Saturday, June 4, 2011

UMNO-Pas selamanya

Hubungan UMNO-Pas sebenarnya amat menarik. Hubungan ini bersandarkan kepada persaudaraan sesama Melayu, Islam dan cebisan nostalgia bersama.

Jauh di sudut hati kesemua pemimpin UMNO, mereka mahukan Pas terus memperjuangkan negara Islam. Terima kasih kepada Pas, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program berlandaskan syariat Islam contohnya seperti Universiti Islam, Bank Islam dan pelbagai lagi, malah pelajar-pelajar universiti dalam semua jurusan telah disediakan kursus mengenai Islam umpamanya undang-undang Islam, komunikasi dari segi Islam, perubatan Islam dan banyak lagi demi sekiranya Pas berjaya menjadi kerajaan pusat dan menubuhkan negara Islam.

Jauh di sudut hati pemimpin Pas pula, mereka mengharapkan cerdik pandai UMNO menyertai Pas serta bersama dengan Pas untuk menjayakan negara Daulah Islamiyah Malaysia. Tetapi di mana silapnya sekarang? Kenapa UMNO-Pas tidak boleh bersama? Setidak-tidaknya satu suara apabila hak Melayu Islam diganggu.

Sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih licik, segalanya ada hikmah. Semoga UMNO-Pas terus kukuh.

1 comment:

Anonymous said...

mmg patot bersatu tp yg tak boley bersatu sbb umno tak boley nk terima islam sebenar. mana tak nya. islam suruh kita menutup aurat. tetapi isteri no1 umno tu tak mau ikot. contohnya lah. dan byk lagi kalau ingin di nyatakan.