petak merah menandakan tembakan gas pemedih mata dilepaskan
1 Ogos 2009...merupakan satu lagi hari bersejarah negara apabila lebih 20000 orang menyertai perarakan Mansuhkan ISA (GMI) di beberapa lokasi sekitar pusat bandar menuju ke Istana Negara selepas beberapa siri demonstrasi besar-besaran sebelum ini seperti, Hindraf, Bersih dan PPSMI.
Bagi aku, tugasan kali ini sudah diramalkan amat mencabar sekali kerana berhadapan dengan ratusan FRU yang lengkap bersenjata dan bersedia menembak bom gas dan pancutan meriam air yang amat pedih sekali kearah sesiapa sahaja termasuklah ke arah petugas media.
Aku mula membuat liputan di Masjid Negara mengekori kumpulan besar sekitar 5000 orang yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. percubaan pertama polis untuk menggagalkan perarakan ini adalah dengan cuba menangkap dr Hatta tetapi gagal kerana dihalang oleh Unit Amal Pas yang berada di sekeliling hatta.
Aku terus mengekori di hadapan, sambil itu, aku mendapat banyak mesej mengatakan tangkapan dibuat di banyak lokasi. akhirnya kereta merah FRU yang besar aku lihat sudah bersedia di hujung bulatan Jalan Parlimen. Aku terus berlari dengan kira2 40 petugas media lain ke arah belakang FRU bimbang terkena tembakan gas.
Sementara itu, Kumpulan GMI dari arah jalan kuching seramai kira2 1000 orang cuba untuk bergabung dengan kumpulan Dr hatta yang berada hanya 100 meter dari FRU....ketika saat ini aku lihat ketua unit FRU ini agak 'takut' dan pucat kerana unit FRU tersebut berada ditengah2...terus diarahnya melepaskan tembakan tanpa memberi amaran tiga kali seperti dalam Standard Operation Prosedur (SOP) ke arah kumpulan dari Jalan Kuching.
Apalagi, kumpulan dari arah jalan Kuching tersebut bertempiaran lari, dan kumpulan besar Dr Hatta kelihatan terus berundur dan cuba untuk melencongkan laluan masuk ke Jalan Tun Perak untuk bergabung pula dengan kumpulan dari Masjid Jamek. hanya berjalan 10 meter ke dalam Jalan Tun Perak, FRU terus melepaskan tembakan bertubi2 ke arah mereka. Dua Kereta meriam air memecut laju dan menembak tanpa kira siapa, makcik, orang tua, kanak2 semua kena.
Aku bersama-sama media lain yang melihat tidak jauh dari situ terkejut apabila jelas FRU turut melepaskan tembakan ke arah petugas media yang mungkin disangkakan mereka kelompok GMI ataupun memang mereka trigger happy (dalam training tembak kosong, dapat tembak orang betul happyla semua FRU)...jadi, satu canister gas pemedih mata mendarat hanya semeter dari aku... terus kami lari bertempiaran..lintang pukang, aku basahkan tuala dan menutup hidung aku...ketika berlari aku sempat telan sesudu garam yang aku bekal.. kemudian kaki aku tersangkut akar pokok dan jatuh sekali dengan garam...(bangkainya FRU!) dihadapan aku, seorang wartawan cina turut terjatuh, aku tolong mengangkatnya dan kami sama-sama berlari.
tidak tahan dengan tembakan bertalu2 dari FRU, aku bergerak perlahan-lahan ke arah simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)...sebelum ini aku tidak pernah melihat tembakan gas skala besar seperti ini...kepulan gas berarak sekeliling kawasan. pelancong2 barat, arab, africa, jepun semua berlari menyelamatkan diri...umpama ada pengganas buat rampage...
Kemudian..pasukan polis seramai 100 orang masuk memulakan operasi 'pembersihan' di sepanjang Jalan TAR dan Jalan Raja Laut, mereka melalui setiap lorong ke lorong dan mengarahkan semua pejalan kaki agar beredar....aku mengekori dari belakang...pemimpin Pakatan Rakyat terus tidak kelihatan lagi..sudah pasti mereka juga lari lintang pukang menyelamatkan diri.
Aku dapat menyaksikan sendiri dengan mata aku suasana yang hanya aku dapat bayangkan ataupun menonton dalam filem barat sebelum ini, bagaimana sepanjang jalan, tiada kenderaan, tiada pejalan kaki dan semua kedai menghentikan perniagaan mereka. tembakan gas berterusan ditembak dan orang-orang awam turut terkena. 'jerebu' dari tembakan gas membuatkan jalan TAR umpama medan perang ataupun boleh digambarkan seumpama filem blackhawk down...dengan helikopter berlegar-legar dan kereta perisai polis berkeliaran, hanya satu watak yang tiada, mayat bergelimpangan.
Pusat bandar KL lumpuh sama sekali, kelihatan orang awam berlari menyelamatkan diri dari segenap arah...mereka berlari dalam kelompok besar sehingga disangka kumpulan GMI mengakibatkan mereka dikepung dan ditembak dengan gas pemedih mata bertubi2 sekali lagi...kelihatan juga beratus2 orang mengangkat tangan seolah2 menyerah diri kepada FRU supaya membenarkan mereka melepasi sekatan polis...suatu pandangan yang disifatkan mustahil berlaku di Malaysia sebelum ini...bagi AKu ia seolah-olah gambaran yang hanya ditunjukkan dalam berita mengenai kejadian yang berlaku di Palestin, Sudan dan Bosnia suatu ketika dahulu..amat menyedihkan!!!
selepas operasi pembersihan tersebut, aku mengambil peluang berehat sekejap di hadapan Kompleks Sogo dan menghantar beberapa story flash ke ofis...aku juga dapat maklumat mengatakan Datuk Seri Anwar (DSAI) berada di Ibu Pejabat Pas Jalan Raja Laut. di seberang jalan, terdapat seorang petugas Unit Amal Pas, pengsan terkena gas...aku sempat bertanya dan mendapat penjelasan petugas tersebut sebenarnya menghidapi asma. aku lihat badannya pucat dan mukanya tidak bermaya...mulutnya bergetar menahan kesakitan.
20 minit kemudian, selepas ambulan selesai mengangkut semua orang yang pengsan, FRU sekali lagi memulakan formasi tembakan...kali ini mereka bertindak lebih agresif...aku dan petugas media yang berada di belakang FRU diarahkan beredar....yang peliknya kemana lagi kami mahu beredar? sedangkan FRU melepaskan beratus-ratus das bom pemedih mata ke setiap arah jalan dan lorong-lorong termasuk ke dalam kawasan tempat letak kereta.
aku bertindak bersembunyi di antara bangunan di hadapan Sogo. disitu aku dengar polis terus melepaskan tembakan bertalu-talu selama 15 minit...orang2 awam yang melihat disekitar Sogo turut terkena..amoi2 yang pakai high heel, awek2 melayu bertudung yang jalan lenggang kangkung semua bersepah! aku rasa nak gelak pun ada...helikopter terus memberi maklumat arah tempat orang berkumpul..kelompok yang paling kesian adalah makcik tua, pakcik tua yang membawa cucu berjalan2 hujung minggu tetapi terpaksa berlari...Aku tidak tahu apa nasib mereka..golongan couple pun tidak terkecuali, ada yang aku lihat boyfriend lari dulu meninggalkan girlfriend, ada yang buat2 macho tahan kena gas tapi awek dorang menangis gila2 dan terakhir paling sedih golongan OKU kelihatan tidak mampu berbuat apa pun..hanya mampu menutup mata dan hidung menahan kepedihan bom pemedih mata dan meriam air tanpa boleh bergerak kemana-mana...
sehingga saat ini, aku dan seorang lagi wartawan seofis aku, Zailani...cuba untuk bergerak ke arah Ibu Pejabat Pas...tapi aku dapat panggilan FRU lebih menggila disitu...halangan demi halangan menggagalkan percubaan kami ke situ...tembakan meriam air dan bom gas bertubi2 disepanjang laluan telah membuatkan aku mengambil keputusan berundur..keselamatan diri lebih menjadi keutamaan...
kira2 jam 5.30 petang...pasukan media aku yang membuat liputan mengambil keputusan untuk balik ke ofis kerana bos sudah mesej untuk kami pulang awal...sepanjang laluan ke kereta...jelas kelihatan laluan masih disekat dan ribuan orang awam terkandas akibat perarakan ini....
Bagi aku..kesesakan laluan yang amat teramat teruk dan lencongan pelbagai jalan telah menyebabkan aku sampai ke ofis pada pukul 8.30 malam...aduh!!!!!
1 Ogos akan terus terpahat dalam memori aku....betapa indahnya kedamaian....
No comments:
Post a Comment