandang kehadapan.

tapi apa pun aku menyokong penuh Ustaz hadi yang mahukan kerajaan perpaduan diwujudkan. marilah kita semua sebagai rakyat malaysia bersama-sama menjadi hakim dalam keputusan ini. yang penting kita sebagai rakyat mempunyai keputusan akhir yang tidak mungkin dapat ditentang walau oleh kerajaan.

P/S: xyah gaduh2 lagi Pas UMNO, masa gaduh dah tamat, kepada umno, jangan rasuah, kepada pas pula, jangan ikut sangat telunjuk PKR-DAP.