Monday, October 12, 2009

Tsunami tidak sampai ke Bagan Pinang

seperti yang kita maklum, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah memenangi pilihan raya kecil Bagan pinang menewaskan calon Pas, Zulkefly Mohd Omar dengan majoriti amat besar sekali iaitu 5435 undi.

ingin saya imbas kembali kenapa BN boleh memenangi DUN Bagan Pinang dengan besar sekali, pertama, dari segi pengundi mereka tahu Isa pernah disabit bersalah terlibat dengan politik wang, malah UMNO menjatuhkan hukuman terhadap beliau digantung keahlian selama 6 tahun tetapi dikurangkan 3 tahun. tetapi pada masa sama orang di sini pun tahu Isa buat kerja selama ini, sebab itu modal kempen 'rasuah' Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan kerana penduduk tidak merasai tempias.

selain itu, modal kempen PR yang mengatakan Isa pun bukan orang tempatan turut tidak mendapat sambutan kerana orang disini tahu walaupun Isa dilahirkan di melaka tetapi beliau membesar, bersekolah dan mengenali penduduk tempatan disini.

melalui tinjauan aku sendiri, penduduk di Bagan Pinang boleh dikelaskan sebagai penduduk pertengahan, rata-rata mereka mempunyai pendapatan tetap tidak kira sebagai kakitangan awam, pekerja swasta dan berniaga.

pada pilihan raya umum 2008 lalu, majoriti rendah sebanyak 2333 undi adalah kerana mereka sudah muak dengan pemerintahan PM terdahulu yang membiarkan banyak perkara berlaku, tetapi alhamdullilah dengan PM yang baru dan tegas, pengundi sudah mempercayai konsep 1malaysia yang dibawa DS Najib.

Selain itu, Pas menghabiskan banyak masa mempertikaikan undi pos, jika mereka mempertikaikannya, mereka patut tarik diri awal-awal. lepas tarik diri barulah injuksi mahkamah dibuat. kalau mereka buat begini, pengundi mesti tertarik kerana Pas bersungguh-sungguh.

Dengan penarikan diri, Pas boleh mengambil sedikit masa dan jika ada rezeki pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang boleh di tangguhkan.

oleh itu Pas tidak boleh lagi mengundur, mereka juga tidak boleh mempertikaikan undi pos kerana pas telah mendapat banyak undi dari undi pos. walaupun undi pos dibatalkan, BN tetap menang di bagan pinang.

Sebelum mengatakan SPR menyeleweng undi pos, mari kita lihat pecahan anggota tentera yang mengundi di sini, mari kita lihat sama ada mereka kebanyakkannya berasal dari Sabah, Sarawak yang memang menjadi kubu kuat BN ataupun berasal dari Kelantan, Kedah yang menjadi kubu kuat Pas...amat menarik sekali.

selain itu, strategi PR yang membawa terlalu ramai penceramah luar dan isu-isu luar ke bagan pinang turut membuatkan pengundi tidak merasa 'kedekatan' kepada PR. pengundi sudah tentu mahu isu lokaliti yang dimainkan seperti pilihan raya kecil sebelum ini. dengan penceramah luar, maka yang mendengar ceramah2 mereka sudah tentu orang luar juga.

Isu yang paling lantang diperkatakan adalah BN menggunakan jentera kerajaan untuk mendekati pengundi, contohnya seperti DS Zahid hamidi mendekati anggota tentera, DS Ismail Sabri dan DS Shafie Afdal memberi sumbangan kepada penduduk, tetapi isu ini sudah lapuk. sesiapa pun yang menjadi kerajaan akan guna taktik ini. cuba bayangkan Menteri Kebajikan dipertikaikan jika memberi sumbangan kepada penduduk, pelik bukan?

Akhir sekali, faktor sebenar kemenangan BN di bagan pinang adalah kerana pengundi mengundi calon, bukannya parti. oleh kerana BN mengetahui penduduk disini menyokong kuat TS Isa, maka pilihan mereka adalah tepat walaupun Isa mempunyai rekod buruk.

Tsunami politik fasa kedua yang dilaung-laungkan PR tersungkur di pantai PD.....

No comments: