Saturday, February 12, 2011

Pharaoh tumbang

Akhirnya, rejim Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun berjaya ditumbangkan oleh suara rakyat terutamanya golongan muda, sekaligus memberi isyarat amaran kepada seluruh kerajaan-kerajaan dunia lain bahawa KUASA SEBENAR DI TANGAN RAKYAT!

Apa yang menarik bagi aku mengenai revolusi yang berlaku di Mesir disebabkan beberapa perkara:

1) Kerana negara tersebut bersempadan dan mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Bagaimana hubungan kedua negara selepas ini.

2) Mesir dikatakan sebagai negara Arab utama selain dari Arab Saudi, jadi apa sahaja yang berlaku di Mesir diperhatikan dengan dekat oleh negara-negara Arab lain.

3) 'Domino effect' yang diperkatakan oleh penganalisis-penganalisis politik timur tengah, persoalannya selepas ini di mana pula?

Apapun, diharapkan revolusi populis ini berakhir dengan sistem demokrasi sebenar, bukannya menyebabkan negara huru-hara tiada penghujung. Disamping itu, negara-negara kuasa besar dunia perlu menghormati kehendak rakyat Mesir dan bagaimana mereka mencorak pemerintahan selepas ini.

Friday, February 11, 2011

Kesan teknologi maklumat ke atas kerajaan


Pada hari ini, teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia, malah secara langsung teknologi ini telah menukar cara pemikiran individu, kelompok, komuniti malah kerajaan sesebuah negara.

Apa yang aku lihat, sebagai contoh revolusi rakyat yang berlaku di negara-negara Arab terutamanya di Mesir, teknologi maklumat ini adalah musuh utama kerajaan Hosni Mubarak di mana kita boleh lihat kerajaan ini menyekat akses kepada internet dan kemudahan telefon kerana bimbang alat ini sebagai 'pembakar' semangat di kalangan rakyat.

Seperti yang diucapkan oleh pembaca berita Aljazeera, "Facebook and Twitter is the real driver behind this revolution" masih terngiang-ngiang dibenak pemikiran aku yang tak seberapa ini.

Apa yang lebih membuatkan aku tertarik adalah tindakan kerajaan Hosni yang 'lembut' ke atas perusuh-perusuh anti Mubarak ini tidak seperti keadaan pada era 50an hingga pertengahan 80an lalu. Aku yakin ada kena mengena dengan perkembangan teknologi maklumat!!!

Sebagai contoh, jika aku sertai rusuhan ini dan kerajaan bertindak ganas dengan menembak perusuh-perusuh ini, aku yakin beratus-ratus malah beribu video menunjukkan keganasan ini, kerana aku akan ambil video/gambar dulu jika mamat sebelah aku tumbang kena tembak. Itu yang pertama aku lakukan. Hahaha! Jahat siot bukan nak tolong dulu.

Jadi mesti penasihat-penasihat, pegawai-pegawai atasan kerajaan bimbang perkara ini akan berlaku sekaligus memburukkan imej negara dan memungkinkan tindakan keras dilakukan di peringkat antarabangsa. Lagipun berpuluh-puluh media melaporkan secara langsung terutamanya di sekitar Tahrir Square.

Tiba-tiba aku terfikir, jika kerajaan Polpot wujud hari ni, aku yakin dorang berfikir berpuluh kali dulu sebelum bertindak kejam ke atas rakyat die sebab teknologi maklumat membuatkan kerajaan diktator seluruh dunia bimbang untuk bertindak ganas ke atas rakyat mereka.

Senang cerita teknologi maklumat ni macam buffer zone la, dah masuk ke atas perkiraan utama sebelum meng-isu-kan satu-satu arahan.

Ada guna gak facebook, twitter, blog ni ye. Agak-agak 10 tahun lagi macamane la rupa sosial media ni ye? Hehehe

Wednesday, February 9, 2011

Malaysia vs Hong Kong

Tak saba nak tahu keputusan!! Yeah!!

UPDATED!! MALAYSIA MENANG 2-0!!