Tuesday, April 26, 2011

Xmen vs Mr Y

Masa aku kecik-kecik lagi aku amat tertarik dan minat sekali dengan kartun Xmen. Hampir setiap siri aku cuba untuk tidak ketinggalan, aku masih ingat siri X-men ini ditayangkan pukul 7 malam kat tv3.

Aku minat Xmen kerana setiap karekternya mempunyai kuasa yang tersendiri. Ada yang boleh menjadi besi, ais, api, mengeluarkan laser di mata, mengawal cuaca dan meletupkan barang. Wah! Benar-benar mencabar minda kecil ku pada waktu itu.

Watak kegemaran aku dalam Xmen adalah Gambit kerana dia boleh letupkan apa sahaja yang dipegangnya. Aku minat watak ini mungkin kerana aku suka dengan letupan. Teringat masa ayahku membakar bekas-bekas rumput, aku akan campak abestos dalam unggun api tersebut, meletup-letuplah abestos tu sambil membayangkan aku Gambit. Hahahaha!

Tetapi hari ini minatku terhadap kartun semakin kurang, aku masih cuba mendownload kartun-kartun kegemaran aku, terutamanya Xmen (semestinya cetak rompak! Hahaha! Free beb). Namun kerjaya membataskan masa aku. Hehe.

Sekarang, Xmen mungkin tidak digemari kanak-kanak, mereka lebih suka Ben10 dan aaaaaa...aku lost kartun-kartun baru ni. Aduh! Sambung...namun kanak-kanak sekarang disajikan dengan kartun watak baru, amat moden sehingga kartun ini menarik minat golongan dewasa, di seluruh pelusuk tanah air! Mungkin dunia!

Kartun terkenal itu sekarang adalah Mr Y! Ya Mr Y!

Watak Mr Y dalam kartun ini amat hebat, penyiarannya tidak kira masa, pagi petang siang malam, dalam akhbar, radio, internet malah kedai kopi, semuanya bercerita tentang kartun Mr Y ini. Rating melambung-lambung.

Paling membanggakan, kartun ini memecah rekod sebagai kartun pertama ditayangkan secara bersiri pada waktu puncak di tv! Wah! 8 hingga 10 malam!

Tidak cukup dengan itu, Mr Y juga berjaya memecahkan pasaran kartun antarabangsa, sehingga wikileaks memperkatakan tentang kartun ini dari kabel diplomatik seluruh dunia!! Tiada kartun lain sehebat Mr Y!!!

Sehebat-hebat watak kartun Mr Y ini, mesti ada kelemahan, seperti Superman dengan kriptonite, Spiderman dengan kemiskinannya, Doraemon dengan tikus dan lain-lain.

Kelemahan Mr Y adalah rektumite, sejenis bahan galian yang amat sukar dijumpai pada mata kasar tetapi mudah diperolehi jika tahu caranya.

Mr Y amat berminat dengan rektumite ini, semakin licin berkilat semakin itulah Mr Y ini tak tertahan. Lama kelamaan semua musuhnya tahu rektumite sebagai satu cara membunuhnya.

Perangkap dipasang, rektumite diletakkan pada tempatnya, segala-galanya sudah bersedia. Sesuatu terjadi, Mr Y tahu dia akan diperangkap tetapi apabila melihat rektumite ini benar-benar menepati citarasanya, segala perangkap dilanggarnya!

Akhir sekali Mr Y tewas, namun segala kehebatannya akan dikenang, betapa satu kartun boleh mengubah minda rakyat Malaysia. Terima kasih Mr Y! Kepada penerbit kartun ini, sekalung tahniah kerana berjaya mencipta kartun Malaysia setaraf kartun-kartun terkemuka dunia.

Saturday, April 23, 2011

Politik Licik

Saranan beberapa pemimpin DAP seperti ADUN Seputeh, Teresa Kok dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahukan MCA supaya tidak bertanding di kawasan-kawasan bandar sejak akhir-akhir ini amat menarik minat aku.

Alasan mereka mudah, kerana MCA sudah tidak relevan dan tidak lagi mewakili suara kaum Cina yang majoritinya di kawasan bandar.

Soalan aku adalah, jika MCA tidak bertanding di kawasan majoriti Cina, di mana lagi mereka nak bertanding?

Soalan kedua, kenapa DAP beriya-iya sangat menyarankan MCA tidak bertanding di kawasan ini?

Soalan ketiga, MCA, Gerakan mahupun SUPP boleh dikatakan sudah gagal di kawasan bandar, jadi parti komponen BN mana lagi yang layak bertanding di kawasan ini?

Aku yakin parti komponen BN tidak akan melayan saranan ini, kerana saranan ini amat bodoh dan tidak perlu dilayan, layak dibakul sampahkan. Tapi sekurang-kurang kita kena kaji sikit la.

MCA secara tradisi memang ditugaskan oleh BN untuk bertanding di kawasan bandar. Pada pilihan raya umum lalu, MCA bertanding 31 kawasan tetapi hanya menang 15 kawasan. Kawasan-kawasan yang dimenangi kebanyakkannya adalah kawasan bercampur, bukannya bermajoriti Cina.

Ingin aku mewujudkan senario di mana saranan ini diterima. Senario ini hanyalah pandangan semata-mata. Tidak lebih tidak kurang.

Katakanlah, MCA tidak bertanding di kawasan bandar, kemungkinan besar UMNO terpaksa mengorbankan beberapa kawasan luar bandar lagi kepada MCA demi 'persahabatan', mereka bertukar tempat.

Jika ini terjadi, sudah tentu MCA sekurang-kurangnya boleh menang, seperti dibuktikan pada pilihan raya lalu, undi non-chinese menyelamatkan mereka.

Untuk calon-calon BN di bandar pula, amat menyedihkan, kita semua tahu keputusannya.

Kesimpulannya, selepas pilihan raya, wakil rakyat Cina dari DAP dapat dikekalkan, mungkin bertambah dan wakil rakyat Cina dari BN pula sekurang-kurangnya lebih ramai dari pilihan raya umum lalu.

Jadi, sebenarnya aku nampak saranan ini adalah cara licik DAP untuk menambah wakil rakyat Cina dalam Dewan Rakyat mahupun DUN. Aku tidak rasis, aku cuma melontarkan pandangan terhadap satu-satu isu.

Semoga Presiden BN tidak melayan saranan ini. Kalau UMNO vs Pas kat kawasan bandar ok go!! Heehehehe

Saturday, April 16, 2011

Hari paling bersejarah bagi Sarawak

Selepas selesai pilihan raya negeri Sarawak ke-10, ternyata Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat daripada rakyat untuk memerintah walaupun undi popular menurun dengan ketara kali ini.

Walaupun sentimen anti-Taib begitu kuat, ternyata majoriti rakyat Sarawak tidak menterjemahkan sentimen tersebut kepada undi.

Walaupun ceramah Pakatan Rakyat (PR) mencecah hingga puluhan ribu orang, harus diingat jangan sesekali terjemahkan kehadiran kepada undi, lagipun kehadiran besar pengundi ini adalah kawasan-kawasan bandar bermajoriti Cina. PR terus silap di sini, seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini.

Apa yang menarik minat aku adalah undi kaum Cina yang terus tidak menyebelahi BN. Seolah-olah mereka sendiri yang menyisihkan diri. Persoalan yang terus bermain difikiran, apa yang mereka mahukan sebenarnya? Aku minta maaf jika soalan ini mungkin menyakitkan hati sesiapa pun, tapi jika kamu ada jawapannya, sila beritahu untuk bersama-sama kita membetulkan diri kita. Jangan terlalu berahsia.

Pada pilihan raya Malaya pertama tahun 1955 lalu, UMNO sanggup menyerahkan beberapa kerusi majoriti Melayu kepada calon MCA dan MIC, ternyata pada pilihan raya ni pengundi Melayu menyokong calon bukan Melayu walaupun pihak lawan adalah Pas! Orang Melayu sendiri. Apa yang akan berlaku jika sebaliknya?

Jadi point yang aku cuba cakap ialah, ia adalah satu kerugian bagi kaum Cina jika berterusan begini, mungkin boleh sampai ke tahap tiada wakil dalam kerajaan negeri. Kita tidak mahu perkara ini terjadi kerana kita faham maksud 'tiada wakil, tiada tax'. Tapi nak buat bagaimana, dalam sistem demokrasi, majoriti diutamakan.

Jika nak ubah kerajaan sekarang, PR tidak boleh mengharapkan undi dari bukan Melayu semata-mata. Sekarang pun Melayu sudah pandai bermain politik. Senang crita, UNDI MAJORITI.

Apapun, tahniah kepada PR kerana membuka mata pemimpin BN untuk benar-benar bekerja untuk rakyat.

Monday, April 4, 2011

Isu Video SX: Luar kotak

Akhirnya video seks yang didakwa dilakonkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebar di Youtube! Boleh dilihat oleh semua orang seluruh dunia!

Semua orang boleh nilai sendiri kesahihan video ini, aku tak nak cakap lebih-lebih. Korang cari kat internet ni sendiri ye.

Apa yang mula merisaukan kepala otak aku ni, aku risau kalau-kalau video ini manipulasi orang luar, maksudnya benar-benar pengaruh orang luar untuk menghuru-harakan negara kita ini.

Seperti kata bekas PM, Tun Mahathir, kalau Hollywood boleh buat filem Avatar, mereka boleh buat visual apa sahaja. Aku tidak bermaksud video itu tidak tulen, mahupun sebaliknya, aku hanya mengambil point Tun M sahaja.

Ye la, semua orang tau kalau pengikut ni dah taksub gila babi, diorang sanggup buat apa sahaja demi pemimpin diorang ni ha termasuklah memberontak!

Worst case scenario (minta-minta tak terjadi kat negara kita ni) mereka ni boleh memberontak hingga angkat senjata! Moga-moga rakyat kita waras, bertindak mengikut akal fikiran.

Jika ini terjadi, maka alasan kukuh bagi kuasa barat masuk campur atas alasan melindungi orang awam walhal mereka ada niat lain. Lihat sahaja di Iraq, Afghanistan dan Libya sekarang!!

Kepada semua pemimpin dan seluruh rakyat Malaysia, fikir generasi Malaysia akan datang, jangan bertindak melulu, jika tidak nahas padahnya!!

Video didakwa Anwar Ibrahim

http://www.youtube.com/watch?v=DNEWGYPd1MU&feature=youtube_gdata_player

Lihat dan nilai sendiri