Wednesday, January 23, 2013

Hak Warganegara!!


ANDA PEMBACA YANG BERHATI MULIA,

Saya Syamsudin bin Osman ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberi status kewarganegaraan kepada saya. Cuma saya berasa terkilan dan kecewa, mengapa dan kenapa anak saya yang dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada tanggal 14/9/1983 tidak diberikan taraf kewarganegaraannya.

1) Pada umur 12 tahun anak saya di berikan Pemastautin Tetap. Tahun 2003 di tukar kepada Pemastautin Sementara dalam masa sehari dan sehingga kini dia masih memegang taraf Pemastautin Sementara. Sedangkan saya sudah berusaha dan memohon malah usaha saya telah hampir sedekad lamanya tetapi masih tiada hasilnya. Mengapa?

2) Kasihan kepada anak saya kerana sudah hampir 30 tahun ‘menumpang’ di negara tanah tumpah darahnya sendiri sedangkan dia belajar dari kecil sehingga besar malah bekerja sehingga kini tapi mengapa tiada pihak yang memberikan keadilan untuk anak saya?

3) Walaubagaimanapun saya masih terus akan berusaha dan menuntut keadilan serta percaya akan kata kata yang sering dilaungkan oleh PM iaitu dalam slogan 1Malaysia, ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

4) Ada baiknya bangsa Melayu mempertahankan hak untuk bangsa Melayu juga sepertimana yang telah diperjuangkan oleh kaum India untuk bangsanya sendiri melalui myDaftar baru-baru ini.

5) Baru-baru ini juga mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir telah berkata bahawa Warganegara adalah hak untuk setiap individu yang layak dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Negara. Apakah anak saya yang di lahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 14 September 1983 tidak layak mendapat taraf kewarganegaraan?

6) Sekiranya masih ada pihak yang prihatin dan ingin memperjuangkan hak dan nasib anak saya, hubungi saya di talian 016-3175614.

Yang Benar,
Syamsudin bin Osman
570116-71-5193

No comments: