Keputusan ini juga jelas membuktikan politik di Malaysia mula bergerak ke arah perkauman di mana undi Melayu kepada UMNO manakala undi Cina kepada DAP. Undi India pula masih berpecah dua.
kenapa perkara ini terjadi??? isu ini terjadi bukan sekelip mata, begitu banyak isu-isu sepanjang tahun 2009 dan tahun ini telah membuka mata rakyat dan membolehkan mereka mengundi BN sekali lagi selepas kekalahan teruk BN pada 2008 lalu.
Contohnya seperti isu kalimah Allah, isu-isu rakyat, malah UMNO kelihatan bersungguh-sungguh mahu menghapuskan rasuah. Rakyat terpukau sekejap dengan tindakan UMNO, manakala Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan semakin jauh dengan orang Melayu yang sesungguhnya majoriti di negara ini.
Pada pilihan raya umum 2008 lalu, PR harus menerima hakikat bahawa mereka menang kerana undi protes disebabkan kenaikan harga minyak. Fikirlah jika PR tidak mendesak kerajaan menurunkan harga minyak, PR sudah memerintah negara sekarang kerana kerajaan digulingkan oleh rakyat.
Tetapi perkara sebaliknya terjadi, BN terus mendapat mandat memerintah, dan jika ditakdirkan, BN akan memerintah Malaysia untuk 50 tahun lagi.
Tsunami tidak sampai ke Hulu Selangor.....
No comments:
Post a Comment