Monday, July 27, 2009

Aku bukan rasist...


Dimana-mana sahaja dalam dunia sepanjang sejarah manusia, kumpulan berhaluan kiri tetap dikira penentang kerajaan. tidak perlu dipertikaikan disitu.

komunis di Malaya kebanyakkannya disokong oleh orang cina peringkat bawahan kerana pada masa tersebut, cina kebanyakkannya tertekan dan semangat patriotik akibat serangan Jepun keatas tanah besar China. secara langsung mereka terus melancarkan perang selepas perang dunia ke-2 terhadap british kerana berpendapat ideologi komunis akan diterima orang Malaya.

Cuba kita tanya dengan orang-orang cina yang kaya, adakah mereka menyokong ideologi komunis? sudah tentu tidak kerana komunis mengamalkan dasar samarata. sudah tentu mereka yang kaya tidak akan berkongsi harta dengan yang miskin, betul bukan..

kepada orang melayu pula, majoriti mereka tidak menyokong komunis kerana ideologi ini tidak percayakan konsep ketuhanan.

memang puluhan ribu tentera komanwel tiba ditanah melayu untuk memerangi komunis...kerana ia dilakukan untuk menyelamatkan negara dari terjebak kedalam perang saudara yang sudah tentu tidak akan selesai hingga hari ini.

Tentera Putih dihantar untuk membantu tentera melayu agar tidak menggambarkan sangat peperangan antara Melayu Vs Cina.

Jujur saya ingin bertanya kepada pembaca, jika komunis cina berjaya merampas negara ini, apa yang akan terjadi kepada kaum melayu di Malaya?

memang sekarang minda kita terbuka dan kita menerima perkongsian kuasa kerana jasa orang-orang dahulu berjuang untuk sesuatu yang kompleks, tetapi apa yang difikirkan oleh orang cina dan melayu pada ketika itu? dapat point saya bukan...
jadi kesimpulannya, perjuangan komunis ditentang bukan kerana majoritinya cina...ia ditentang kerana perkara yang akan terjadi sekarang. kerana kebijaksanaan pemimpin kita dahulu, malaysia sekarang menjadi seperti sekarang...

Sunday, July 26, 2009

Pro and Anti.....


klik untuk besarkan.....dicurik dari mkini

Monday, July 20, 2009

Teoh Beng Hock..........


Ingin aku tegaskan disini bahawa apa yang aku tulis adalah luahan perasaan dan persepsi aku semata-mata...belum pasti semua yang aku tulis adalah perkara sebenar atau sebaliknya..ok!!

sebelum kita menuduh seseorang...lebih baik kita mengkaji dahulu kenapa teoh 'mati' dan kenapa beliau disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...
Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah, juga merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

Aku juga dapat maklumat bahawa penyalahgunaan peruntukan negeri ini melibatkan pembelian beribu-ribu bendera sempena hari kebangsaan dan sambutan tahun baru yang lepas.

bagi aku, sisatan kes ini adalah kes biasa dan bukannya high profile kes sehingga boleh menjatuhkan seseorang..lain lah jika kes ini menjurus kepada kes yang lebih besar..memang patut pun beliau dibunuh (andaian aku sahaja).

jika ada pihak yang menuduh SPRM yang membunuh teoh, bagi aku itu adalah andaian yang membabi buta...fikir logik..sprm tidak perlu membunuh SAKSI, lainlah jika disuruh oleh DALANG kes tersebut, dan kita pasti boleh agak siapa dalang disebaliknya bukan.

begitu juga jika ada pihak yang menuduh kematian teoh disebabkan oleh KERAJAAN, sekali lagi ia tuduhan tidak berasas. lainlah jika INDIVIDU dalam KERAJAAN, tidak bermaksud KERAJAAN itu sendiri yang membunuh teoh.

aku juga merasakan kematian Teoh bertujuan untuk mengaburi mata rakyat mengenai perkara yang sebenarnya berlaku dan digunakan oleh 'SESETENGAH PIHAK' untuk MENUDUH PIHAK LAIN. aku yakin ramai yang faham bukan....chow!
Owhh...and one other thing....jika kerajaan nak bunuh teoh...kerajaan dah boleh bunuh DSAI dari dulu dah.....hahahah!!!

Sunday, July 12, 2009

Kebenaran tentang Amanat Haji Hadi


PENGENALAN

Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?

Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.

MENGAPAKAH TIMBUL SEMULA SELEPAS 20 TAHUN BERLALU?

Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)

Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)
Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999. Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".

Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu. Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu. Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.
ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENG

Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".

Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?

Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)

TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADI

Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982, saya sendiri hadir bersama jurukamera membuat liputan video tragedi tersebut.

Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999. Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.

Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu. Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).

Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?

Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)

Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.

MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH DAN MENYELEWENGKAN FAKTA/REALITI

Hukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS. Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.

Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).

Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).

Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah "Walaula daf'ullahin nasa ba'dhahum biba'dhil lafasadatil ardh" yang diberikan makna "Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi. Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak". Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai "Tuhan mahu kita bergaduh" telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.

Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?

Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: "Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara". Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa "Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin" ataupun pakai hukum "Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua". Rela berpura-pura dengan hukum Allah.

Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32). Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.

Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.

Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).
Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.

Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:
"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".

Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.

PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATA

Selain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.

Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: "Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS". Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri? Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.

Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana "Mempertahankan perlembagaan kafir" dan tidak ditemui juga hukum "Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku" sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?

PENUTUP

Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.

Article contributed by: Dato' Shafei Daud

Thursday, July 9, 2009

pertemuanku dengan makhluk Allah SWT

ketika kempen pilihanraya kecil Manek Urai berterusan ke dalam kawasan-kawasan kampung sekitar DUN ini, aku telah ditugaskan untuk mendengar ceramah Pakatan Rakyat di Kampung Manjor 7 Julai lalu. antara panel yang hadir adalah MP Shah Alam, Khalid Samad, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim serta pengerusi Kelab Penyokong Pas Perak, Suria Narayanan. sepatutnya ceramah tersebut bermula pada jam 9 tetapi disebabkan hujan ia ditangguhkan sehingga jam 10.30 malam.

Kampung Manjor ini terletak kira-kira 4km dari jalan besar dan terpaksa melalui jalan sempit dan ladang getah yang amat gelap sepanjang jalan disamping melalui satu kawasan perkuburan (aku baru tau lalu kubur masa lalu siang tadi).

dijadikan cerita, time aku pergi (aku sorang je), aku terlepas 1km dari kampung manjor dan terpaksa u-turn balik, mase u-turn tu, aku lalu sebuah jambatan kecik kayu yang amat berbahaya, silap sikit je kereta boleh terjunam, dah la licin, ujan lebat lak.

masa berenti sebelom lalu jambatan tu lah aku bukak high beam lalu aku terkejut bila tengok sebentuk badan manusia sedang bertenggek kat tiang jambatan tu. apa yang sempat aku tengok, 'dia' ni lelaki, pakai baju putih seluar itam singkat setengah betis, aku apa lagi, jantung masa tu jangan cakaplah, rase jantung aku jatuh kat riba aku, badan terus lemah rase nak pitam.

aku toleh belakang gelap, kiri kanan gelap, aku terus baca ayat al-quran macam2, minta keselamatan dari Allah, dalam 10 saat tu, aku tengok 'benda' tu masih kat situ tak bergerak pun, nak reverse dah tak boleh, aku terus tak fikir ape lagi la, aku pecut la ke depan mintak2 la benda ni betol manusia.

mase lalu sebelah benda tu, aku dapat rasekan kereta skuad aku bawak tak dapat bergerak, pokok kat depan tu rase same je jauhnya, aku kuatkan semangat aku jerit Allahuakbar!! alhamdulillah kereta skuad tu terus pecut kat depan.

mase aku tiba kat tempat ceramah, aku sempat borak ngan sorang brader kampung situ, aku tanye la pasal jambatan tu, aku terkejut bila die cakap, "kenape, ade jumpe apa-apa ke?" die cerita kat situ ade orang bunuh diri sebab kena tinggal ngan awek. brader tu crita die gantung diri kat jambatan tu. sekali lagi aku berisytifar.

aku bersyukur kerana aku datang ke sini dengan niat baik. die hanya tunjukkan dirinya kepada manusia supaya kita tidak lalai dan sentiasa beringat kepada Allah SWT. setakat ni, Manek Urailah tugasan ku paling mencabar..semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada semua makhluknya...amin

Inilah jambatan yang dimaksudkan penulis, tetapi sebenarnya bendera masih belum dipasang malam sebelum itu.

laluan sempit tempat aku buat u-turn

jalan ke kampung manjor

Saturday, July 4, 2009

48 jam sebelum permulaan perang Manek Urai

Ini merupakan pilihanraya kecil kali ketiga aku membuat liputan selepas Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan sekarang Manek Urai. setakat ini DUN N41 inilah medan paling mencabar bagi aku. nasib baiklah bukan Parlimen Kuala Krai, kalau tak masak!! Besar sangat kawasan ni beb!!!
Markas tido Sinar Harian

Bosan tunggu keretapi shuttle Tumpat-Manek Urai-Tumpat

Ape??

Aku sokong ni Menang!!!!