Selepas selesai pilihan raya negeri Sarawak ke-10, ternyata Barisan Nasional (BN) terus mendapat mandat daripada rakyat untuk memerintah walaupun undi popular menurun dengan ketara kali ini.
Walaupun sentimen anti-Taib begitu kuat, ternyata majoriti rakyat Sarawak tidak menterjemahkan sentimen tersebut kepada undi.
Walaupun ceramah Pakatan Rakyat (PR) mencecah hingga puluhan ribu orang, harus diingat jangan sesekali terjemahkan kehadiran kepada undi, lagipun kehadiran besar pengundi ini adalah kawasan-kawasan bandar bermajoriti Cina. PR terus silap di sini, seperti pilihan raya kecil lain sebelum ini.
Apa yang menarik minat aku adalah undi kaum Cina yang terus tidak menyebelahi BN. Seolah-olah mereka sendiri yang menyisihkan diri. Persoalan yang terus bermain difikiran, apa yang mereka mahukan sebenarnya? Aku minta maaf jika soalan ini mungkin menyakitkan hati sesiapa pun, tapi jika kamu ada jawapannya, sila beritahu untuk bersama-sama kita membetulkan diri kita. Jangan terlalu berahsia.
Pada pilihan raya Malaya pertama tahun 1955 lalu, UMNO sanggup menyerahkan beberapa kerusi majoriti Melayu kepada calon MCA dan MIC, ternyata pada pilihan raya ni pengundi Melayu menyokong calon bukan Melayu walaupun pihak lawan adalah Pas! Orang Melayu sendiri. Apa yang akan berlaku jika sebaliknya?
Jadi point yang aku cuba cakap ialah, ia adalah satu kerugian bagi kaum Cina jika berterusan begini, mungkin boleh sampai ke tahap tiada wakil dalam kerajaan negeri. Kita tidak mahu perkara ini terjadi kerana kita faham maksud 'tiada wakil, tiada tax'. Tapi nak buat bagaimana, dalam sistem demokrasi, majoriti diutamakan.
Jika nak ubah kerajaan sekarang, PR tidak boleh mengharapkan undi dari bukan Melayu semata-mata. Sekarang pun Melayu sudah pandai bermain politik. Senang crita, UNDI MAJORITI.
Apapun, tahniah kepada PR kerana membuka mata pemimpin BN untuk benar-benar bekerja untuk rakyat.
Sunday, April 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment