Saturday, February 26, 2011

Revolusi evolusi halusinasi

(Artikel ini adalah pendapat penulis semata-mata, tiada penglibatan dari pihak lain, jika ada yang terasa dengan penulisan ini, maka penulis minta maaf)

Bagi aku, revolusi yang berlaku di negara-negara Arab sekarang bukanlah revolusi berasingan. Memang tujuan mereka mahu menjatuhkan pemimpin diktator negara masing-masing, tidak dinafikan di situ, tapi ada perkara lain yang perlu dilihat dengan lebih rapi.

Apa yang semakin menarik bagi aku adalah, kebangkitan bangsa Arab ini kelihatan sebagai SATU KEBANGKITAN YANG SAMA! Ya! Satu kebangkitan!! Ia berlaku serentak! Sudah pasti think-tank barat tak leh kejar beb! Kelajuan revolusi ini di luar jangkaan semua pihak!!

Seperti ada tangan ghaib di belakang rakyat negara-negara Arab ini. Walaupun tiada ketua, namun rakyat ini seperti diatur dengan tersusun sekali, seperti perancangan yang telah dibuat bertahun-tahun.

Tapi, aku yakin, perkara yang paling ditakuti oleh negara barat, terutamanya negara haram Israel adalah kemunculan semula negara Khilafah Islam. Mungkin ada yang ketawa dengan pendapat aku ini, aku tak kisah, tapi sejarah membuktikan!

Ketika Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan negara Islam di tengah-tengah padang pasir semenanjung Arab, kerajaan Parsi dan Rom yang merupakan kuasa besar dunia ketika itu ketawakan sahaja kerajaan baru Islam ini, tapi akhirnya mereka yang tewas.

Ya! Memang Islam sekarang amat lemah, negara-negara Islam penuh dengan konflik, tetapi revolusi Arab ini menyedarkan umat Islam, cabaran pertama adalah menumbangkan pemimpin-pemimpin yang menyekat suara mereka.

Lagipun, selepas tumbangnya kerajaan Khilafah Utmaniyah kira-kira 100 tahun lalu adalah kerana misionari barat menanamkan semangat nasionalism dan asobiyah. Lantas seluruh kumpulan dalam kerajaan Khilafah bangkit menuntut negara masing-masing.

Hari ini, revolusi Arab membuktikan, bangsa Arab boleh bangkit selepas dihina berpuluh tahun oleh negara-negara barat semata-mata mahu melindungi negara haram Israel.

Bangsa ini sekali lagi memperbetulkan sejarah dunia...(Naik bulu roma aku kalau terfikir ramalan akhir zaman)

1 comment:

Funny pictures said...

It is very good information. Thanks for sharing.