MEREKA pernah mencetuskan huru-hara di ibu negara apabila mengadakan demonstrasi jalanan, mereka pernah menyambut hari jadi di bangunan Parlimen dan terbaru mereka melakukan tindakan biadap pada Majlis Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan MenteriMenteri Kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Itu adalah antara perkara yang pernah dilakukan oleh pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf), tetapi entah apa istimewanya mereka sehingga kini pertubuhan haram itu masih bergerak aktif biarpun beberapa pemimpin mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Setakat ini perakuan Hindraf sebagai pertubuhan haram hanya di bibir sahaja belum ada langkah yang benar-benar konkrit bagi melumpuhkan sama sekali pertubuhan haram yang ekstrem tersebut. Justeru Hindraf merasakan mereka kebal daripada undang-undang, biarpun tidak sah tetapi masih boleh melakukan apa sahaja termasuk bertindak kurang ajar di majlis rumah terbuka Aidilfitri.
Keadaan ini sudah tentulah menimbulkan persoalan apakah istimewanya Hindraf? Adakah ia lebih istimewa daripada Al Arqam - satu pergerakan Islam yang bukan sahaja diisytiharkan haram dan pemimpinnya ditahan di bawah ISA malah segala asetnya dirampas sehingga pertubuhan tersebut lumpuh sama sekali.
Tetapi Al Arqam 'dikuburkan' kerana kerajaan mahu memastikan ajaran songsang yang dibawa oleh pergerakan itu tidak menggugat keharmonian kaum di negara ini. Walaupun kerajaan tahu Al Arqam adalah sebuah pertubuhan Islam dan dianggotai oleh 100 peratus orang Melayu tetapi kerajaan tetap bertindak, ertinya tiada tempat bagi mana-mana puak atau golongan yang cuba memperjuangkan pendekatan agama atau kaum yang melampau.
Namun bagaimana dengan Hindraf. Apakah tafsiran yang boleh diberikan oleh satu kumpulan yang terang-terang bukan sahaja menggunakan nama agama malah bertindak cukup 'berani' bagi memperjuangkan kelompok mereka.
Bagi saya. Hindraf ini patut di hancurkan sama sekali, patut dilayan seperti kumpulan-kumpulan ekstremis lain. Biar lumpuh sama sekali. Bayangkan kalaulah orang Islam yang bertindak seperti mana Hindraf sudah pasti mereka akan dilabelkan sebagai ekstremis atau pelampau sehingga semua orang takut dengan perbuatan mereka.
Fikirlah, jangan lagi sesekali kaum india mahupun cina beranggapan kerajaan melayu Malaysia ini bersikap racist atau perkauman. Sedarlah ini merupakan tindakan bermain api dalam rumah yang penuh dengan kerosene dan belerang. Silap sahaja padah jawapnya!!