mungkinkah kita tidak melihat gambar ini lagi sekiranya PR menang PRU?
Hari ini, pemimpin-pemimpin politik sudah mula mengira dan mengkaji langkah-langkah yang sepatutnya dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti yang dijangka pada tahun 2012. Mereka sudah mula 'tarik-tali', pujuk sana-pujuk sini, malah ada yang sanggup minta ramalan dari bomoh siam dan india berkenaan nasib mereka nanti...hahahaha!
Sebenarnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kemenangan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) pada PRU nanti.
Pertama, perancang harus mengetahui bahawa pengundi kita sudah memikirkan kepentingan diri dan keluarga, bukannya seperti tahun 1950-70'an dulu di mana semangat nasionalist masih tebal dalam diri kita semua. Sebab itulah pengundi kita sekarang 'swing' kiri-kanan.
Swing kiri kanan di sini bukannya berkenaan duit sahaja, jangan silap kepada yang mempunyai wang. Maksud yang sebenarnya ialah, ramai melihat Malaysia sudah mempunyai sumber meterial yang banyak, terima kasih kepada Tun Mahathir, tetapi Malaysia kekurangan satu sumber lain...iaitu keperluan kerohanian. Jika dilihat, Pas mempunyai kelebihan.
Menyedari hakikat ini, UMNO sekarang mula bergerak ke arah Islamik, contohnya dalam isu Kalimah Allah, UMNO paling kehadapan menentang penggunaannya oleh bukan Islam. Pas dan PKR pula seolah-olah senyap sepi. Atas faktor ini, ramai yang melihat Pas sekarang sebagai sekular (saya minta maaf). Sudah semestinya Pas dan PKR akan kehilangan banyak undi dari Melayu.
Kedua, pengundi sudah muak dengan permainan politik semasa, hari-hari ada sahaja politik yang langsung tidak menguntungkan rakyat.
Faktor ketiga, pengaruh golongan muda yang masih belum mendaftar kepada SPR. mengikut statistik terbaru, dianggarkan seramai 4 juta rakyat Malaysia masih belum menjadi pemilih. jika jumlah ini berterusan, proses demokrasi negara akan terganggu. Memetik dari MP PJS, Tony Phua, jabatan pendaftaran negara sekarang seharusnya membenarkan proses secara automatik, iaitu genap sahaja umur 21, data pemilih terus dimasukkan.
JIka golongan ini mengundi pada PRU-13 nanti, sudah semestinya PR mempunyai harapan cerah untuk menang.
Oleh itu, UMNO melalui sayap Pemuda dan Puterinya mula bergerak ke kampung-kampung dan menganjurkan pelbagai program. Hujung minggu je semua wakil rakyat UMNO balik kawasan masing. Susah nak buat follow up...hehehhe. Program terbesar adalah program Juara Rakyat. PR pula mewujudkan program Semboyan Halilintar Ke Putrajaya. Alhamdulillah semuanya untuk rakyat.
Apapun program, perancangan dan strategi yang dibuat, semua pemimpin utama menyedari realiti bahawa untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya, mereka harus menawan Sabah dan Sarawak. Di sinilah sebenarnya medan tempur sebenar (ulangx2 kali) BN vs PR: Road to Putrajaya V.1.1
Pada PRU-12 lalu, PR tidak melihat Sabah dan Sarawak secara magnificent, tetapi BN melihatnya. Baca di sini ....
Jadi secara kesimpulannya, walaupun banyak faktor lain contohnya seperti isu kaum, ketuanan Melayu, dan kecurigaan yang aku tidak mahu tulis di sini....kita semua tahu bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu Islam...jadi...faham-fahamlah...
1 comment:
Very Nice Story !
Post a Comment