Friday, June 19, 2009

National Paintball League


Liga Paintball Kebangsaan Pusingan Ketiga, Kuantan 19-21 Jun 2009
Laporan kejohanan akan menyusul dari masa ke semasa

Thursday, June 18, 2009

Story Aku!!!!

Inilah story yang sepatutnya menjadi muka depan sebuah surat khabar tanah air esok...tetapi disebabkan foktor-faktor tertentu, ia terpaksa ditarik balik pada saat-saat akhir...



BANTING – Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggelar Timbalan Presiden parti, Nasharuddin Mat Isa sebagai ‘sampah’ telah ditentang keras oleh ahli keluarga Nasharuddin malah mereka mendesak tokoh ulama Pas tersebut menarik balik kenyataan ‘sampah’ terbabit.

Adiknya, Kama Azman Mat Isa, 44, mencabar Nik Aziz agar menarik balik kenyataan tersebut kerana menyifatkannya sebagai amat keterlaluan dan ia juga melibatkan maruah keluarga.

“Oleh kerana Tok Guru melabelkan abang saya sebagai sampah, jadi secara tidak langsung saya sebagai adik beliau juga sampah, Ibu kami juga sampah malah arwah ayah saya juga sampah, maruah keluarga akan kami pertahankan.

“Malah ibu kami amat sedih, kecewa dan terguris hati dengan kenyataan yang tidak disangka keluar daripada mulut Tok Guru seperti itu serta saya minta agar Tok Guru minta maaf secara terbuka kepada keluarga saya.

“Jadi, Tok Guru sebagai seorang pemimpin agama tidak sepatutnya melabel sewenang-wenangnya individu lain sebagai sampah, kerana Tok Guru harus tahu sampah adalah sesuatu yang amat jijik dan hodoh sekali,” katanya ketika ditemui wartawan ***** semalam.

Selain itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dan sebagai seorang pemimpin agama yang dihormati seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana banyak pihak boleh menyalahgunakan kenyataan terbabit.

“Saya ingin tanya kepada Tok Guru, dimana ciri-ciri kepimpinan beliau selama ini? Saya cabar Tok Guru untuk berterus terang kepada kami, kenyataan ini juga telah menyebabkan kekeliruan dan kejutan kepada banyak pihak.

“Sebagai seorang yang sering melaungkan muzakarah (perbincangan) dalam apa-apa jua isu, kenapa Tok Guru tiada muzakarah dalam isu ini,” katanya.

Kata Azman lagi, cadangan kerajaan perpaduan yang ditentang Tok Guru sebenarnya datang dari Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin hanya menjalankan tugas kerana ketiadaan Presiden yang berada di London sekarang.

“Saya pelik, kenapa tidak keluarkan kenyataan mahu buang Hadi, kerana Hadi yang wujudkan konsep kerajaan perpaduan ini, tetapi yang menjadi mangsa adalah abang saya.

“Tok Guru seharusnya pergi kepada siapa yang memulakan cadangan kerajaan perpaduan ini dan saya juga menyeru kepada Hadi agar menerangkan secara terperinci apakah kerajaan perpaduan tersebut,” katanya.

Ditanya kenyataan Nik Aziz berkemungkinan dipengaruhi oleh orang dalaman Pas, Azman beranggapan ia mungkin bermula kerana kemenangan Nasharuddin merebut jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada Muktamar baru-baru ini.

“Ramai tidak berpuas-hati dengan kemenangan abang saya pada Muktamar Pas tempoh hari, jadi saya percaya sedikit sebanyak kemenangan tersebut mempengaruh kenyataan Tok Guru,” katanya.

Mengulas tindakan yang mungkin diambil oleh abang beliau ekoran kenyataan Nik Aziz mendesak agar meletakkan semua jawatan dan keluar daripada parti, Azman berkata Nasharuddin tidak mungkin keluar dari Pas dan menyertai parti lain.

“Abang saya tetap berdiri teguh dengan perjuangan beliau, abang juga amat sayang dengan Pas dan beliau tidak mungkin masuk UMNO seperti yang difikirkan sesetengah pihak.

“Tetapi sayangnya perjuangan mati-matian abang dibalas sedemikian oleh pemimpin tertinggi parti,” katanya.

Kelmarin, Nik Aziz Nik menggesa Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa meletakkan semua jawatan dan meninggal parti Pas jika masih ingin menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dengan UMNO.
Setakat ini, kenyataan dari tokoh ulama tersebut merupakan yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan Pas yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai ‘boneka UMNO’.


>>>END<<<

Wednesday, June 17, 2009

chin peng lagi!!!


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan tiada logik akal. bagaimana dia sebagai bekas Timbalan Perdana menteri boleh berkata Chin Peng patut diberi pengampunan dan di benarkan masuk Malaysia????

dia patut sedar bahawa chin peng adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) merangkap ketua cabang komunis di Malaya dan kemudian Malaysia kerana kemasukan sabah dan sarawak ke dalam persekutuan.

bagaimana dia boleh terfikir ingin memberi pengampunan kepada chin peng sedangkan chin peng lah bertanggungjawab membunuh ribuan anggota tentera dan orang awam yang tidak berdosa?

memang alasan DSAI adalah kerana perikemanusian, tetapi kita kena fikir semula adakah dosa chin peng sudah dimaafkan oleh ratusan ribu rakyat malaysia??? patutnya sifat kemanusiaan tersebut digunakan DSAI untuk membantu ratusan bekas tentera untuk menjalani hidup sebagai insan sempurna kerana mereka telah kehilangan kaki, tangan dan lumpuh sepanjang hayat kerana menyelamatkan bangsa dari Chin Peng!!!

DSAI patut juga sedar bahawa hukuman yang diberikan untuk tidak membenarkan chin peng masuk ke malaysia adalah hukuman yang amat sedikit berbanding dengan dosa yang dia telah buat.

Patutnya Angkatan Tentera malaysia (ATM) sudah lama dahulu menghantar pasukan khas dan membunuh Chin Peng, tetapi ia tidak dilaksanakan kerana sifat kemanusiaan, adakah ia tidak cukup wahai DSAI???

jika DSAI terfikir untuk memberi pengampunan kepada Chin Peng, baik dia keluarkan kenyataan pengampunan kepada Chin Peng dan semua banduan dalam penjara seluruh malaysia, itu lebih logik!!!

jadi kesimpulan yang amat mudah dibuat disini adalah DSAI sengaja mengeluarkan kenyataan tersebut untuk menarik sokongan kaum cina terhadap PKR.

tetapi sebelum itu, sedarlah kepada kaum cina bahawa kaum cinalah yang sebenarnya menjadi mangsa kepada PKM, sepatutnya merekalah yang pertama menolak kepulangan pengkhianat bangsa yang bernama Ong Boon Hwa@Chin Peng!!!!!