Thursday, February 24, 2011

Tripoli pentas terakhir Libya


Aku tidak sangka perjalanan revolusi di Libya boleh bertukar amat ganas, dari rusuhan di jalanan telah menjadi pemberotakan bersenjata secara besar-besaran. Amat berbeza sekali dengan revolusi di Tunisia dan Mesir.

Agak-agak beginilah kesudahan sebuah negara jika hampir seluruh rakyatnya bangun menentang seorang ketua negara secara kekerasan. Harga yang perlu dibayar adalah darah! Dari beribu-ribu orang! Sungguh hebat keazaman rakyat Libya, sungguh berani, pasti menjadi sebutan beribu-ribu generasi akan datang rakyat Libya.

Apa yang lebih menarik bagi aku adalah, bagaimana kesudahan revolusi ini. Adakah Muamar Gaddafi meletakkan jawatan dengan sewenang-wenangnya. Seperti yang dilaporkan oleh stesen media dunia, Gaddafi telah mengarahkan beribu-ribu askar upahan untuk mempertahankan Ibu negara, Tripoli.

Aku yakin di sinilah pentas terakhir menentukan hidup mati Libya. Kedua-dua pihak tidak akan mengalah tanpa pertarungan sengit. Terbaru, stesen satelit, Al-Arabiya melaporkan Chad akan menghantar tentera ke Libya untuk membantu Muamar Gaddafi. Kepala otak ko Chad, ko masuk campur pahal?

Lebih menakutkan, orang awam dikhuatiri terperangkap dan mungkin terbunuh. Sudah pasti jumlahnya amat besar. Semoga Libya tidak menjadi Somalia kedua. Apapun, kebangkitan rakyat Libya mendapat sokongan dunia.

Sedikit lagi wahai rakyat Libya! teruskan! Hidup rakyat Libya!

2 comments:

tommy said...

ngeri amat :(

Funny pictures said...

It is very good information. Thanks for sharing.