Thursday, July 7, 2011

Di ambang 9 Julai

9 Julai, satu lagi tarikh hitam dalam sejarah demokrasi negara. Pada tarikh ini, ribuan rakyat Malaysia berkumpul menyuarakan bantahan dan sokongan terhadap sistem pilihan raya negara.

Di sebalik penganjuran himpunan Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dan juga Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu.

Apa yang menarik bagi aku adalah, penganjuran himpunan kali ini penuh misteri, penuh licik dan penuh persoalan, tetapi persoalan yang paling besar adalah kenapa memilih Ambiga sebagai ketua? Dialah orang yang pernah satu ketika dulu menganjurkan forum Suruhanjaya Antara Agama (IFC) dengan 14 tuntutan haram yang terkenal itu.

Kenapa Pas beriya-iya dengan mengarahkan lebih sejuta ahlinya turun ke jalanan di KL? Kenapa DAP pula tidak mengarahkan ahlinya turut serta? Kenapa dan mengapa? Adakah ahli Pas boleh disifatkan sebagai pangkat rendah atau lebih tepat lagi prebet. Barisan depan.

Lebih memeranjatkan apabila Perkasa dan Pemuda UMNO mengambil keputusan bertembung dengan himpunan Bersih 2.0.

Sabtu ini, aku akan turun membuat liputan. Aku harap tiada perkara buruk melanda.

Monday, June 20, 2011

Siapa Ketua Bersih 2.0

Siapakah Pengerusi Himpunan Bersih 2 Pada 9 Julai 2011 ?

Nama : Ambiga Sreenevasan
1. Agama Hindu
2. Anti Islam
3. Penyokong Murtad

kerja jahat beliau
1. Menjadi peguam bela kes Lina Joy seorg wanita islam yg murtad
2. Menganjurkan forum pertikaikan kuasa mahkamah syariah melibatkan kemasukan org bukan islam masuk islam.

3. Pendokong dan Penggerak IFC (Inter Faith Comission/Suruhanjaya Antara agama) yg pernah mengatakan bhw perceraian dlm islam adalah zalim dan juga menyokong pluralisme agama.

4. Menawarkan khidmat guaman percuma kpd umat islam yg nak murtad skrnya dibawa ke mahkamah persekutuan.

5. Penyokong kuat kpd seorng wanita India yg nak mohon jadi peguam syarie dan nasib baik permohonan ditolak.

Saturday, June 4, 2011

UMNO-Pas selamanya

Hubungan UMNO-Pas sebenarnya amat menarik. Hubungan ini bersandarkan kepada persaudaraan sesama Melayu, Islam dan cebisan nostalgia bersama.

Jauh di sudut hati kesemua pemimpin UMNO, mereka mahukan Pas terus memperjuangkan negara Islam. Terima kasih kepada Pas, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program berlandaskan syariat Islam contohnya seperti Universiti Islam, Bank Islam dan pelbagai lagi, malah pelajar-pelajar universiti dalam semua jurusan telah disediakan kursus mengenai Islam umpamanya undang-undang Islam, komunikasi dari segi Islam, perubatan Islam dan banyak lagi demi sekiranya Pas berjaya menjadi kerajaan pusat dan menubuhkan negara Islam.

Jauh di sudut hati pemimpin Pas pula, mereka mengharapkan cerdik pandai UMNO menyertai Pas serta bersama dengan Pas untuk menjayakan negara Daulah Islamiyah Malaysia. Tetapi di mana silapnya sekarang? Kenapa UMNO-Pas tidak boleh bersama? Setidak-tidaknya satu suara apabila hak Melayu Islam diganggu.

Sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih licik, segalanya ada hikmah. Semoga UMNO-Pas terus kukuh.