Friday, September 18, 2009

Antara Samy dan Taib....

Abdul Taib Mahmud
Samy Vellu

Seperti tajuk diatas...inginku tegaskan bahawa aku tidak mahu mencampuri urusan mana-mana parti selain hanya ingin meluahkan pendapat peribadi dan suasana politik semasa. aku berasa terpanggil untuk meluahkan perasaan rakyat akar umbi untuk membantu kedua-dua pemimpin besar negara tersebut.

Seperti yang kita tahu, Datuk Seri S Samy Vellu adalah presiden parti MIC, iaitu parti terbesar kaum India sejak 12 Oktober 1979 manakala Tan Sri Abdul Taib Mahmud sudah memimpin parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak sejak 16 Mac 1981.

Kedua-dua presiden parti tersebut boleh kita katakan 'last man standing' sejak era hujung 70'an kerana kesemua presiden parti komponen BN lain sudah silih berganti.

selepas pilihan raya umum ke-12 tahun lepas, BN telah menghadapi pelbagai cabaran kerana rakyat hari ini berbeza dengan rakyat tahun 70'an lalu. Tsunami politik yang melanda menyaksikan pembangkang memenangi 5 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan tidak disangka Selangor turut jatuh ke tangan pembangkang.

Kenapa aku kata rakyat sekarang berbeza adalah kerana dunia tanpa sempadan dan tahap kecerdikan rakyat kita yang tinggi. kesemua rakyat sudah tentu mahukan pemimpin yang benar-benar boleh memimpin negara sekaligus menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dan penipuan.

kita bertuah kerana dikurniakan Perdana menteri yang hebat silih berganti tetapi memandangkan BN adalah gabungan pelbagai parti maka sedikit sebanyak masalah parti lain turut menggugat BN secara keseluruhan.

Benar kata Tun Mahathir, oleh kerana presiden MIC sudah tidak diterima oleh kaum india, maka Samy akan menjadi liabiliti kepada BN dan mengancam kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Seperti yang kita duga, parti-parti pembangkang seperti Pas, PKR dan DAP langsung tidak mengkritik kepimpinan Samy kerana bagi mereka ia adalah advantage kepada kemenangan Pakatan Rakyat.

Malah PR mahu memecahkan lagi BN dengan mengeluarkan kenyataan mahu diwujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua dari Sabah dan Sarawak. sudah tentu ada pemimpin dari Malaysia Timur sana sudah berangan.

oleh itu, untuk mengimbangi kekuatan PR yang semakin besar, kenyataan Tun Mahathir hendaklah dipertimbangkan oleh Samy kerana sudah tentu beliau adalah pemimpin yang berjiwa besar dan tidak mahu BN tewas kerana sokongan kaum india sudah lari. Sedarlah Samy bahawa zaman kepimpinan mu sudah berakhir.

Sekarang mari kita bergerak ke Taib Mahmud, seorang pemimpin yang amat digeruni di Sarawak malah ramai orang mengatakan beliau adalah Godfather Sarawak kerana kepimpinannya yang tidak pernah diusik dan dipersoalkan. benarkah begitu????

tidak seperti disemenanjung, rakyat Sabah Sarawak lebih bersifat pasif dan mengikut kata...umpama perayaan 16 September iaitu tarikh sebenar kelahiran seluruh negeri dalam Malaysia, rakyat SArawak dan sabah tidak pernah merungut jika tarikh ini dilupakan.

Malah dalam hati seluruh rakyat malaysia dari borneo merasakan terpinggir dari arus kemodenan negara dan tidak diberikan tempat dalam kepimpinan negara. hanya selepas rombakan kabinet lalu menyaksikan ramai Timbalan Menteri dilantik dari pemimpin Sabah dan SArawak.

Ingin aku beritahu disini juga, rakyat Sarawak bukannya rakyat yang obses kepada parti, disini PR mengambil langkah silap dengan mendedahkan pelbagai kesalahan kerajaan, dengan harapan menyokong merela. aku tegaskan rakyat sarawak tidak ambil peduli kerana bagi mereka tiada kesan. maka strategi sebegini silap.

Rakyat sarawak adalah rakyat yang paling berintergrasi dalam negara, jadi rakyat sarawak sebenarnya paling bersikap terbuka, maka cara terbaik untuk memenangi hati rakyat sabah dan sarawak adalah dengan perlaksanaan dahulu, bukannya janji dulu baru buat.

Oleh itu, Taib merasakan kepimpinannya selamat kerana rakyat Sarawak tidak ambil kisah jika berlaku tsunami politik walaupun rata-rata rakyat sarawak sebenarnya sudah menolak Taib. dengan sikap inilah pembangkang sukar untuk membolosi benteng BN disana sehingga SAbah dan SArawak adalah penyelamat sebenar kepada BN, jauh sekali SAmy.

Jika ada orang mengatakan rakyat sabah dan sarawak bodoh kerana masih menyokong BN, ingin aku tanya disini, bodohkah kami sekiranya kami mahu melihat dahulu perkembangan PR dinegeri-negeri yang diperintah? selepas itu barulah rakyat sabah dan sarawak pertimbangkan. bodohkan begitu?

maka Samy dan Taib ada persamaan dan ada perbezaannya walaupun rakyat sudah tidak lagi menyokong mereka...ada juga angin yang aku dengar kedua-dua mereka berebut untuk mendapatkan pangkat Tun...hahaha!!!

Selamat Hari Raya kepada seluruh rakyat malaysia!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

keep writing bro..