Tuesday, January 31, 2012

Hasil siasatan bunyi aneh Kota Samarahan

KENYATAAN AKHBAR OLEH YB DATUK FADILLAH YUSOF, TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI MENGENAI
HASIL SIASATAN ADUAN RAKYAT BERHUBUNG DENGAN
BUNYI 'NGAUMAN LANGIT'
DI KAWASAN KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PUTRAJAYA, 31 Januari 2012 - Satu Jawatankuasa Siasatan Ngauman Langit (Sky Roar) telah diwujudkan di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA®) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi tujuan menyiasat aduan yang telah dibuat oleh beberapa orang penduduk, berkaitan laporan bunyi yang tidak diketahui sumbernya pada 11 dan 12 Januari 2012 di sekitar kawasan Kota Samarahan, Kuching, Sarawak.

Antara andaian oleh penduduk setempat ialah mengaitkan bunyi ngauman tersebut dengan kejadian gempa bumi di Sumatra dan High Frequancy Active Auroral Research Programme(HAARP) yang dijalankan oleh kerajaan Amerika Syarikat. Namun begitu, siasatan jawatankuasa mendapati kedua-dua andaian tersebut tidak mempunyai asas dan kaitan langsung dengan bunyi ngauman tersebut.

Jawatankuasa Siasatan telah menggunakan beberapa metodologi dalam siasatan seperti menemu bual saksi-saksi kejadian, mengenal pasti sumber-sumber potensi punca bunyi dan membuat siasatan berkaitan, mendapatkan khidmat pakar tempatan untuk menganalisis audio bunyi berkenaan dan analisis maklum balas yang diterima dari orang ramai.

Penemuan awal siasatan jawatankuasa adalah seperti berikut. Jawatankuasa siasatan percaya, bunyi 'Ngauman Langit' ini berkemungkinan besar adalah berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh kilang sawit milik FELCRA di Kampung Endap, pada tarikh 11 dan 12 Januari 2012. Perkara ini telah disahkan oleh Penolong Pengurus kilang sawit tersebut, En. Yusmizan Desa, bahawa pihak kilang telah menjalankan penentukuran (setting) dan pengujian tekanan dandang secara auto yang mengakibatkan pelepasan wap akibat lebihan tekanan dandang secara berkala yang mana proses tersebut telah menghasilkan bunyi yang didakwa sebagai