Saturday, April 6, 2013

Misi Kumpulan 2 berakhir, giliran Kumpulan 3 masuk ke Lahad Datu

Berakhirlah sudah misi aku membuat liputan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu untuk Sinar Harian.

Misi ini adalah antara tugasan yang paling mencabar sepanjang 5 tahun aku menceburkan diri menjadi wartawan.

Mengimbas kembali misi ini, aku berpeluang menyaksikan sendiri kepayahan penduduk dan pasukan keselamatan mengharungi peperangan 'skala kecil' ini.

Terlalu banyak cerita, setiap keluarga mempunyai cerita menarik tersendiri. Apa yang penting adalah kebolehan wartawan mengorek berita.

Ada beberapa peristiwa yang akan melekat dalam minda aku untuk selama-lamanya.

Pertama, pandangan pertama memasuki Zon Merah di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian. Rumah hancur dan dipenuhi kesan tembakan.

Kedua, membantu penduduk melihat rumah mereka buat pertama kali. Ada yang gembira kerana rumah terselamat. Ada yang menangis meronta-ronta melihat rumah hancur.


Ketiga, aku bersama penduduk menjumpai peluru grenad M203 aktif.

Keempat, melihat sendiri kitab suci al-Quran terselamat walaupun surau dan rumah penuh kesan peluru dan bom.

Kelima, aku menjumpai baju pengganas Sulu. Penuh kesan tembakan tetapi tiada kesan darah.

Keenam, menjejaki laluan yang dilalui 200 penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna ditawan seorang pengganas. Akhirnya pengganas itu dibunuh ketika meminum air di bawah pokok nangka.

Aku bersama Timbalan Editor Kelantan, Zulkhairil Zainuddin akhirnya selesai melaksanakan misi ini selepas kumpulan pertama, Timbalan Editor Utara, Mohd Fazli Zainul Abidin dan wartawan, Nurul Riduan Ashaha berjaya melaksanakannya.

Selepas ini giliran kumpulan ketiga masuk ke Zon Konflik Lahad Datu, kepada pembaca Sinar Harian, nantikan laporan yang lebih mendalam dan tepat!

Saturday, March 30, 2013

Op Daulat, pengalaman ku

Keamanan negara yang dikecapi hari ini boleh dimusnahkan pada bila-bila masa, sekelip mata jika rakyat tidak bersungguh-sungguh mempertahankannya.

Jangan sesekali meletakkan tugas menjaga kedaulatan negara di bahu pasukan keselamatan negara sahaja, kita semua yang bernaung di bawah panji Malaysia harus mempunyai peranan.

Itulah pengajaran paling berguna yang aku perolehi apabila berpeluang memasuki dua kampung yang menjadi saksi pertempuran antara pengganas Sulu dan pasukan tentera.

Menjejaki kesan pertempuran di jalan Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu, berpuluh ribu kelongsong-kelongsong M16, GPMG, grenad dan pelbagai jenis kelongsong lain memenuhi jalan.

Aku terbayang, apakah yang terjadi di kawasan ini, bagaimana jenis pertempuran yang dihadapi oleh perwira-perwira negara?

Terus bayangan filem hollywood bermain di fikiran seperti filem Blackhawk Down, Jarhead dan filem perang lain.

Boom! Boom! Boom! Kebaboom! Boom!

Kita cuma boleh bayangkan, tetapi perasaan sebenar hanya boleh dirasai bila berada dalam situasi itu.
Aku hanya melihat kesan pertempuran di depan mata. Ia hanya boleh disebut KESAN. Kesan itu tetap kesan.

Menoleh ke arah penduduk kampung, aku boleh merasai sedikit perasaan penduduk yang bercampur baur, ada gembira kerana rumah terselamat dan ada yang menangis kerana rumah mereka hanya tinggal tiang.

Apakan tidak, titik peluh keringat tulang empat kerat mereka dimusnahkan sekelip mata.

Sudah pasti penduduk terutama berpangkat ketua keluarga berfikir di mana mahu cari wang untuk bermula semula. Semua kita tahu, untuk memulakan sesuatu adalah perkara yang paling sukar. Rata-rata mereka sudah berumur, jadi adakah mereka akan berputus asa atau tidak, masih adakah masa lagi untuk mereka?

Menyelusuri lebih dalam, kesan tembakan berada di setiap rumah, tiada satu rumah pun yang terlepas. Kesan berlubang ada yang besar, ada yang kecik. Ada juga kesan peluru berasal dari sudut yang sukar, umpama menembak dari atas atau ke bawah.


Memeriksa dari satu rumah ke satu rumah, bau busuk bangkai mula memasuki hidung aku. Baunya makin lama makin kuat. Terus aku terbayang keadaan mayat-mayat pengganas Sulu terbaring.

Di sinilah beberapa pengganas Sulu disahkan terbunuh. Aku terus memeriksa, mahu tahu lebih lanjut.
Aku memberanikan diri, ketika aku semakin mara ke depan, seorang anggota polis yang berasal sama negeri dengan aku menyapa.

"Pok, boh berani gilak piya, kamek tauk apa nak dicarik kitak ya,"

Aku tersengih dan berpatah balik.

Aku melihat banyak bangkai anjing di kedua-dua kampung ini. Aku rasa hairan, aku terus bertanya dengan seorang anggota tentera yang juga satu negeri dengan aku.

"Salam pok, kamek mok tanyak skit, kenak bangkey asuk belobo gilak situk ko?"

Tentera itu menjawab, "Kitak mok tauk kah? Mun kamek cerita mesti kitak sik cayak juak"

Apabila dia berkata begitu, perasaan ingin tahu melonjak naik. "Aih, cerita jak ngan kamek, mok juak tauk."

Tentera itu pun bercerita, "aoklah kamek cerita, camtuk, masa kamekorang bertembak ngan dak Sulu ya, kamekorang yakin dah dapat, tapi kamek orang eran bila ada dak Sulu ya tiba-tiba nembak dari blakang, duhal tek orang ya rah depan.

"Alula kamek orang ingat, ada asuk melimpas kamekorang, rupa asuk ya nang pelik, tapi sik lalek, bila kes ya alula semua asuk ditembak kamekorang,"

Aku terdiam, tidak boleh berkata apa-apa, di antara percaya atau tidak. Tapi bila aku tanya orang lain, jawapan sama dikeluarkan.

Sah, kita sebenarnya berperang dengan Syaitan.

Masih tidak berpuas hati, aku terus bertanya dengan ramai pasukan keselamatan negara, semuanya mempunyai versi yang sama.

Semuanya berkata, tentera Sulu amat kebal, cara membunuh mereka hanyalah menembak tepat di kepala. Tentera yang ditugaskan di Lahad Datu bercakap, "kami berperang dengan zombie, otak hancur baru mati."

Ada juga yang bercerita, ada seorang tentera Sulu ditembak bertalu-talu sehingga pakaiannya tertanggal dan badannya berasap, tetapi masih boleh bangun dan melarikan diri.

Apa yang lebih menarik, 5 anggota wanita tentera Sulu yang menyertai pencerobohan ini sebenarnya adalah pasukan penembak tepat.

Ketika kaum lelaki bertempur di hadapan, penembak tepat atau sniper tentera wanita Sulu ini akan mencari sasarannya.

Mereka juga dikatakan kebal.

Namun sekebal-kebal tentera Sulu, mereka terlupa atau tidak boleh mengkebalkan perut mereka. Mereka perlukan makanan dalam kuantiti yang banyak.

Menyedari kelemahan mereka, seluruh kawasan zon merah dikepung dan penduduk kampung dipindahkan.
Hasilnya, selepas 14 hari bertempur, seorang demi seorang tentera Sulu menyerah diri kerana kehauasan dan kelaparan.

Akhir kata, kejadian di Lahad Datu perlu dijadikan iktibar kepada seluruh negara. Jangan disangka laut Sulu yang tenang tiada pengganas Sulu.

Keamanan negara perlu dipertahankan buat selama-lamanya!

Thursday, February 7, 2013

Kisah Benar di Kampung Pening Lalat

Hobi ketua kampung adalah memelihara
burung..

Pada suatu hari kesemua burungnya
hilang .. Oleh kerana ketua kampung
tersangat marah , dia mengumpulkan
penduduk kampung .. Hampir 200
penduduk datang ke balai raya ..

Ketua kampung : Siapa ada Burung ?
Semua lelaki yang hadir terus berdiri ..
Ketua kampung sedar yang cara dia
bertanya salah ..

Ketua kampung : Bukan burung itu maksud saya .. Siapa pernah nampak burung?
Semua wanita berdiri . Ketua kampung
bertambah marah ..

Ketua Kampung : Maksud saya , siapa
pernah nampak burung yang bukan
miliknya ?
Setengah wanita berdiri .. Ketua kampung semakin gugup ..

Ketua kampung : maaf skali lagi .. Maksud saya adalah , siapa pernah tengok burung
saya?
5 orang wanita berdiri .. Ketua kampung
segera lari lintang pukang kerana dikejar oleh isterinya ..
*Nama Ketua Kampung dirahsiakan*

Wednesday, February 6, 2013

Malaysian Arab Spring

Mungkinkah Arab Spring terjadi di negara Malaysia yang kita cintai??

Ramai yang beranggapan Arab Spring boleh terjadi dan tidak kurang juga sebalik. Bagi aku, Arab Spring boleh berlaku tetapi tidak akan berjaya. Kenapa aku kata macamtu? Meh sini aku luahkan pandangan 20 sen aku.

Pertama, sebab rakyat Malaysia hidup dalam aman sentosa. Tiada huru hara, tiada bencana alam dan rakyat bebas bergerak. Aku yakin rakyat kita tidak akan merosakkan perkara ini.

Kedua, Arab Spring digerakkan oleh golongan muda. Ini point yang menarik, di Malaysia, lihat kanan-kiri anda, apa yang golongan muda lakukan?

Berdasarkan pengalaman aku membuat liputan demonstrasi besar seperti Hindraf, Gerakan Mansuh ISA, PPSMI, Bersih, Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat, golongan muda Malaysia masih tidak 'seberani' pemuda Arab. Ia kerana pemuda kita ada banyak perkara yang mahu dilakukan dalam hidup.

Pemuda kita masih bijak berfikir, kebanyakkan mereka menyertai demonstrasi ini kerana faktor 'suka-suka'. Tiba-tiba aku terfikir, nak buat ala-ala Tahrir kat Dataran Merdeka camne? jam 7pm nak dating, jam 10pm nak tengok bola? pastu ada rancangan tv nak tengok.

Senang cerita, Arab Spring boleh sampai, tetapi pasti tidak akan berjaya!!!

Wednesday, January 23, 2013

Hak Warganegara!!


ANDA PEMBACA YANG BERHATI MULIA,

Saya Syamsudin bin Osman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi status kewarganegaraan kepada saya. Cuma saya berasa terkilan dan kecewa, mengapa dan kenapa anak saya yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tanggal 14/9/1983 tidak diberikan taraf kewarganegaraannya.

1) Pada umur 12 tahun anak saya di berikan Pemastautin Tetap. Tahun 2003 di tukar kepada Pemastautin Sementara dalam masa sehari dan sehingga kini dia masih memegang taraf Pemastautin Sementara. Sedangkan saya sudah berusaha dan memohon malah usaha saya telah hampir sedekad lamanya tetapi masih tiada hasilnya. Mengapa?

2) Kasihan kepada anak saya kerana sudah hampir 30 tahun ‘menumpang’ di negara tanah tumpah darahnya sendiri sedangkan dia belajar dari kecil sehingga besar malah bekerja sehingga kini tapi mengapa tiada pihak yang memberikan keadilan untuk anak saya?

3) Walaubagaimanapun saya masih terus akan berusaha dan menuntut keadilan serta percaya akan kata kata yang sering dilaungkan oleh PM iaitu dalam slogan 1Malaysia, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

4) Ada baiknya bangsa Melayu mempertahankan hak untuk bangsa Melayu juga sepertimana yang telah diperjuangkan oleh kaum India untuk bangsanya sendiri melalui myDaftar baru-baru ini.

5) Baru-baru ini juga mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir telah berkata bahawa Warganegara adalah hak untuk setiap individu yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Negara. Apakah anak saya yang di lahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 14 September 1983 tidak layak mendapat taraf kewarganegaraan?

6) Sekiranya masih ada pihak yang prihatin dan ingin memperjuangkan hak dan nasib anak saya, hubungi saya di talian 016-3175614.

Yang Benar,
Syamsudin bin Osman
570116-71-5193

Wednesday, January 2, 2013

Amanat Haji Hadi, Harapanku

Aku bermimpi dan benar-benar berharap, pada malam forum penjelasan Amanat Haji Hadi diadakan nanti, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang berkata,

"Saya, Abdul Hadi Awang, mengakui pernah mengeluarkan Amanat Haji Hadi 31 tahun lepas, dan dengan ikhlas menarik semula amanat tersebut dan meminta maaf kepada seluruh ahli UMNO yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Dan ucapan sebegini haruslah disambut dengan pemimpin UMNO dengan tangan terbuka. Malah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah memberi respons dengan segera dengan berkata,

"Saya Presiden UMNO, mewakili jutaan ahli yang masih hidup dan telah meninggalkan kita semua menerima permintaan maaf dari Presiden Pas dengan ikhlas, sesungguhnya kita semua saudara seagama"

Nescaya, aku yakin, seluruh negara malah di seluruh dunia, Melayu Islam akan terus berubah selama-lamanya. Aku percaya umat Islam di negara kita terus digeruni dan pasti mematahkan gerakan licik musuh 1000 tahun ke belakang!!

Peristiwa ini akan dikenang selama-lamanya.