Sunday, February 6, 2011

Malaysia mahu jadi Mesir?

Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kedengaran secara langsung atau tidak langsung kata-kata yang mahu meniup kebangkitan rakyat seperti yang berlaku di Tunisia, Mesir dan negara-negara arab lainnya ke negara kita ini.

Di sesetengah blog atau portal berita aku baca secara jelas mengkritik malah menuduh rakyat malaysia terutamanya Melayu tidak peduli dengan nasib mereka konon-kononnya dipijak oleh pemerintah. senang cerita Melayu ni bodoh senang diperbodohkan lah...persoalannya, adakah benar begitu? atau kenapa mesti Melayu yang bangkit menentang kerajaan?

Pihak2 ini meniup sentimen atas alasan kerajaan Malaysia mengamalkan demokrasi berat sebelah, menidakkan hak bersuara dan menekan rakyat dengan menaikkan harga barang. mari lihat keadaan sebenar di Malaysia, aku tak nak cakap lebih-lebih kerana semua rakyat negara ini tahu, atau buat-buat tak tahu, atau sengaja tak tahu, itu korang punya pasal.

di negara kita yang tercinta ini, kerajaan tidak pernah gagal untuk tidak mengadakan pilihan raya umum sejak tahun 1951 lagi, malah pembangkang di negara ini sebenarnya kuat dan ada kira-kira 20 parti yang amat aktif sekali. jika ini dijadikan contoh, jiran kita di selatan iaitu SIngapura sebenarnya lebih teruk! Pembangkang Singapura umpama hidup segan mati tak mahu...hak bersuara lebih terhad di Singapura, itulah kenyataannya!

pada pilihan raya umum 2008 lalu, pembangkang mampu menawan lima negeri, malah hampir menumbangkan kerajaan, adakah itu demokrasi berat sebelah? sedarlah di Malaysia, rakyat mampu menumbangkan kerajaan hanya menggunakan pen, tak payah keluar ke jalan-jalan angkat kayu, baling batu bertempur dengan polis FRU semua. tu semua buang masa, rakyat Malaysia bukan bodoh. bila menang kata rakyat bijak memilih, bila kalah kata kerajaan tipu sana-tipu sini...cet

Apa yang lebih membimbangkan jika ada pihak yang sengaja mahu meniupkan sentimen revolusi Arab sekarang ke Malaysia untuk kepentingan politik mereka, yelah...pilihan raya umum tak menang-menang, last2 tipu rakyat dan menggunakan kuasa rakyat untuk tumbangkan kerajaan mengikut acuan mereka. lebih risau ada tangan-tangan ghaib dari luar masuk campur sekali, nauzibillah minta jauh tuan-tuan puan-puan sekalian.

Apa yang paling penting, jika benar rakyat mahu bangkit, moga-moga kebangkitan rakyat tersebut bertujuan untuk menyatukan semula seluruh umat Islam di negara ini, biar umat Islam di Malaysia, malah seluruh Nusantara menjadi satu entiti yang kuat!

Bila tiba masanya, tidak perlu disuruh, orang Melayu kita akan keluar bangun menentang, tidak kirala kerajaan ke, apa ke, tapi yang penting sekali adalah demi perpaduan ummah.

No comments: