Monday, March 19, 2012

Bantuan diperlukan

Permintaan terakhir seorang ibu yg kini sedang nazak menghidap penyakit barah hati untuk bertemu dengan anak2nya setelah 10 tahun berpisah dengan mereka selepas bercerai dengan suaminya..
Ya Allah sedey hati ini Ya Allah mmbaca kisah ibu ini yg kini menghidap pnyakit barah hati dan sedang mnunggu panggilan dariMu..jd kabul kan laa hajat terakhir ibu ini Ya Allah untuk bertemu dengan anak2nya..tiada seorang ibu pown yg tidak menyayangi anak2 mereka..sy tdak dpt untuk mmbuat ape2..tp sy akan brusaha untuk mnolong ibu ini Ya Allah..Ya Allah aku x pernah meragukn kekuasaan Mu Ya Allah,kau bley hancurkn bumi ini dengan sekelip mata Ya Allah dan aku x meragukan Mu..dan jika kau berkehendak kau bisa mempertemukn ibu ini dengan anaknya Ya Allah..aku mohon dengan sangat kau kabul kn laa hajat terakhir ibu ini..


Kawan2 marilah kte tlong ibu ini yg tengah nazak mnunggu hari malaikat maut datang mncabut nyawa nya..
Name2 anak yg dicari oleh ibu ini : ASYMAWI ZULKIFLI 20tahun,MUHAMMAD ARIF ZULKIFLI 18,MUHAMMAD ASYRAF 15, dan AMINUDDIN ZULKIFLI 13..

Bagi sesiapa yg ingin mmbantu ibu ini Broadcast la msg ini kepada semua rakan2 ввм..menolong dan memenuhi hajat orang yg dalam kesusahan akan diletakkn tempat yg tertinggi di sisi ALLAH S.W.T..

Tuesday, January 31, 2012

Hasil siasatan bunyi aneh Kota Samarahan

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB DATUK FADILLAH YUSOF, TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MENGENAI
HASIL SIASATAN ADUAN RAKYAT BERHUBUNG DENGAN
BUNYI 'NGAUMAN LANGIT'
DI KAWASAN KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PUTRAJAYA, 31 Januari 2012 - Satu Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) telah diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA®) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi tujuan menyiasat aduan yang telah dibuat oleh beberapa orang penduduk, berkaitan laporan bunyi yang tidak diketahui sumbernya pada 11 dan 12 Januari 2012 di sekitar kawasan Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.

Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut.

Jawatankuasa Siasatan telah menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber-sumber potensi punca bunyi dan membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan untuk menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.

Penemuan awal siasatan jawatankuasa adalah seperti berikut. Jawatankuasa siasatan percaya, bunyi 'Ngauman Langit' ini berkemungkinan besar adalah berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, pada tarikh 11 dan 12 Januari 2012. Perkara ini telah disahkan oleh Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, En. Yusmizan Desa, bahawa pihak kilang telah menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai

Friday, January 6, 2012

Arahan Polis 901

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di pakir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :

1.Penggunaan risalah / banner dengan tagline 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2.Penggunaan pembesar suara selain daripada 'loud hailer' TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3.Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4.Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah. 

5.Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di pakir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. 

6.Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan pakir Mahkamah.

7.Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. 

8.Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  

9.Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  

10.Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.