Thursday, November 13, 2008

Betapa ruginya 'Melayu di negara sendiri'

disini saya ingin meluahkan perasaan sedih kerana mengenangkan keadaan bangsa melayu yang semakin lemah dinegara sendiri. sudah terlalu terang-terangan sesama melayu pun bergaduh dan tidak senada lagi.

Keadaan ini sudah mencapai tahap serius kerana isu-isu yang menyentuh kedaulatan melayu pun bangsa melayu sendiri tidak sebulu. sungguh sedih, bangsa lain hanya ketawakan kita semua. yang rugi sudah pasti bangsa melayu sendiri.

perkara ini jauh berbeza sekali dengan kejadian 1969 dan 1988 dimana bangsa melayu terancam ditanah sendiri. kita semua dari segenap pelusuk negara ini berdiri bersama-sama sehingga tidak ada kekuatan (Kecuali Allah s.w.t) yang mampu merobek kekuatan kita.

marilah kita berbaiah semula demi kelangsungan hidup bangsa melayu. jadilah perkara ini iktibar sebelum terlambat. sedarlah pemuda bani tamim berasal dari timur.

No comments: