Sunday, May 1, 2011

Perancangan syaitan

Tersebutlah kisah disebuah negara Emas di pertemuan tiga lautan, rakyatnya hidup aman damai sejak beribu-ribu tahun. Rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan ras. Semuanya hidup di bawah satu undang-undang yang disetujui datuk moyang bersama.

Namun di negeri ini, terdapat satu kumpulan yang amat pentingkan diri, di mata mereka hanya mahu untungkan kumpulan mereka sahaja. Orang lain 'pegi mampus'. Begitulah perangai kumpulan ini yang di beri nama 'Enjin Terbang'.

Mereka bergerak bersendirian sudah lama, hanya orang yang pentingkan diri seperti Enjin Terbang sahaja yang menyokong kumpulan ini. Mereka tidak pernah merasa menjadi kerajaan, ia kerana majoriti rakyat negeri Emas curiga dengan Enjin Terbang. Almaklumlah Enjin Terbang ini pernah menimbulkan kekecohan, baru hampir menang negara dah huru hara, apatah lagi kalau Enjin Terbang menang!

Mahu dijadikan cerita, terjadilah peristiwa di mana Timbalan Ketua Negara Emas dipecat, maka rakyat terkejut dan terjadi rusuhan besar-besaran seluruh negara. Satu negara panik, dunia terus mengalih pandangan ke negara Emas.

Dalam kekecohan ini, Enjin Terbang melihat satu kesempatan kerana kaum majoriti negara Emas iaitu Menyegar sudah berpecah belah. Sebelum ini kaum Menyegar ini hanya ada dua kumpulan, satu Kekembar dalam kerajaan dan satu lagi Prism sebagai pembangkang.

Maka jarum mula berjalan, Timbalan Ketua yang dipecat tadi dipujuk untuk menyertai Enjin Terbang namun dia menolak. Timbalan Ketua pada mulanya mahu sertai Prism, tetapi apabila dia mengingat kembali hinaannya kepada kumpulan Prism sebelum itu, dia malu sendiri.

Beratus-ratus lobi melobi, mesyuarat demi mesyuarat, perancangan demi perancangan dibuat yang memakan masa beberapa tahun, akhirnya Enjin Terbang berjaya menyatukan Prism dan penyokong Timbalan Ketua dalam satu ikatan dinamakan Rakyat Berpakat.

Matlamat Rakyat Berpakat hanya satu, iaitu mahu menumbangkan Barisan Kebangsaan yang diketuai Kekembar. Jadi pelbagai cara mula diatur.

Tiba masa yang ditunggu-tunggu, negara Emas mengadakan satu pilihan raya umum. Pada pilihan raya ini, Barisan Kebangsaan melakukan kesilapan besar, mereka menaikkan harga minyak terlebih dahulu, jadi rakyat memprotes dengan menyokong Rakyat Berpakat kerana telah menjanjikan bintang dan bulan.

Selepas pilihan raya umum, lima negeri jatuh ke tangan Rakyat Berpakat walaupun kerajaan pusat masih dikuasai Barisan Kebangsaan. Pada malam pengumuman itu, seorang pemimpin Enjin Terbang yang tidak dapat menahan kegembiraan telah barbeque lima ekor baiharam tanda kejayaan menawan lima negeri. Mereka namakan suasana itu sebagai 'Ombak Gadang Politik'.

Melihat kepada kejayaan Rakyat Berpakat, ketua-ketuwi Enjin Terbang merasakan mereka sudah cukup kuat, tidak pernah mereka merasakan diri sekuat itu. Mereka amat berlagak sekali sehingga merasakan tidak perlu lagi nasihat Prism dan bekas Timbalan Ketua itu.

Apa yang Enjin Terbang perlukan dari Prism dan bekas Timbalan Ketua sekarang hanyalah sokongan dan undi dari kaum Menyegar. Mereka sedar kalau Enjin Terbang bersendirian sampai kiamat pun tidak akan dapat sokongan kaum Menyegar.

Ketika Enjin Terbang yakin 100% Rakyat Berpakat akan memenangi pilihan raya umum akan datang, mereka amat licik dengan berpura-pura menipu jutaan kaum Menyegar. Enjin Terbang secara konsisten berjanji akan menyokong bekas Timbalan Ketua menjadi Ketua Negara Emas jika menang tetapi di belakang adalah sebaliknya.

Enjin Terbang telah membuat satu perangkap yang hebat, mereka gunakan kelemahan bekas Timbalan Ketua sebagai senjata tikam belakang, senjata orang bapuk, kalau mereka rasa mereka jantan, tidak akan guna cara ini. Inilah dinamakan matlamat menghalalkan cara.

Pada hari ditunggu, Enjin Terbang telah memasang video disalah satu hotel milik anggota mereka, dalam perkiraan mereka, video ini akan digunakan pada hari bekas Timbalan Ketua ditabalkan menjadi Ketua, mereka akan menyalahkan Kekembar, bagi mereka tidak mengapa, rakyat amat mudah ditipu. Enjin Terbang mahu perangkap ini berjaya, supaya ahli mereka yang menjadi Ketua Negara Emas! Itulah matlamat agung mereka!

Tetapi sesuatu terjadi, rakaman video itu terlepas di tangan orang lain. Enjin Terbang terkedu, mereka hilang arah, akhirnya perancangan licik syaitan mereka terbongkar!!!

Sesungguhnya perancangan Tuhan lebih licik, Enjin Terbang tidak akan menjadi Ketua Negara Emas sampai kiamat. Akhirnya kaum Menyegar mulai sedar dari diulit mimpi, tunggu masanya kaum ini sedar sepenuhnya! Takbir!!

2 comments:

Khairil said...

hebat cerita ini..memang suka sesangat...motif enjin terbang ialah apabila segala rahsia si ex-timbalan ketua tu ada di tangan mereka, senang lah mereka nak mempergunakan beliau untuk kepentingan politik mereka...masa itu nasib menyegar akan punah tergadai dek kerana sipemimpin yang dibonekakan....

Anonymous said...

best, sungguh epic!