Tuesday, March 9, 2010

Siapa lemah sebenarnya?

Dewasa ini, beratus-ratus ribu umat Islam tidak berdosa seluruh dunia ditindas, ditekan malah dibunuh hanya kerana slogan 'Menentang Keganasan'. Kita juga sering dihidangkan dengan berita kematian dan peperangan terutamanya berita dari Timur Tengah khususnya konflik Palestin-Israel dan Iraq.

Tetapi apa yang kita tidak tahu, kenapa media seluruh dunia menayangkan kepada kita peperangan ini dan menunjukkan kekuatan tentera Amerika Syarikat dan NATO?

Ia adalah untuk menimbulkan perasaan takut dalam diri kita khususnya umat Islam dan isyarat bahawa jika kita menentang mereka, maka neraka akan tiba bersama-sama peralatan perang, misil, kereta kebal, jet pejuang dan satelit mereka yang amat canggih. Mampu membunuh hanya menekan punat 10,000 KM dari tempat anda sekarang!!

Di sini aku ingin bertanya, pernahkah kita terfikir, kenapa mereka berlumba-lumba membina senjata dan menunjuk-nunjuk senjata terbabit?

Diulangi bahawa mereka mahu kita berasa TAKUT kepada mereka....tetapi adakah kita sebagai umat Islam takut dengan senjata-senjata terbabit?

Adakah orang Palestin dan Iraq takut dengan senjata canggih tersebut? Sudah tentu jawapannya tidak! Umat Islam di sana terus berjuang walaupun hanya berbekalkan selaras AK-47, 3 magazine peluru dan hanya berselipar jepun. Askar NATO di Iraq hidup dalam ketakutan, mereka pasti akan kalah sama seperti terjadi di Vietnam tidak lama dulu.

Sedarlah bahawa dalam setiap hati tentera NATO, dari Jeneral hingga ke prebet termasuk Presiden mereka, sebenarnya mereka takut dengan Islam. Sebab itulah timbul perkataan Islamophobia. Pernahkah kita dengar Kristianophobia? Atau Zionistophobia? Cristiano Ronaldo ada la.

Sepanjang sejarah Islam, kita mampu menewaskan kekuatan tentera musuh yang jauh lebih besar. Dari tentera Parsi, Rom dan tentera Kristian Perang Salib, umat Islam terus diberi kemenangan oleh Allah SWT. InsyaAllah dengan perjuangan yang lurus dan ikhlas, kejayaan pasti kembali ke tangan orang-orang Islam.

Kenapa saya cakap mereka takut, mari kita gambarkan senario ringkas ini, bayangkan jika umat Islam mempunyai kekuatan tentera 'level to level' dengan tentera NATO? Apa yang akan terjadi?

Jawapannya Yahudi akan terus hidup dalam buangan hingga hari kiamat, mungkin Amerika Syarikat bersimpati menyerahkan Alaska dan menjadikannya New Kingdom of Israel..mereka akan terus menunggu Raja Yahudi mereka selama-lamanya....

Jadi siapa yang takut sebenarnya????

P/S: Terima kasih kepada Jay kerana memberi idea...nanti aku tambah lagi

1 comment:

batuu said...

eh????????/jay je??????ak xde bg idea ker???????---bat