Thursday, July 7, 2011

Di ambang 9 Julai

9 Julai, satu lagi tarikh hitam dalam sejarah demokrasi negara. Pada tarikh ini, ribuan rakyat Malaysia berkumpul menyuarakan bantahan dan sokongan terhadap sistem pilihan raya negara.

Di sebalik penganjuran himpunan Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dan juga Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu.

Apa yang menarik bagi aku adalah, penganjuran himpunan kali ini penuh misteri, penuh licik dan penuh persoalan, tetapi persoalan yang paling besar adalah kenapa memilih Ambiga sebagai ketua? Dialah orang yang pernah satu ketika dulu menganjurkan forum Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dengan 14 tuntutan haram yang terkenal itu.

Kenapa Pas beriya-iya dengan mengarahkan lebih sejuta ahlinya turun ke jalanan di KL? Kenapa DAP pula tidak mengarahkan ahlinya turut serta? Kenapa dan mengapa? Adakah ahli Pas boleh disifatkan sebagai pangkat rendah atau lebih tepat lagi prebet. Barisan depan.

Lebih memeranjatkan apabila Perkasa dan Pemuda UMNO mengambil keputusan bertembung dengan himpunan Bersih 2.0.

Sabtu ini, aku akan turun membuat liputan. Aku harap tiada perkara buruk melanda.

No comments: