Thursday, February 24, 2011

Tripoli pentas terakhir Libya


Aku tidak sangka perjalanan revolusi di Libya boleh bertukar amat ganas, dari rusuhan di jalanan telah menjadi pemberotakan bersenjata secara besar-besaran. Amat berbeza sekali dengan revolusi di Tunisia dan Mesir.

Agak-agak beginilah kesudahan sebuah negara jika hampir seluruh rakyatnya bangun menentang seorang ketua negara secara kekerasan. Harga yang perlu dibayar adalah darah! Dari beribu-ribu orang! Sungguh hebat keazaman rakyat Libya, sungguh berani, pasti menjadi sebutan beribu-ribu generasi akan datang rakyat Libya.

Apa yang lebih menarik bagi aku adalah, bagaimana kesudahan revolusi ini. Adakah Muamar Gaddafi meletakkan jawatan dengan sewenang-wenangnya. Seperti yang dilaporkan oleh stesen media dunia, Gaddafi telah mengarahkan beribu-ribu askar upahan untuk mempertahankan Ibu negara, Tripoli.

Aku yakin di sinilah pentas terakhir menentukan hidup mati Libya. Kedua-dua pihak tidak akan mengalah tanpa pertarungan sengit. Terbaru, stesen satelit, Al-Arabiya melaporkan Chad akan menghantar tentera ke Libya untuk membantu Muamar Gaddafi. Kepala otak ko Chad, ko masuk campur pahal?

Lebih menakutkan, orang awam dikhuatiri terperangkap dan mungkin terbunuh. Sudah pasti jumlahnya amat besar. Semoga Libya tidak menjadi Somalia kedua. Apapun, kebangkitan rakyat Libya mendapat sokongan dunia.

Sedikit lagi wahai rakyat Libya! teruskan! Hidup rakyat Libya!

Tuesday, February 22, 2011

Libya oh Libya

Pemerintahannya sudah hampir berakhir, cuma tinggal bila...pasti Muamar Ghadafi mengira-ngira bila dia akan keluar. Bagaimana satu demi satu pemerintahan Arab tumbang, dari seorang yang disanjung tinggi dan tidak disangka, tidak termimpi, hari terakhir begitu dihina dan dikutuk rakyat sendiri.

Lebih hebat lagi apabila Muamar Ghadafi berada dalam kelas tersendiri bila dia mengarahkan tentera menggunakan jet pejuang dan helikopter untuk membunuh perusuh-perusuh. Benar-benar lambang diktator sejati! Sepanjang sejarah, nama dia pasti dikenang....

Kepada Amerika Syarikat, lepas ni jangan 'pilih kasih' dengan membenarkan hanya sesetengah negara sahaja mengamalkan demokrasi. Pemimpin-pemimpin 'lama' di dunia Arab sebenarnya mendapat sokongan dari Amerika semata-mata mahu jaga buntut negara haram Israel.

Pasti Israel makin gabra, panik dengan revolusi di negara Arab, dunia melihat....hidup rakyat!

Sunday, February 20, 2011

Kenapa Melayu mula lari dari Pas?

Melalui persoalan di atas, aku fikir ramai yang tahu jawapannya, dan mungkin juga buat-buat tak tahu. ye lah, berdasarkan kepada perjalanan politik negara sejak akhir-akhir ini mula tidak berpihak kepada Pas contohnya seperti dua pilihan raya kecil lalu di DUN Galas dan DUN Tenang.

Di kedua-dua pilihan raya kecil ini, statistik jelas menunjukkan majoriti undi Melayu pergi ke UMNO sehingga 80 peratus. Dengan keputusan ini pasti Pas panas buntut dan gabra sebab pilihan raya umum dikatakan makin dekat sekaligus menggugat laluan pakatan ke Putrajaya konon-kononnya.

Persoalan utama adalah, kenapa perkara ini terjadi? Bagaimana sebuah parti Melayu yang bertunjangkan Islam tidak disokong oleh orang Melayu Islam sendiri? Pelik bukan.

Seperti yang dikatakan oleh Pensyarah Sains Sosial USM, Prof Ahmad Atory pada aku, punca orang Melayu mula tidak sokong Pas bukan kerana orang Melayu marah pada Pas malah pada hakikatnya sepanjang 60 tahun lalu, orang Melayu memang tak pernah marah pada Pas. Punca utamanya adalah kerana orang Melayu kecewa dengan Pas sekarang. (Marah dan kecewa lain ye)

Sesungguhnya dalam dilubuk hati semua orang yang mengaku dirinya Melayu Islam tidak kira dari UMNO ke, mahupun PKR menyokong perjuangan asal Pas iaitu mahu menubuhkan sebuah negara Islam dengan undang-undang Islamnya sekali.

Tetapi Pas memilih untuk berlembut, mengatur lidah baik-baik bila disoal negara Islam, takut rakan dalam pakatan terutamanya DAP bermasam muka. Alasan utama Pas mudah, iaitu mahu menerangkan Islam pada orang bukan Islam. Tapi untuk berapa lama? Berapa lama lagi nak simpan dalam hati abang-abang, pakcik-pakcik sekalian oi! Kita semua masih ingat bila sorang pemimpin DAP ni dengan ayat paling femesnya, "over my dead body!" Bila berbicara soal negara Islam.

Akhirnya, strategi Pas ini mula memakan diri sendiri. Pemimpin Pas terutamanya Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz pula menyalahkan media kerana penurunan sokongan orang Melayu pada Pas. Aduh! Susah la macamni, bila sokongan turun salahkan media, tapi bila undi kaum Cina naik sokong Pas tak pula salahkan media, ish ish ish...

Tiba-tiba aku terfikir, sebelum ini, ramai yang berkata kaum Cina menjadi penentu kepada kemenangan calon pakatan atau BN. Macam ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar pernah cakap, "orang cina pandai bermain politik sekarang, sebelah sana bagi, kita ambil, tapi bila undi sebelah sini" masih terngiang-ngiang di telinga aku.

Hahaha! Ya, memang kaum Cina pandai bermain politik, tapi jangan lupa, bila orang Melayu pandai main politik macamana pula? Satu je aku mahu ingatkan Pas, (aku tau aku bukan sesapa, tapi sebagai rakyat Malaysia, aku juga layak memberi pendapat) kaum majoriti di Malaysia adalah Melayu yang beragama Islam, jadi faham-faham sendirila.

Kalau tak paham jugak, susahla. Satu lagi cara, tegur-tegurla DAP tu, biar nampak sikit Pas tu bos dalam pakatan. Ni tidak, nampak sangat takut2 ngan DAP, dulu bukan main lagi gedegang gedegung. Hehe jangan marah