Thursday, March 24, 2011

Satu dalam 27 juta

Kisah hidup Anwar Ibrahim sudah semestinya terpahat dalam sejarah negara walaupun beliau tidak berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia sepanjang hidupnya.
 
Kisah hidup yang penuh cabaran, halangan, turun naik wajar dijadikan hikayat moden bangsa supaya dijadikan pengajaran dan teladan kepada generasi seterusnya kerana Anwar tidak dinafikan turut menyumbang kepada pembangunan negara bangsa walaupun diakhir kerjaya politiknya dipenuhi dengan kisah-kisah 'tragik'.
 
Anwar, yang selama ini dijangka mengisi perkataan A di R A H M (A) N tidak menjadi kenyataan walau hanya selangkah sahaja lagi, malah beberapa kali menjadi pemangku Perdana Menteri tatkala Tun Mahathir bercuti di luar negara. Akhirnya huruf A tersebut diisi oleh Abdullah Ahmad Badawi.
 
Pernah ditangkap di bawah ISA, pernah mengetuai pergerakan pelajar, menjadi Menteri Pelajaran ketika belum dapat 'Datuk', menjadi TPM, dan sekarang mengetuai Pembangkang, tidak ramai manusia yang boleh dan berkeupayaan sepertinya, itulah Anwar Ibrahim.
 
Pernah dikatakan nyawanya lebih penting dari sejuta umat oleh bekas Presiden Indonesia, Gusdur dan sekarang Anwar dinobatkan sebagai manusia anugerah Tuhan kepada Malaysia oleh isterinya, Kak Wan. Itulah kehebatan Anwar.
 
Anwar sanggup kehulu-kehilir di seluruh negara, berceramah siang dan malam, dari Sabah ke Perlis, masuk ke kawasan pedalaman, tidak kenal penat lelah, untuk apa semua ini, kenapa Anwar sanggup memaksa dirinya hingga ke tahap ini? Apa yang cuba dibuktikannya? Kenapa selepas dipecat pada 1998 lalu Anwar tidak terus senyap? Jika Anwar senyap, tidak jadilah macam-macam sekarang.
 
Mungkin Anwar tersilap perkiraan, ketika beliau amat yakin kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya tidak boleh dihalang lagi, kisah-kisah hitam lampau hidupnya mula menghantuinya lagi, satu demi satu kisah hitam ini keluar, menggegar keyakinan pemimpin PR, terlalu logik walaupun boleh dipertikaikan.
 
Satu perkara yang aku ingin tegaskan di sini, kepada ahli-ahli politik muda negara ini, jadikan perkara ini iktibar, janganlah 'lupa dunia' ketika pegang kuasa, kerana mesti ada musuh dalam selimut yang bersedia menikam dari belakang.

Wednesday, March 23, 2011

Datuk T

PKR mendakwa Datuk T yang mendedahkan video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada media Isnin lalu adalah Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ada yang mendakwa Datuk Eskay ni mempunyai ladang buah naga terbesar di Kedah selain ladang-ladang lembu. Beliau juga didakwa sebagai orang rapat bekas PM, Tun Mahathir Mohamad.

Dalam sidang media, MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul kata beliau dipujuk dan ditawarkan wang ringgit serta keselamatan. Beliau turut tuduh pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik turut terlibat!

Dasat betul la kes ni, makin ramai name keluar, apapun, kita tunggu dan lihat, jangan terlalu emosi.

Thursday, March 17, 2011

Battle for Fukushima

Kepada tentera Jepun, bersiap sedialah menghadapi 'battle for Fukushima' seperti yang pernah berlaku kepada kebocoran loji nuklear Chernobyl dulu.

Aku yakin pemimpin tertinggi Jepun dan Jeneral-Jeneral tenteranya sudah berkira-kira untuk mengerahkan beribu-ribu askar untuk menghentikan kebocoran reaktor nuklear sebagai jalan terakhir ketika jurutera-jurutera awam tidak berani lagi berada di lokasi.

Keberanian tentera samurai Jepun ditagih sekali lagi selepas lebih 70 tahun lalu tentera Empayar Jepun bertempur dengan beraninya di seluruh rantau Asia Pasifik.

Tetapi musuh kali ini adalah musuh yang tidak nampak, musuh yang boleh membunuh secara senyap, membunuh mangsa ketika mereka leka, itulah radiasi nuklear, amat bahaya.

Apapun, aku yakin Jepun boleh lalui bencana alam yang dasyat ini, kerana bangsa Jepun sudah membuktikannya dulu.

Tuesday, March 15, 2011

Ultraman, Doreamon, Gaban

Negara matahari terbit, Jepun telah dilanda gempa bumi 9.0 pada skala richter serta tsunami setinggi 10 meter, malah ada laporan yang mengatakan tsunami tersebut setinggi 20 meter.

Aku ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan mereka yang terkena bahana ini. Apa yang menarik bagi aku, bencana ini sedikit sebanyak seperti filem 'sinking Japan'.

Aku tertarik dan terasa sedikit pelik, setiap kali filem-filem tidak kirala dari hollywood ataupun negara lain, mesti ada kejadian sebenar yang hampir menyamai filem tersebut.

Sebagai contoh filem-filem hollywood sering menggambarkan kehancuran WTC dan kemusnahan Pentagon, nah! Serangan 11 September lalu benar-benar terjadi!

Begitu juga penerbit filem di UK yang ada menggambarkan serangan bom di kota London, ia juga benar-benar terjadi!! Tetapi yang paling best adalah filem 'Heat' telah ditiru perompak dalam LA Shooting!

Mungkin sebab itu filem negara kita tidak menunjukkan kemusnahan KL kot. Apapun, sudah takdir Allah untuk menguji manusia. Semoga Jepun cepat pulih dari bencana ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, March 2, 2011

Arab+demokrasi=???

Hari ini, dunia melihat dengan penuh perhatian bagaimana Arab world, dari Morocco hingga ke Iran melalui saat revolusi besar-besaran...persoalan terus bermain di minda adalah, revolusi ini sebenarnya menjurus ke arah apa?

Setakat ini, dua pemimpin tumbang, di Tunisia dan Mesir, di Libya pula hanya tinggal telur di hujung tanduk. Semua pemimpin Arab pasca-kolonial semuanya tergamam, ketakutan, kuasa rakyat adalah kuasa sebenar!

Tapi aku yakin tidak ada yang berani bertaruh dengan mengatakan di penghujung revolusi ini akan lahir satu sistem demokrasi ala barat di negara-negara barat. (Kalau berani bertaruh ngan aku, RM100 sudah, hahaha)

Sebab apa aku berani bertaruh, sebab aku jadikan Iraq sebagai contoh, bagaimana US dan Nato menyerang negara tersebut serta menghabiskan berbillion-billion dolar dengan menggunakan nama demokrasi hanya menjadikan Iraq sebuah negara huru-hara walaupun ada kerajaan yang dipilih konon-kononnya atas nama demokrasi.
Kesudahannya, perang hampir 9 tahun negara tersebut tidak kemana, berpuluh-puluh ribu nyawa tidak berdosa melayang.

Satu lagi contoh, demokrasi telah digunakan sebaik-baiknya oleh kumpulan Islamist seperti Hezbollah dan Hamas untuk berkuasa, bila mereka menang, negara barat terus campur tangan mengatakan mereka tidak layak memerintah, adakah itu demokrasi yang dimaksudkan? Sedangkan kumpulan ini bertanding di bawah payung demokrasi. Jadi jelas demokrasi dimaksudkan barat adalah demokrasi pilih kasih. Sekaligus mengkucar-kacirkan lagi negara-negara Arab ini.

Bagi aku untuk menjawab soalan ini mudah, (hahaha! Sape la aku ni tapi aku nak tulis gak!) Bagi aku jawapannya adalah Islam. Tapi jawapan ni masih belum memadai lagi bagi aku, sebab ade lagi faktor lain.

Faktor lain yang amat penting adalah ekonomi, kerana kegagalan ekonomi juga adalah punca kepada kejatuhan demokrasi (betulkan aku jika aku silap) di negara-negara Arab, kemiskinan terus membelenggu mereka, sebab itu aku lihat cabaran pertama dalam revolusi Arab hari ini adalah untuk tumbangkan rejim diktator mereka, dengan harapan mereka akan mempunyai masa depan yang lebih baik.

Negara Arab dan Negara barat adalah berbeza, untuk meletakkan demokrasi sebagai sistem, mereka perlu ada asas yang kukuh, kelas pertengahan yang kaya, sosial masyarakat yang teguh, kebebasan politik, media dan pertubuhan. Itu kot asasnya. Hahaha!

Jadi masalah sebenar di negara Arab sekarang bukannya berpunca dari orang Islam di situ, tetapi masalah ini berpunca dari barat, kerana orang barat gagal untuk mengikut rentak bangsa Arab!

Semoga bangsa Arab memilih jalan yang betul...

Tuesday, March 1, 2011

Barat hanya pentingkan minyak negara Islam

Dr Chandra Muzaffar -Sinar Harian ms N8 Rabu 2 Mac-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.