Sunday, June 7, 2009

Muktamar Pas


Selesai sudah perjalanan Muktamar Pas kali ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, yes!!

Banyak isu dimainkan, terutamanya isu Ulama vs Profesional dan Kerajaan Perpaduan.

Aku pelik kenapa ada pihak dalam Pas begitu menolak gila2 kerajaan Perpaduan yang disuarakan oleh Ustaz Hadi. memang diakui UMNO sekarang sudah ditahap paling lemah dan terdesak, tetapi ini bukan alasan untuk menutup pintu perbincangan.

memang juga umno pernah tikam belakang Pas ketika Pas masih dalam kerajaan perikatan dahulu, tapi itu cerita dulu. Pas juga sering laung-laungkan rakyat kena terus pandang kehadapan.

tapi apa pun aku menyokong penuh Ustaz hadi yang mahukan kerajaan perpaduan diwujudkan. marilah kita semua sebagai rakyat malaysia bersama-sama menjadi hakim dalam keputusan ini. yang penting kita sebagai rakyat mempunyai keputusan akhir yang tidak mungkin dapat ditentang walau oleh kerajaan.

P/S: xyah gaduh2 lagi Pas UMNO, masa gaduh dah tamat, kepada umno, jangan rasuah, kepada pas pula, jangan ikut sangat telunjuk PKR-DAP.

No comments: