Sewaktu berjalan-jalan di Carrefour Batu Pahat sblum tengok wayang kat MBO, aku sempat borak ngan sorang uncle Cina. Aku tanya la, amacam business skarang uncle? Banyak ok ke? Dia jawab, "aiyaa, skarang manyak susah, buying power takda, smua lepas dpt gaji sudah abis duit bayar hutang keta, bayar hutang rumah, jadi duit buying power sudah tinggal sikit."
Aku terpikir, (aku ni tak power ekonomi) dari segi uncle ni ckp, dia kata buying power takda, jadi cash flow pasaran kita sudah tentu kurang atau lembab, mungkin sebab ramai orang suka menabung sekarang ni kot. Maybe kat kawasan Batu Pahat je kot, lantakla, aku tak tahu.
Tetapi bukan isu itu yang aku nak cerita, tapi yang paling menarik sekali, bukan dalam kes uncle ni je, tapi sepanjang pengamatan aku, kedai-kedai Cina seluruh negara ni pun memang mengharapkan pembeli dari orang-orang Melayu-Bumiputera. (Bantah jika tak betul) Kalo pegi Low Yatt ke, Sungai Wang ke, BM Pacific Mall ke, Sarawak Plaza ke, Perangin Mall ke, Komtar ke, Alor Star City Square ke, Billion Manjung ke, hatta kedai wong kat Asajaya Samarahan sekalipun memang itulah keadaannya.
Jadi, di negara ini semua kaum saling memerlukan, jangan pula ada pihak tengok pihak lain macam anjing, tengok rendah, tengok bodo, tengok badi, tengok tak setaraf. Kalo kena embargo nanti baru tau, baru nak gabra, haha.
Kesimpulannya, kesaksamaan ekonomi amat penting sekali dalam suasana masyarakat majmuk kerana sejarah seluruh dunia membuktikan ia adalah campuran yang amat merbahaya sekali. Selain itu, kerajaan perlu memainkan peranan lebih penting, jangan nak suapkan segelintir je, siap buat empangan gedabak kat atas, rakyat bawah dapat sisa je. Bahaya oooo!
Makin merapu blog aku ni. Kahkahhaha!
Tuesday, February 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bukan I want to wrote la bro... I want to write...ne gaya kau
Post a Comment