Monday, December 21, 2009

Bodohnya manusia bercakap..

Beberapa hari lepas, aku lepak ngan member2 aku, ada cina, india ngan budak sabah sarawak, truely Malaysian la...kitorang borak2 pasal macam2 perkara...tapi paling best kitorang berdebat tentang siapa penduduk asal Malaysia.

semua cakap pandangan masing-masing, ada cakap Melayu ni pendatang berasal dari selatan china la, Melayu ni muncul dari pertembungan bangsa cina n India la, Melayu ni datang dari Indon la...tapi kaum cina ngan india xleh cakap ape la...dorang memang sah-sah pendatang..hahahaah!! kawan2 cina ngan india aku gelak...

sejak dulu lagi, sejarah asal Melayu sering dipersoalkan..kenapa boleh terjadi begini? mari kita lihat beberapa teori yang boleh diambil dan teori dari orang bodoh...contohnya, beberapa pemimpin bercakap orang Melayu berasal dari Indon, hanya orang asli sahaja penduduk asal Malaysia...bodoh!! bullshit! tak reti fikir logik langsung...ade ke patut manusia berhijrah dari pulau ke tanah besar...mesti la asal dari tanah besar ke pulau....jadi teori ini ditolak.

jadi hanya tinggal beberapa teori sahaja, tetapi ingin aku imbas kembali teori penghijrahan barat yang mengatakan kewujudan awal manusia, bumi ini kosong dan manusia bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain. sebagai contoh, manusia dari tanah melayu berasal dari selatan china, orang-orang eropah berasal dari asia tengah, jadi mengikut teori ini, penduduk asal manusia adalah dari Afrika!!! ya!! kita semua berasal dari Afrika!!!! jadi adakah Melayu sahaja digelar pendatang? sudah tentu tidak! jika sesetengah orang cakap melayu pendatang mengikut teori ini, maka semua bangsa lain juga adalah pendatang!!! kawan2 aku diam sekali lagi..

mari kita lihat dari segi kajian geologi, fossil manusia tertua pernah dijumpai di Malaysia adalah Perak Caveman yang berusia berpuluh-puluh ribu tahun..siapa orang ini? adakah orang asli atau proto Melayu?? menarik persoalan ini. mari kita tengok dulu siapa diri kita iaitu Melayu, dari segi wajah dan warna kulit, bangsa Melayu adalah yang paling versatile!!! kita ada wajah dari muka negro ke muka orang putih!! margin warna kulit kita juga amat besar..dari sehitam2 kaler ke seputih2 kaler!! fuh!! kenapa bleh jadi camni???

sah-sah bangsa Melayu memang dinamik...Melayu mempunyai sejarah panjang sehingga membolehkan margin warna kulit kita luas seperti sekarang. memang Melayu lambat untuk membina empayar di tanah melayu, kerajaan Melayu paling lama muncul kira2 seribu tahun dulu di Kedah Tua dan Langkasuka. ala..cerita raja bersiung tu..

ok.berbalik kepada kerajaan..sebelum melayu...ada lagi tak kerajaan lebih tua muncul di tanah melayu?? ermmmm.....tidak..jadi melayu pelopor kepada tanah ini. sama juga dengan india dan china...mereka yang pertama mencipta kerajaan..jadi diorangla pembuka dan menjadi orang asal, begitu juga Melayu...

kesimpulannya...kenyataan beberapa pemimpin yang bercakap mengatakan melayu juga pendatang adalah kenyataan dari orang bodoh dan orang melayu yang percaya lagi bodoh sebenarnya. sedarlah tanah melayu sebahagian dari NUSANTARA..atau Alam Melayu....jika betul sejarah membenarkan kewujudan negara Nusantara..bangsa2 lain tidak akan mempertikaikan asal orang Melayu.....

kawan2 cina dan india aku terus diam dan bersetuju Melayulah penduduk asal bumi bertuah ini....

Monday, November 16, 2009

Ahli Politik Berjaya???


aku tertanya-tanya apa sebenarnya tahap pencapaian seseorang ahli politik sehingga boleh digelar berjaya? adakah hanya menjadi ketua cawangan/bahagian boleh dikira ahli politik berjaya?

aku tertarik dengan definisi ahli politik berjaya kerana aku terdengar dalam sebuah rancangan kanak-kanak di mana seorang dari mereka bercita-cita mahu menjadi ahli politik berjaya. aku mula terfikir apakah pencapaian seseorang ahli politik berjaya sehingga boleh digelar sedemikian?

fikir punya fikir, aku tidak dapat membuat keputusan yang solid apakah tahap politik berjaya, amat susah dianggarkan tahap kelompok ini, amat berbeza benar dengan arkitek berjaya, doktor berjaya mahupun jurutera berjaya.

agak kontroversi kesimpulan ringkasku ini, aku minta maaf kepada semua ahli politik berjaya di negara ini, kerana bagiku ahli politik berjaya di Malaysia adalah bila mereka berjaya menyedut RM1 bilion dari poket rakyat...itulah kejayaan mereka sebenarnya!

Wednesday, October 21, 2009

BN vs PR battle for the east.....

sebelum aku menulis dengan lebih mendalam, aku ingin meminta maaf kepada semua pihak yang mungkin terasa hati akibat dari artikel ini. ingin aku jelaskan bahawa artikel ini ditulis hanya untuk kebaikan bersama, tiasa agenda-agenda lain.

aku juga menyeru agar sebarang tindakan mahkamah, penangkapan dan tindakan balas tidak wajar kerana aku hanya menyampaikan luahan hati rakyat Malaysia yang mendukung perlembagaan dan amalan demokrasi di negara ini.

seperti yang kita maklum, negeri seperti Sabah dan Sarawak merupakan kubu kuat terakhir Barisan Nasional (BN) selain dari Johor di semenanjung. kesemua pemimpin-pemimpin mula sedar kepentingan negeri-negeri ini terutamanya Sarawak untuk ditawan sebelum melangkah kaki ke Putrajaya.

atas sebab inilah, Pakatan Rakyat (PR) mula menyusup ke Bumi Kenyalang untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menerangkan kelemahan-kelemahan kerajaan seperti yang biasa mereka lakukan.

Ingin aku jelaskan bahawa punca PR dan BN mahukan negeri terbesar di Malaysia ini adalah kerana sumber alam negeri ini yang besar. sumber alam negeri inilah yang menjana pertumbuhan ekonomi negara sejak 46 tahun dulu.

selain itu, satu lagi faktor menarik yang menguatkan azam PR untuk menawan Sarawak adalah kerana ketiadaan 3 parti utama BN disana iaitu UMNO, MCA dan MIC. tidak usahlah aku terangkan kenapa 3 parti ini tiada di Sarawak kerana ia sudahpun dalam perjanjian kemasukan Sarawak ke dalam persekutuan malaysia. parti-parti komponen lain banyak di negeri ini.

seperti kenyataan seorang bekas pemimpin sarawak, Tun Jugah Anak Barieng:

'kami masuk ke dalam persekutuan Malaysia bukan kerana persekutuan malaysia, kami masuk kerana kami ingin membentuk persekutuan Malaysia itu sendiri'

mengikut ramalan, pilihan raya undangan negeri sarawak bakal diadakan dalam tahun hadapan, jadi sekarang sudah tiba masa untuk parti-parti politik menyusun jentera untuk bertempur di negeri Sarawak.

oleh sebab itulah PR mahukan tsunami politik mula bergerak ke sana, walaupun mereka sedar kejayaan adalah jauh kerana faktor ideologi, komposisi kaum dan geografi Sarawak yang mencabar sekali. tapi aku yakin ini tidak menjadi penghalang kepada BN dan PR dari terus melebarkan pengaruh mereka di sana.

Oleh sebab kedua-dua pihak mahukan sokongan dari rakyat, secara tidak langsung ia akan membuka mata orang sarawak tentang 'obses parti' di mana mereka akan melihat buat pertama kalinya perang poster, kempen secara intensif, berdiri memilih parti masing-masing dan ceramah-ceramah politik malah orang-orang sarawak berpeluang memilih parti lain selain BN, maklumla sebelum ini kebanyakkan kawasan menang tanpa bertanding.

dari segi isu yang akan dibawa turut memainkan peranan amat penting untuk mendapatkan sokongan rakyat sarawak. ingin aku tegaskan bahawa dari segi komposisi kaum, sarawak terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu Dayak (Iban, bidayuh, penan, kenyah, kelabit etc), Melayu dan Cina.

dari segi kesedaran politik, adalah mustahil untuk memujuk orang-orang CIna dan Dayak untuk memangkah calon Pas, jadi parti yang akan membawa cabaran PR adalah DAP dan PKR yang memang sudah mempunyai penyokong di sana. Bagi BN pula tiada masalah kerana tugas ini dibawa oleh parti-parti komponen BN (PBB, SUPP, PRS dan SPDP).

antara isu yang dijangka dibawa oleh PR adalah isu tanah rizab, penyelewengan wang dan ketidakadilan kerajaan pusat terhadap rakyat Sarawak selain kejayaan mereka mentadbir negeri-negeri di semenanjung. manakala bagi BN, mereka dijangka membawa isu pembangunan yang memang sudah lama ditagih oleh orang sarawak selain isu menghentam karektor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

mengikut perkiraan ini, BN mendapat kelebihan kerana rakyat sarawak memang dahagakan pembangunan terutamanya dikawasan luar bandar. janji-janji yang akan ditaburkan nanti sudah tentu amat meliurkan.

kenapa aku berkata BN tetap mendapat kelebihan walaupun PR membocorkan banyak penyalahgunaan kuasa? ingin aku tegaskan lagi bahawa rakyat sarawak bersifat amat pasif berkenaan politik. orang sarawak tidak akan ambil peduli tentang perkara yang terjadi di negeri lain kerana mereka sendiri tidak pernah menjejakkan kaki di semenanjung. ini adalah sifat semulajadi orang sarawak sejak zaman pemerintahan James Brooke dulu.

Kedua, isu yang di bawa PR, terutamanya isu tanah rizab memang akan mendapat sambutan dari orang melayu dan Dayak, tetapi mereka jangan lupa, sokongan Cina sebanyak 30% rakyat sarawak pasti hilang jika isu ini dimainkan.

Dari segi undi muda pula, rata-rata mereka sudah mula menyokong PR terutamanya PKR kerana orang muda Sarawak tertarik dengan personaliti Anwar yang terasa dekat dengan darah muda, tetapi sayangnya, majoriti pengundi muda di Sarawak masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). sudah tentu ia satu kerugian untuk PR. Jika tidak percaya sila kaji.

Oleh itu, satu-satunya jalan terbaik bagi PR untuk memenangi ataupun sekurang-kurangnya menidakkan 2/3 DUN negeri Sarawak adalah dengan menimbulkan 'kesedaran' kepada rakyat Sarawak betapa 'baiknya' Godfather Sarawak selama ini, biar dedahkan semua, disamping melaksanakan projek2 pembangunan seperti yang BN sering lakukan ketika tempoh berkempen. biar keluarkan sedikit duit poket daripada tiada langsung.

Sedarlah bahawa peluru sudah diisi di Sarawak, hanya tinggal seseorang untuk menembak sahaja....sedarlah

>>>Anak Jati Sarawak