Kisah hidup Anwar Ibrahim sudah semestinya terpahat dalam sejarah negara walaupun beliau tidak berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia sepanjang hidupnya.
Kisah hidup yang penuh cabaran, halangan, turun naik wajar dijadikan hikayat moden bangsa supaya dijadikan pengajaran dan teladan kepada generasi seterusnya kerana Anwar tidak dinafikan turut menyumbang kepada pembangunan negara bangsa walaupun diakhir kerjaya politiknya dipenuhi dengan kisah-kisah 'tragik'.
Anwar, yang selama ini dijangka mengisi perkataan A di R A H M (A) N tidak menjadi kenyataan walau hanya selangkah sahaja lagi, malah beberapa kali menjadi pemangku Perdana Menteri tatkala Tun Mahathir bercuti di luar negara. Akhirnya huruf A tersebut diisi oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Pernah ditangkap di bawah ISA, pernah mengetuai pergerakan pelajar, menjadi Menteri Pelajaran ketika belum dapat 'Datuk', menjadi TPM, dan sekarang mengetuai Pembangkang, tidak ramai manusia yang boleh dan berkeupayaan sepertinya, itulah Anwar Ibrahim.
Pernah dikatakan nyawanya lebih penting dari sejuta umat oleh bekas Presiden Indonesia, Gusdur dan sekarang Anwar dinobatkan sebagai manusia anugerah Tuhan kepada Malaysia oleh isterinya, Kak Wan. Itulah kehebatan Anwar.
Anwar sanggup kehulu-kehilir di seluruh negara, berceramah siang dan malam, dari Sabah ke Perlis, masuk ke kawasan pedalaman, tidak kenal penat lelah, untuk apa semua ini, kenapa Anwar sanggup memaksa dirinya hingga ke tahap ini? Apa yang cuba dibuktikannya? Kenapa selepas dipecat pada 1998 lalu Anwar tidak terus senyap? Jika Anwar senyap, tidak jadilah macam-macam sekarang.
Mungkin Anwar tersilap perkiraan, ketika beliau amat yakin kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya tidak boleh dihalang lagi, kisah-kisah hitam lampau hidupnya mula menghantuinya lagi, satu demi satu kisah hitam ini keluar, menggegar keyakinan pemimpin PR, terlalu logik walaupun boleh dipertikaikan.
Satu perkara yang aku ingin tegaskan di sini, kepada ahli-ahli politik muda negara ini, jadikan perkara ini iktibar, janganlah 'lupa dunia' ketika pegang kuasa, kerana mesti ada musuh dalam selimut yang bersedia menikam dari belakang.
Thursday, March 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
setuju.
hati hati dunia politic dunia yang licik
Post a Comment