Monday, October 22, 2012

Jordan Hari ke-2

Catatan:

Aku dan seluruh pasukan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tiba di kem pelarian Za'tari di daerah Al-Mafraq.

Kedatangan kami pada awalnya disambut dengan senyuman kerana mereka tahu Malaysia tiba dengan membawa bantuan kepada mereka.

Namun, selepas beberapa ketika, beberapa pelarian Syria mula menunjukkan isyarat kayu dan batu. Kami berasa pelik.

Selepas itu, beberapa pelarian datang dan memarahi kami kerana menuduh kami penyokong bashar al assad kerana membawa bendera kerajaan Syria sekarang. Mereka mahukan bendera pembebasan Syria yang baru.

Maka berlaku sedikit kekecohan. Pegawai kedutaan dan KP1M cuba menenangkan keadaan, namun mereka tetap memarahi kami.

Beberapa butir batu terkena bas, mujurlah cermin tidak pecah.

Kami segera keluar dari kem dan menukar strategi. Segala barang bantuan yang ada bendera Syria akan dikeluarkan. Kami cuma ada kira-kira 8 jam.

Ketika menulis artikel ini, saya dalam perjalanan dari Al Mafraq ke Amman.

No comments: