Tuesday, April 26, 2011

Xmen vs Mr Y

Masa aku kecik-kecik lagi aku amat tertarik dan minat sekali dengan kartun Xmen. Hampir setiap siri aku cuba untuk tidak ketinggalan, aku masih ingat siri X-men ini ditayangkan pukul 7 malam kat tv3.

Aku minat Xmen kerana setiap karekternya mempunyai kuasa yang tersendiri. Ada yang boleh menjadi besi, ais, api, mengeluarkan laser di mata, mengawal cuaca dan meletupkan barang. Wah! Benar-benar mencabar minda kecil ku pada waktu itu.

Watak kegemaran aku dalam Xmen adalah Gambit kerana dia boleh letupkan apa sahaja yang dipegangnya. Aku minat watak ini mungkin kerana aku suka dengan letupan. Teringat masa ayahku membakar bekas-bekas rumput, aku akan campak abestos dalam unggun api tersebut, meletup-letuplah abestos tu sambil membayangkan aku Gambit. Hahahaha!

Tetapi hari ini minatku terhadap kartun semakin kurang, aku masih cuba mendownload kartun-kartun kegemaran aku, terutamanya Xmen (semestinya cetak rompak! Hahaha! Free beb). Namun kerjaya membataskan masa aku. Hehe.

Sekarang, Xmen mungkin tidak digemari kanak-kanak, mereka lebih suka Ben10 dan aaaaaa...aku lost kartun-kartun baru ni. Aduh! Sambung...namun kanak-kanak sekarang disajikan dengan kartun watak baru, amat moden sehingga kartun ini menarik minat golongan dewasa, di seluruh pelusuk tanah air! Mungkin dunia!

Kartun terkenal itu sekarang adalah Mr Y! Ya Mr Y!

Watak Mr Y dalam kartun ini amat hebat, penyiarannya tidak kira masa, pagi petang siang malam, dalam akhbar, radio, internet malah kedai kopi, semuanya bercerita tentang kartun Mr Y ini. Rating melambung-lambung.

Paling membanggakan, kartun ini memecah rekod sebagai kartun pertama ditayangkan secara bersiri pada waktu puncak di tv! Wah! 8 hingga 10 malam!

Tidak cukup dengan itu, Mr Y juga berjaya memecahkan pasaran kartun antarabangsa, sehingga wikileaks memperkatakan tentang kartun ini dari kabel diplomatik seluruh dunia!! Tiada kartun lain sehebat Mr Y!!!

Sehebat-hebat watak kartun Mr Y ini, mesti ada kelemahan, seperti Superman dengan kriptonite, Spiderman dengan kemiskinannya, Doraemon dengan tikus dan lain-lain.

Kelemahan Mr Y adalah rektumite, sejenis bahan galian yang amat sukar dijumpai pada mata kasar tetapi mudah diperolehi jika tahu caranya.

Mr Y amat berminat dengan rektumite ini, semakin licin berkilat semakin itulah Mr Y ini tak tertahan. Lama kelamaan semua musuhnya tahu rektumite sebagai satu cara membunuhnya.

Perangkap dipasang, rektumite diletakkan pada tempatnya, segala-galanya sudah bersedia. Sesuatu terjadi, Mr Y tahu dia akan diperangkap tetapi apabila melihat rektumite ini benar-benar menepati citarasanya, segala perangkap dilanggarnya!

Akhir sekali Mr Y tewas, namun segala kehebatannya akan dikenang, betapa satu kartun boleh mengubah minda rakyat Malaysia. Terima kasih Mr Y! Kepada penerbit kartun ini, sekalung tahniah kerana berjaya mencipta kartun Malaysia setaraf kartun-kartun terkemuka dunia.

No comments: