Saturday, August 28, 2010

Kebenaran?

TANAH YANG DIJANJIKAN sebenar akan terbongkar tidak lama lagi selepas beribu-ribu tahun tersimpan dalam peti rahsia yang amat terahsia, lebih rahsia daripada rahsia artifak dalam cerita-cerita Hollywood.

Tanah inilah yang diperkatakan oleh Nabi Musa AS semasa pertapaannya selama 40 hari di Gunung Sinai. Semasa pertapaan itu Nabi Musa AS berkata, Ya, sayalah manusia dan Yang Maha Esa adalah Satu.

Ketika Malaikat Jibrail membawa Nabi Musa ke Gunung Sinai, Nabi menyaksikan satu kejadian Anak Manusia dan Nabi tegaskan itu adalah anak kesayangannya.

Ingatkah ketika Nabi Musa AS berkata "Saya akan kembali ke Tanah Nenek Moyang di mana Tanah tersebut ada banyak Istana."

Dalam kitab Bible, John ada berkata, Tanah Nenek Moyang yang dimaksudkan Nabi Musa AS ada sepuluh Raja dan terletak di negeri Patmos dan ya, maksud banyak istana adalah ramai Sultan dan di negara kita yang tercinta Malaysia ada 10 Sultan termasuk Sultan Brunei dan Sultan-Sultan ini bergilir-gilir untuk menjadi Raja segala Raja selama 5 tahun!

Memeranjatkan, dalam bible ada mencatatkan Jesus pernah berkata, Raja-Raja ini akan mengangkat salah satu daripadanya dengan nama 'Menghina Tuhan'. Mengejutkan kita memanggilnya Duli Yang Maha Mulia kerana gelaran sebegitu hanya patut diberi hanya kepada Allah SWT.

Masa akan menentukan, InsyaAllah kemunculan, kebangkitan kali kedua agama Allah SWT yang sebenar-benarnya akan bermula dari sini, di Negeri Tuhan, The New Jerusallem. Malaysia jika dibacakan terbalik menjadi Aisyalam dan inilah semenanjung emas seperti yang tercatat dalam catatan pakar geografi Yunani, Ptolemy.

Kerana kemasyuran negeri di pertemuan tiga lautan, kapal-kapal Hiram Nabi Sulaiman AS sanggup berulang alik untuk mendapatkan bekalan emas untuk membina kerajaan termasyur, di Gunung Ophir atau Gunung Ledang.

Begitu juga dalam rekod kerajaan Mesir Purba, perkataan Prao untuk Raja Mesir sebenarnya diambil dari nama Raja Perahu yang memerintah gugusan kepulauan yang kaya dengan emas, kemenyan dan kapur barus digunakan dalam upacara mereka.

Permaisuri Cleopatra juga pernah mengadakan satu ekspidisi ke kepulauan ini dan dia memanggil tanah ini sebagai Tanah Dewa-Dewa dan mengaku keturunannya berasal dari negeri ini.

Pada tahun 1930'an, Pakar Sejarah British telah menemui artifak kuno di Raub Pahang dengan bahasa Hebrew ditulis di atasnya dan artifak tersebut dibawa ke Muzium British.

Tanah ini juga dipanggil Malaya dan puncak tertinggi dunia dipanggil Himalaya, Domain internet bagi Malaysia adalah MY dan singkatan Malaysia dalam arena sukan antarabangsa adalah MAS iaitu emas!!

Malaysia ada 12 negeri menggambarkan 12 kaum Israel yang hilang, lihat saja dalam buku revelation lambang tanah yang dijanjikan, lambang bintang dan bulan tersebut ada dalam bendera Malaysia.

Lebih menguatkan lagi fakta, Melayu tidak mengetahui sejarah asal-usul, inilah kaum hilang yang sebenar, yang akan bangun menentang Yahudi dan menyembelih mereka seperti yang dijanjikan, lihat sahaja negara barat mula mengalih pandangan kepada Bumi bertuah ini!!!

Inilah Tanah Yang Dijanjikan, bukannya benua Amerika seperti dalam Buku Mormon kerana plat emas tersebut telah dicuri dari orang Melayu dan dibawa ke Amerika!!

Siapakah Melayu sebenarnya? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. 'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat... tidur dengan lenanya... senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur!

Sunday, April 25, 2010

PR mesti menerima hakikat....

Keputusan di Hulu Selangor membuktikan Barisan Nasional (BN) masih diterima rakyat walaupun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkata sebaliknya.

Keputusan ini juga jelas membuktikan politik di Malaysia mula bergerak ke arah perkauman di mana undi Melayu kepada UMNO manakala undi Cina kepada DAP. Undi India pula masih berpecah dua.

kenapa perkara ini terjadi??? isu ini terjadi bukan sekelip mata, begitu banyak isu-isu sepanjang tahun 2009 dan tahun ini telah membuka mata rakyat dan membolehkan mereka mengundi BN sekali lagi selepas kekalahan teruk BN pada 2008 lalu.

Contohnya seperti isu kalimah Allah, isu-isu rakyat, malah UMNO kelihatan bersungguh-sungguh mahu menghapuskan rasuah. Rakyat terpukau sekejap dengan tindakan UMNO, manakala Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan semakin jauh dengan orang Melayu yang sesungguhnya majoriti di negara ini.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, PR harus menerima hakikat bahawa mereka menang kerana undi protes disebabkan kenaikan harga minyak. Fikirlah jika PR tidak mendesak kerajaan menurunkan harga minyak, PR sudah memerintah negara sekarang kerana kerajaan digulingkan oleh rakyat.

Tetapi perkara sebaliknya terjadi, BN terus mendapat mandat memerintah, dan jika ditakdirkan, BN akan memerintah Malaysia untuk 50 tahun lagi.

Tsunami tidak sampai ke Hulu Selangor.....

Sunday, April 18, 2010

Jangan terlalu awal mendabik dada....

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sudah bermula, permulaan kempen kelihatannya amat lancar sekali bagi semua pihak bertanding.

Untuk peringkat awal kempen, perancang strategi Pakatan Rakyat (PR) jangan terlalu berbangga mengatakan ceramah mereka dipenuhi penduduk@Pengundi manakala ceramah Barisan Nasional (BN) kurang mendapat sambutan. Anda silap...

Sepatutnya anda mengkaji dahulu jenis perwatakan penyokong...cuba tanya diri sendiri, penyokong PR dan BN bagaimana orangnya?

Adakah penyokong BN jenis yang suka mendengar ceramah? adakah mereka sanggup datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa pemimpin mereka?

Bagaimana pula dengan penyokong PR? adakah mereka suka dengar ceramah? ya...adakah mereka sanggup datang dari jauh? ya...

jadi jangan terlalu awal mengatakan pihak yang akan menang...datang ke Hulu Selangor...tengok sendiri sentimen penduduk...peace

Tuesday, April 13, 2010

Tsunami di Hulu?


Sah!! Calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor adalah Datuk Zaid Ibrahim....ermmm...kenapa PR tetap pilih Zaid? tidakkah PR sedar bahawa Zaid terdedah kepada banyak serangan dari pihak Barisan Nasional?

Mungkinkah PR terlalu yakin dengan Zaid dan menganggap BN atau lebih tepat lagi MIC berdegil mahu meletakkan Timbalan Presidennya, Palanivel? Dari sumber-sumber yang amat boleh dipercayai...kita akan dapat melihat banyak 'rahsia-rahsia' Zaid...heheheehe..apa itu??

Apapun masih terlalu awal untuk meramal..kedua-dua pasti ada sebab tersendiri....

akhir sekali, adakah kita masih boleh melihat tsunami di Hulu Selangor? mungkin tidak kerana Bagan Pinang di tepi laut pun tsunami sudah reda....peace

p/s: kempen elok2 ye...jangan sampai ada yang cedera..


Sunday, March 14, 2010

BN tetap menang pada PRU-13

mungkinkah kita tidak melihat gambar ini lagi sekiranya PR menang PRU?

Hari ini, pemimpin-pemimpin politik sudah mula mengira dan mengkaji langkah-langkah yang sepatutnya dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti yang dijangka pada tahun 2012. Mereka sudah mula 'tarik-tali', pujuk sana-pujuk sini, malah ada yang sanggup minta ramalan dari bomoh siam dan india berkenaan nasib mereka nanti...hahahaha!

Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemenangan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) pada PRU nanti.

Pertama, perancang harus mengetahui bahawa pengundi kita sudah memikirkan kepentingan diri dan keluarga, bukannya seperti tahun 1950-70'an dulu di mana semangat nasionalist masih tebal dalam diri kita semua. Sebab itulah pengundi kita sekarang 'swing' kiri-kanan.

Swing kiri kanan di sini bukannya berkenaan duit sahaja, jangan silap kepada yang mempunyai wang. Maksud yang sebenarnya ialah, ramai melihat Malaysia sudah mempunyai sumber meterial yang banyak, terima kasih kepada Tun Mahathir, tetapi Malaysia kekurangan satu sumber lain...iaitu keperluan kerohanian. Jika dilihat, Pas mempunyai kelebihan.

Menyedari hakikat ini, UMNO sekarang mula bergerak ke arah Islamik, contohnya dalam isu Kalimah Allah, UMNO paling kehadapan menentang penggunaannya oleh bukan Islam. Pas dan PKR pula seolah-olah senyap sepi. Atas faktor ini, ramai yang melihat Pas sekarang sebagai sekular (saya minta maaf). Sudah semestinya Pas dan PKR akan kehilangan banyak undi dari Melayu.

Kedua, pengundi sudah muak dengan permainan politik semasa, hari-hari ada sahaja politik yang langsung tidak menguntungkan rakyat.

Faktor ketiga, pengaruh golongan muda yang masih belum mendaftar kepada SPR. mengikut statistik terbaru, dianggarkan seramai 4 juta rakyat Malaysia masih belum menjadi pemilih. jika jumlah ini berterusan, proses demokrasi negara akan terganggu. Memetik dari MP PJS, Tony Phua, jabatan pendaftaran negara sekarang seharusnya membenarkan proses secara automatik, iaitu genap sahaja umur 21, data pemilih terus dimasukkan.

JIka golongan ini mengundi pada PRU-13 nanti, sudah semestinya PR mempunyai harapan cerah untuk menang.

Oleh itu, UMNO melalui sayap Pemuda dan Puterinya mula bergerak ke kampung-kampung dan menganjurkan pelbagai program. Hujung minggu je semua wakil rakyat UMNO balik kawasan masing. Susah nak buat follow up...hehehhe. Program terbesar adalah program Juara Rakyat. PR pula mewujudkan program Semboyan Halilintar Ke Putrajaya. Alhamdulillah semuanya untuk rakyat.

Apapun program, perancangan dan strategi yang dibuat, semua pemimpin utama menyedari realiti bahawa untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya, mereka harus menawan Sabah dan Sarawak. Di sinilah sebenarnya medan tempur sebenar (ulangx2 kali) BN vs PR: Road to Putrajaya V.1.1

Pada PRU-12 lalu, PR tidak melihat Sabah dan Sarawak secara magnificent, tetapi BN melihatnya. Baca di sini ....

Jadi secara kesimpulannya, walaupun banyak faktor lain contohnya seperti isu kaum, ketuanan Melayu, dan kecurigaan yang aku tidak mahu tulis di sini....kita semua tahu bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu Islam...jadi...faham-fahamlah...


Tuesday, March 9, 2010

Siapa lemah sebenarnya?

Dewasa ini, beratus-ratus ribu umat Islam tidak berdosa seluruh dunia ditindas, ditekan malah dibunuh hanya kerana slogan 'Menentang Keganasan'. Kita juga sering dihidangkan dengan berita kematian dan peperangan terutamanya berita dari Timur Tengah khususnya konflik Palestin-Israel dan Iraq.

Tetapi apa yang kita tidak tahu, kenapa media seluruh dunia menayangkan kepada kita peperangan ini dan menunjukkan kekuatan tentera Amerika Syarikat dan NATO?

Ia adalah untuk menimbulkan perasaan takut dalam diri kita khususnya umat Islam dan isyarat bahawa jika kita menentang mereka, maka neraka akan tiba bersama-sama peralatan perang, misil, kereta kebal, jet pejuang dan satelit mereka yang amat canggih. Mampu membunuh hanya menekan punat 10,000 KM dari tempat anda sekarang!!

Di sini aku ingin bertanya, pernahkah kita terfikir, kenapa mereka berlumba-lumba membina senjata dan menunjuk-nunjuk senjata terbabit?

Diulangi bahawa mereka mahu kita berasa TAKUT kepada mereka....tetapi adakah kita sebagai umat Islam takut dengan senjata-senjata terbabit?

Adakah orang Palestin dan Iraq takut dengan senjata canggih tersebut? Sudah tentu jawapannya tidak! Umat Islam di sana terus berjuang walaupun hanya berbekalkan selaras AK-47, 3 magazine peluru dan hanya berselipar jepun. Askar NATO di Iraq hidup dalam ketakutan, mereka pasti akan kalah sama seperti terjadi di Vietnam tidak lama dulu.

Sedarlah bahawa dalam setiap hati tentera NATO, dari Jeneral hingga ke prebet termasuk Presiden mereka, sebenarnya mereka takut dengan Islam. Sebab itulah timbul perkataan Islamophobia. Pernahkah kita dengar Kristianophobia? Atau Zionistophobia? Cristiano Ronaldo ada la.

Sepanjang sejarah Islam, kita mampu menewaskan kekuatan tentera musuh yang jauh lebih besar. Dari tentera Parsi, Rom dan tentera Kristian Perang Salib, umat Islam terus diberi kemenangan oleh Allah SWT. InsyaAllah dengan perjuangan yang lurus dan ikhlas, kejayaan pasti kembali ke tangan orang-orang Islam.

Kenapa saya cakap mereka takut, mari kita gambarkan senario ringkas ini, bayangkan jika umat Islam mempunyai kekuatan tentera 'level to level' dengan tentera NATO? Apa yang akan terjadi?

Jawapannya Yahudi akan terus hidup dalam buangan hingga hari kiamat, mungkin Amerika Syarikat bersimpati menyerahkan Alaska dan menjadikannya New Kingdom of Israel..mereka akan terus menunggu Raja Yahudi mereka selama-lamanya....

Jadi siapa yang takut sebenarnya????

P/S: Terima kasih kepada Jay kerana memberi idea...nanti aku tambah lagi

Monday, March 8, 2010

Untuk Ummah sekalian

BERITA DARI MASJID NABAWI

BERITA PENTING

BERITA UNTUK UMAT ISLAM DISELURUH DUNIA. SURAT INI DATANGNYA DARI SYECKH ACHMAD DI SAUDI ARABIA . "AKU BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT DAN NABI MUHAMMAD SAW, WASIAT UNTUK SELURUH UMMAT ISLAM DARI SYECKH ACHMAD SEORANG PENJAGA MAKAM RASULULLAH DI MADINAH, YAITU DI MESJID NABAWI SAUDI ARABIA..

"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba

sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan

Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, di antara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:

1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya

2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.

3. Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.

Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT.

"Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam di dunia.

Pesanan nabi:

a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.

b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 ( lima )waktu.

c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.

d. Berpuasalah dibulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.

PERHATIAN:
Bagi siapa saja yang membaca surat ini hendaklah menyalin/mengcopyny a untuk disampaikan kepada orang-orang lain yang beriman kepada hari penghabisan / kiamat. Hari kiamat akan segera tiba dan batu bintang akan terbit, Al'Quran akan hilang dan matahari akan dekat di atas kepala, saat itulah manusia akan panik. Itulah akibat dari kelakuan mereka yang selalu menuruti hawa nafsu dalam jiwa.
Dan barang siapa yang menyebarkan surat ini sebanyak 20 (dua puluh) lembar dan disebarkan kepada teman-teman / rekan-rekan anda. Atau Masyarakat Islam sekitarnya, maka percayalah anda akan memperoleh keuntungan setelah dua minggu kemudian. Telah terbukti pada seorang pengusaha di Bandung, setelah membaca dan menyalinnya juga menyebarkan sebanyak 20 (dua puluh) lembar, maka dalam jangka waktu 2 (dua) minggu kemudian, dia mendapat keuntungan yang sangat luarbiasa besarnya. Sedangkan terhadap orang yang menyepelekannya dan membuang surat ini, dia mendapat musibah yang besar yaitu kehilangan sesuatu harta/benda yang sangat dicintai dan disayanginya.

Perlu diingat kalau kita sengaja tidak memberitahukan surat ini kepada orang lain, maka tunggulah saatnya nasib apa yang akan anda alami, dan jangan menyesal apabila mendapat bencana secara tiba-tiba

atau

kerugian yang sangat besar. Sebaliknya jika Anda segera menyalin/mengcopyny a dan menyebarkannya kepada orang lain, maka anda akan mendapatkan keuntungan besar atau rezeki yang tiada disangka-sangka..

Surat

ini ditulis S.T.. STAVIA sejak itu surat ini menjelajah dan mengelilingi dunia, dan pada akhirnya sampai kepada Anda. Percayalah beberapa hari lagi sesuatu akan datang kepada Anda dan keluarga Anda.

KEJADIAN-KEJADIAN YANG TELAH TERBUKTI

1. Tun Datu Mustafa Mantan Menteri Sabah Malaysia, dipecat dari jabatannya karena beliau lupa setelah menerima surat ini, tidak menyebarkannya, kemudian beliau ingat surat ini, lalu beliau menyalinnya dan menyebarkannya sebanyak 20 lembar. Beberapa lama kemudian beliau dilantik kembali menjadi menteri Kabinet

Tuesday, February 23, 2010

Sejarah Melayu?? Mana???


Terlebih dahulu aku meminta maaf kepada sesiapa yang berasa tidak puas hati dengan post aku kali ini, aku hanya insan biasa, bukan berdarah Melayu sebenar tetapi aku merasakan diri aku sebagai Melayu. Aku bangga mengatakan aku Melayu dan beragama Islam.

Hari ini, golongan muda Malaysia terutamanya Melayu boleh dikatakan hilang jati diri Melayu mereka. Lebih menyedihkan bila aku tanya ramai member aku apa maksud Melayu? Member aku berkata Melayu adalah orang yang memakai pakaian Melayu (bersongkok, berbaju Melayu dan berbaju kurung), mengamalkan gaya hidup Melayu (lepak, malas, makan sambal belacan..etc????) dan beragama Islam. Begitu sajakah? Ayat seperti dalam perlembagaan je. Jadi mana bangsa Melayu? lihat keliling anda!

Lepas itu aku tanya pula mana datangnya Melayu? Member aku menjawab Melayu berasal dari Selatan China, aku tanya lagi betulkah? Dia menambah kaum Cina ini berasimilasi dengan kaum India jadilah Melayu di Nusantara. Aku tanya lagi jadi dari mana datangnya Bahasa Melayu? Member aku jadi pening, dan akhirnya tidak tahu berkata apa.

Inilah kesilapan yang perlu diperbetulkan, dalam buku teks Sejarah sekolah kita, cerita bermula dari zaman Paleolitik, Mesolitik, Zaman Batu, Zaman Logam, terus ke zaman Kesultanan Melaka dan kemudian terus dijajah oleh empat kuasa asing silih berganti (Portugis, Belanda, Enggeris dan Jepun) selama 500 tahun sebelum kemunculan negara Malaysia. adakah sejarah kita benar-benar setakat itu sahaja????

Selepas itu aku bertanya dengan member aku, pernahkah kita berfikir semasa tentera Melaka mempertahankan Kota daripada serangan Portugis, tentera Melaka sebenarnya menggunakan senapang dan meriam? Member aku berkata aku selalu sangat tengok TV, aku hanya gelak sahaja. Dia menegaskan tentera Melaka hanya menggunakan Keris, parang dan perisai kecil.

Aku geleng kepala, betapa tulisan pakar sejarah orientalis barat sudah bersemadi dalam fikiran anak-anak muda kita. Aku menerangkan satu demi satu, cuba fikirkan, belerang dicipta oleh bangsa Cina, kemudia dibawa ke negara Arab tepat lagi ketika zaman Khalifah Uthmaniyah. Sudah tentu laluan kapal tersebut akan melalui Selat Melaka. Tidak mungkin Sultan Melaka tidak tahu mengenai penciptaan senapang dan meriam, sedangkan Melaka ketika itu adalah pelabuhan terkaya di dunia, lebih kaya dari Port Royal!!!

Pemikiran beginilah selalunya ditolak oleh pemikiran Melayu tipikal, hanya menerima ilmu dan malas berfikir. Tulisan orientalis barat terus menjadi rujukan penulis-penulis tempatan sehingga ke hari ini sedangkan sejarah Melayu lebih dari itu. Terima kasih kepada ahli-ahli akademik yang memulakan penyiasatan dari kosong, terutamanya kajian dari UKM!!

Kita perlu selidiki asal usul sebenar bangsa Melayu, kita semua mengetahui dalam rumpun Melayu terutamanya di seluruh Nusantara, bangsa Melayu dipecahkan dengan begitu banyak kaum-kaum kecil contohnya, Bugis, Banjar, Mendailing, Jawa, Sunda, Iban, Kadazan, Sulu, Siam, Batak, Minang, etc...lihat sahaja nama Nusantara = Nusa Antara = Antara Nusa = Antarabangsa!!! Nama Nusantara pertama kali disebut oleh Patih Gajah Mada pada abad ke-12.

Tetapi pada abad ke-20, Nusantara telah dipecahkan oleh kuasa barat kepada beberapa negara terutamanya Indonesia, Malaysia dan Filipina. Di Filipina, missionaris Kristian berjaya mengkristiankan penduduknya sehinggakan bangsa Moro yang masih beragama Islam ditolak ke arah selatan. Begitu juga nasib Melayu Siam di Thailand. Lebih menyedihkan kaum Melayu Champa di Kemboja hanya tinggal nama, ramai yang sudah lari ke Malaysia ketika kekejaman Pol Pot.

Begitu juga di Indonesia, usaha mensekularkan Indonesia telah berjaya! Keluarga Melayu di Indonesia sudah cacamerba! Suami Islam, Isteri Kristian dan anak pula beragama Hindu!! Bila ditanya kamu bangsa apa? Orang Indo tersebut dengan bangga menjawab, Gwe bangsa Indonesia! Beragama apa? Orang Indo tersebut senyap terus!

Di Malaysia lain pula halnya, kerajaan kita bersusah payah mahu mewujudkan konsep bangsa Malaysia tetapi konsep ini kurang mendapat sambutan. Kita semua masih mendengar saya bangsa Melayu, saya bangsa Cina, saya bangsa India dan sebagainya. Kenapa perkara ini boleh terjadi?

Sebelum menjawab persoalan ini, kita hendaklah menyorot semula sejarah Tanah Melayu/Malaya. Kenapa British membawa masuk ramai pendatang dari China dan India? Mesti jawapan yang bermain di minda kita adalah untuk memenuhkan peluang pekerjaan bukan...ya itulah jawapan tipikal orang yang malas berfikir.

Pernahkah kita berfikir, kenapa kuasa besar Eropah ini memerlukan begitu banyak perjanjian-perjanjian dengan Sultan-Sultan Melayu? Sedangkan di tanah jajahan lain, penjajah Eropah ini membunuh dan memerangi Raja-Raja mereka, pelik bukan cara penjajahan British di Tanah Melayu.

Alamak! apa yang aku merepek ni?? hahahaha!!!


Monday, January 11, 2010

isu kalimah Allah SWT...




Lambang Paganism
Lambang Paganism

Isu kalimah Allah SWT yang panas di Malaysia sekarang antara penganut agama Islam dan Kristian sebenarnya sudah bermula sejak ratusan tahun lagi di Timur Tengah.

Ketika awal penyebaran agama Kristian (Nasrani) oleh Nabi Isa ra (Jesus dalam Kristian), Nabi Isa menyeru umat manusia menyembah Allah SWT sebagai satu. Jelas dalam kitab2 lama paling ortodoks Kristian menjelaskan Nabi Isa (Jesus) bukannya Tuhan seperti yang diketahui sekarang melainkan seorang manusia yang ditugaskan sebagai pesuruh Allah SWT yang membawa kebenaran kepada seluruh umat manusia.

Kekeliruan ini berlaku apabila serangan kerajaan Pagan dari arah utara dan menghancurkan kerajaan '12 Raja Bani Israel' dan menerapkan unsur-unsur pagan dalam ajaran baru Kristian sehingga mewujudkan konsep tiga tuhan dalam Kristian iaitu Bapa (Allah SWT), Anak (Jesus) dan Roh Kudus (Jibrail).

Aku tertanya-tanya kenapa pusat penyebaran Kristian dunia di Vatican tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menyeru umat Kristian seluruh dunia menggunakan nama Allah SWT? Dalam ritual, mereka hanya menyebut God atau tuhan dalam bahasa Melayu?

Jadi kenapa Kristian di sini begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakan nama Allah SWT merujuk kepada tuhan mereka? Kalau mahu menggunakan bahasa Melayu, nama Jesus harus juga ditukar dengan nama Nabi Isa ra dan roh kudus sebagai Malaikat Jibrail.

Apa yang menjadi kebimbangan umat Islam negara ini adalah kesilapan meletakkan nama Allah SWT di tempat yang tidak sepatutnya, contohnya seperti merujuk Jesus itu anak kepada Allah...Nauzubillah...itu yang kita risau.

Jadi jika Kristian Malaysia mahu menggunakan nama Allah SWT, mereka seharusnya akur dan meletakkan Allah SWT secara muktamad seperti yang tercatit dalam kitab suci Al-Quran iaitu Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, tidak beranak dan tiada bapa. Jika mereka terima maka mereka kembali kepada ajaran Nasrani yang asal.

Jadi kepada seluruh umat Islam negara ini dan saudara Kristian kita, isu ini seharusnya diselesaikan dengan cara paling baik, tanpa pergaduhan dan tindakan yang menjejaskan keselamatan negara. oleh itu letakkan kewarasan sebagai asas utama....Amin...

Wednesday, January 6, 2010

Rahsia terbesar bangsa Melayu



Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom dan Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog,rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam peti rahsia sejak beribu-ribu tahun.Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini.Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,'di penghujung dunia'.Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan.'Di hujung dunia', setelah penat mengembara, bangsa misteri berehat dan berehat...tidur dengan lenanya...senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri,tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka...dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka?Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?

Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas. Adakah bangsa yang lebih gagah dan maju akan memanggil negeri orang gua dengan gelaran begitu? Sudah tentu tidak. Begitu juga ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet,kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini.Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam?Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid,bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi,gendang dan seramik purba.ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?

'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur! Bangun lah weiiii!!!!

Monday, January 4, 2010

GAGASAN TANAH MELAYU DAN TANAH JAWA


Hanya sebuah coretan impian,
Dari seorang pejuang kebenaran,
Adakah akan menjadi kenyataan,
Hanya Allah yang menentukan,

Piagam Tanah Melayu diperjuangkan,
Piagam Tanah Jawa dicita-citakan,
Piagam Madinah contoh teladan,
Sekuat daya diperjuangkan,

Yang Di Pertuan Agong sebagai ketua,
Dikalangan Sultan dan Raja-raja,
Juga dikalangan Raden tercinta,
Bukti daulatnya sebuah Negara,

Matawang Gagasan akan tercipta,
Ringgit Gagasan diberi nama,
Mengejutkan semua matawang dunia,
Ekonomi dunia lumpuh seketika,

Sebuah Negara baru terbina,
Hasil gabungan dua Negara,
Sempadan Negara terhapus semua,
Bebas kita semua berkelana,

Sebuah Negara ilham Yang Esa,
Perundangan Agama diperjuangkannya,
Kalimah Allah ditegakkannya,
Menjadi impian sebuah cita,
Oleh segenap umat manusia



Disebalik sengketa Indonesia dan Malaysia terdapat sebuah kisah dan janji daripada Allah sebagai peringatan kepada umat Muhammad SAW diakhir zaman.Digambarkan oleh Rasulullah bahawa ketika diakhir zaman nanti manusia akan selalu bertelingkah dan berperang walau sebab yang kecil.Disaat sengketa itu akan datang seorang pemimpin yang namanya Muhammad Bin Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Imam Mahdi akan menyatukan seluruh umat Islam dibawah satu bendera atau panji untuk menentang musuh-musuh Allah.

Didalam kisah-kisah menjelang kiamat Imam Al-Mahdi ini digambarkan datang daripada khurasan (timur) dan Imam Al-Mahdi dan para pengikutnya yang berbaiah datang daripada negara yang menjadi pertemuan tiga laut.Jika digambarkan negara yang menemukan tiga laut cuma terdapat dinegara-negara nusantara iaitu Malaysia..Indonesia..Singapura dan Brunei.Iaitu lautan Hindi..lautan Cina Selatan dan lautan Pasifik.

Kita amat mengetahui umat barat yang didalangi Yahudi sentiasa bertindak lebih awal jika terdapat perkhabaran yang disampaikan oleh Al-Quran atau Rasulullah.

Allah telah melantik pemimpin2 agung daripada bangsa Arab..dan kita dapat lihat bangsa Arab juga semakin berpecah dan tidak bersatu.Maka kekuatan Islam dinusantara iaitu kawasan timur seperti yang dikhabarkan perlu dipecahkan.Mereka bergerak dengan sangat halus dan tanpa kita sedari.Apakah sudah tiba masa umat Islam nusantara memimpin umat Islam didunia..? Allah itu maha adil.

Saya yakin mereka takut dengan perkhabaran bahawa pemimpin agung Islam akhir zaman benar-benar akan muncul maka akan mendatangkan kemusnahan pada mereka.Jadi apakah dalang disebalik sengketa Indonesia dan Malaysia ini ada kaitannya dengan gerakan halus mereka..? Yakinlah bahawa di pihak Malaysia ataupun Indonesia ada musuh dalam rumah yang bergerak tanpa kita sedari.

Dan janji-janji Allah itu benar.Bila digambarkan umat akhir zaman sering bersengketa walau hal yang kecil telah benar-benar berlaku.

Apapun aku cuma memberi pendapat.Yang buruk itu dari saya dan yang baik itu tetap dariNya.

Aku memang insan yang hina tetapi tetap punya sedikit kesedaran untuk dikongsi bersama. Wallahualam.