Sunday, February 20, 2011

Ketuanan Melayu lagi?


Isu ketuanan Melayu terus diperkatakan dengan pelbagai hujah, sebelah pihak berkata isu ini tidak perlu lagi disebut, satu pihak lagi kata isu ini perlu dihapuskan dan satu lagi pihak kata isu ini perlu untuk keseimbangan rakyat.

Siapa yang betul? Bagi aku semua betul! Ya! Semua betul, tiada yang salah, kerana kalau berdebat isu ketuanan Melayu, ambik masa seribu tahun pun takkan ade orang menang atau kalah.

Cuba lihat sekeliling, mana ketuanan? Mana pegi semua tu? Di mana silap Melayu? Selepas dijajah 500 tahun, minda orang Melayu terus layu, hilang jati diri kerana sejarah panjang bangsa ini dipendekkan dalam buku teks.

Dalam hal ini, aku rase baik orang Melayu bersatu, macam bangsa-bangsa lain gak, ini tidak..walaupun perkara melibatkan bangsa Melayu pun taknak satu suara, semua masing-masing nak jadi juara Melayu. Akhirnya semua rugi.

Lepas banyak hak Melayu jatuh kat tangan bangsa lain, baru nak gelabah, baru nak sedar, yang salah bukannya bangsa lain tetapi bangsa Melayu sendiri. Jadi eloklah pemimpin-pemimpin Melayu fikir balik, jangan nak bertelagah je, berpolitiklah secara sihat, kalau salah tu cakap je salah, kalau betul cakap je betul.

Bagi aku, baik dari UMNO ke, Pas ke, PKR ke, kalau hal-hal melibatkan bangsa Melayu baik bersatu, satu suara kerana satu suara tak semestinya menidakkan ideologi politik masing-masing. Lagipun semuanya ada matlamat sama, iaitu ingin memperkasakan bangsa Melayu.

Aku pun xnak cakap panjang, senang cerite, jati diri bangsa amat penting, disamping kekuatan Islam juga perlu untuk memperkasakan bangsa.

No comments: