Monday, February 28, 2011

Khilafah! Khilafah!

Perjalanan revolusi bangsa Arab terus menarik perhatian aku, terbaru, di Tunisia, Mesir dan Yemen, penunjuk perasaan ini mula melaungkan "Khilafah! Khilafah!' sambil memegang bendera Hitam Islam.


Terlebih dahulu, aku nak cerita serba sedikit la pasal Khilafa yang aku tau, Khilafah ni sebenarnya adalah satu kerajaan Islam yang meliputi kesemua tanah negara Islam sekarang, dari Morroco hinggalah ke Indonesia. Kerajaan Islam ini wujud sejak zaman Rasulullah SAW hinggalah ia ditumbangkan pada 1924.

kat bawah ni sedikit video punca kejatuhan Khilafah Islam


Dan lebih menarik bagi aku adalah cubaan beberapa pemimpin negara khususnya dari Pakatan Rakyat yang seolah-olah membayangkan 'people uprising' akan berlaku di negara ini seperti apa yang berlaku di negara-negara Arab, walaupun dorang ni tidak memberi arahan secara jelas.

Tetapi mereka harus ingat, revolusi yang berlaku di negara-negara Islam sekarang sudah sampai ke tahap 'no turning back'....kerana hampir keseluruhan negara Islam sudah mula merasai bahang revolusi ini.

Memang pada mulanya uprising ini mahu menjatuhkan pemimpin diktator masing-masing, tetapi selepas berjaya, perjalanan revolusi ini mula berubah kerana di sudut hati Muslim seluruh dunia, mereka mahukan sebuah Khilafah baru kerana tidak tahan dengan tekanan dan penindasan. Muslim percaya Khilafah inilah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh manusia sekarang.

Umat Islam sudah merasai Nasionalism, Demokrasi, Kapitalisme, Sekularisme dan Diktator, sekarang Umat Islam mahukan sistem Khilafah, sistem kerajaan yang bermula sejak zaman Rasulullah SAW.

Sudah pasti keseluruhan pergerakan Islam seluruh dunia mula berkira-kira mahu menubuhkan sebuah negara Islam, sebuah Islamic Super State...sudah pasti negara haram Israel makin ketakutan!!

Sebab ni la kot Pas dah tak berbunyi lagi pasal negara Islam Malaysia, sebab sasaran utama sekarang adalah negara Khilfah, Daulah Islamiyah!

Adakah itu yang dimahukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang? Terima kasih kepada mereka berdua ini kerana mula menaikkan semangat anak muda Malaysia!!

Ni ade lagu rap sikit sebagai penutup. Takbir!


Sunday, February 27, 2011

Revolusi evolusi halusinasi

(Artikel ini adalah pendapat penulis semata-mata, tiada penglibatan dari pihak lain, jika ada yang terasa dengan penulisan ini, maka penulis minta maaf)

Bagi aku, revolusi yang berlaku di negara-negara Arab sekarang bukanlah revolusi berasingan. Memang tujuan mereka mahu menjatuhkan pemimpin diktator negara masing-masing, tidak dinafikan di situ, tapi ada perkara lain yang perlu dilihat dengan lebih rapi.

Apa yang semakin menarik bagi aku adalah, kebangkitan bangsa Arab ini kelihatan sebagai SATU KEBANGKITAN YANG SAMA! Ya! Satu kebangkitan!! Ia berlaku serentak! Sudah pasti think-tank barat tak leh kejar beb! Kelajuan revolusi ini di luar jangkaan semua pihak!!

Seperti ada tangan ghaib di belakang rakyat negara-negara Arab ini. Walaupun tiada ketua, namun rakyat ini seperti diatur dengan tersusun sekali, seperti perancangan yang telah dibuat bertahun-tahun.

Tapi, aku yakin, perkara yang paling ditakuti oleh negara barat, terutamanya negara haram Israel adalah kemunculan semula negara Khilafah Islam. Mungkin ada yang ketawa dengan pendapat aku ini, aku tak kisah, tapi sejarah membuktikan!

Ketika Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan negara Islam di tengah-tengah padang pasir semenanjung Arab, kerajaan Parsi dan Rom yang merupakan kuasa besar dunia ketika itu ketawakan sahaja kerajaan baru Islam ini, tapi akhirnya mereka yang tewas.

Ya! Memang Islam sekarang amat lemah, negara-negara Islam penuh dengan konflik, tetapi revolusi Arab ini menyedarkan umat Islam, cabaran pertama adalah menumbangkan pemimpin-pemimpin yang menyekat suara mereka.

Lagipun, selepas tumbangnya kerajaan Khilafah Utmaniyah kira-kira 100 tahun lalu adalah kerana misionari barat menanamkan semangat nasionalism dan asobiyah. Lantas seluruh kumpulan dalam kerajaan Khilafah bangkit menuntut negara masing-masing.

Hari ini, revolusi Arab membuktikan, bangsa Arab boleh bangkit selepas dihina berpuluh tahun oleh negara-negara barat semata-mata mahu melindungi negara haram Israel.

Bangsa ini sekali lagi memperbetulkan sejarah dunia...(Naik bulu roma aku kalau terfikir ramalan akhir zaman)

Thursday, February 24, 2011

Tripoli pentas terakhir Libya


Aku tidak sangka perjalanan revolusi di Libya boleh bertukar amat ganas, dari rusuhan di jalanan telah menjadi pemberotakan bersenjata secara besar-besaran. Amat berbeza sekali dengan revolusi di Tunisia dan Mesir.

Agak-agak beginilah kesudahan sebuah negara jika hampir seluruh rakyatnya bangun menentang seorang ketua negara secara kekerasan. Harga yang perlu dibayar adalah darah! Dari beribu-ribu orang! Sungguh hebat keazaman rakyat Libya, sungguh berani, pasti menjadi sebutan beribu-ribu generasi akan datang rakyat Libya.

Apa yang lebih menarik bagi aku adalah, bagaimana kesudahan revolusi ini. Adakah Muamar Gaddafi meletakkan jawatan dengan sewenang-wenangnya. Seperti yang dilaporkan oleh stesen media dunia, Gaddafi telah mengarahkan beribu-ribu askar upahan untuk mempertahankan Ibu negara, Tripoli.

Aku yakin di sinilah pentas terakhir menentukan hidup mati Libya. Kedua-dua pihak tidak akan mengalah tanpa pertarungan sengit. Terbaru, stesen satelit, Al-Arabiya melaporkan Chad akan menghantar tentera ke Libya untuk membantu Muamar Gaddafi. Kepala otak ko Chad, ko masuk campur pahal?

Lebih menakutkan, orang awam dikhuatiri terperangkap dan mungkin terbunuh. Sudah pasti jumlahnya amat besar. Semoga Libya tidak menjadi Somalia kedua. Apapun, kebangkitan rakyat Libya mendapat sokongan dunia.

Sedikit lagi wahai rakyat Libya! teruskan! Hidup rakyat Libya!