Saturday, June 4, 2011

UMNO-Pas selamanya

Hubungan UMNO-Pas sebenarnya amat menarik. Hubungan ini bersandarkan kepada persaudaraan sesama Melayu, Islam dan cebisan nostalgia bersama.

Jauh di sudut hati kesemua pemimpin UMNO, mereka mahukan Pas terus memperjuangkan negara Islam. Terima kasih kepada Pas, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program berlandaskan syariat Islam contohnya seperti Universiti Islam, Bank Islam dan pelbagai lagi, malah pelajar-pelajar universiti dalam semua jurusan telah disediakan kursus mengenai Islam umpamanya undang-undang Islam, komunikasi dari segi Islam, perubatan Islam dan banyak lagi demi sekiranya Pas berjaya menjadi kerajaan pusat dan menubuhkan negara Islam.

Jauh di sudut hati pemimpin Pas pula, mereka mengharapkan cerdik pandai UMNO menyertai Pas serta bersama dengan Pas untuk menjayakan negara Daulah Islamiyah Malaysia. Tetapi di mana silapnya sekarang? Kenapa UMNO-Pas tidak boleh bersama? Setidak-tidaknya satu suara apabila hak Melayu Islam diganggu.

Sesungguhnya perancangan Allah SWT lebih licik, segalanya ada hikmah. Semoga UMNO-Pas terus kukuh.

Wednesday, May 25, 2011

Senarai Pemimpin PKR keluar parti

Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar

Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor

Ketua Penerangan, Ruslan Kassim

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan

Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:

Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff

Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam

Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip

Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha

Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim

Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili

Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali

Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman

Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak

Naib Presiden, Jeffrey Kitingan

Datuk Zaid Ibrahim

Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan

Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman

Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin

Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat

Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman

Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir

Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah

Kerusi Parlimen

Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed

Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng

Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri

Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin

Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi

Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu

Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong

Adun Lunas - Md Radzi Salleh

Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah

Adun Bukit Selambau - V. Arumugam

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

Sebenarnya ada beribu-ribu ahli biasa PKR keluar parti secara besar-besaran seluruh negara. Persoalannya, kenapa mereka keluar? Fikir-fikirkanlah..dibeli ke apa ke terpulang...

Sunday, May 15, 2011

Dia mengaku dah sebenarnya!!!

Malam tadi di ceramah Pakatan Rakyat di Stadium Selayang, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya sudah mengaku terkantoi.

Secara tidak sengaja, mungkin DSAI syok sangat atas pentas, dia berkata "Mereka amat melampau, semua rahsia saya mereka telanjangkan, rahsia mereka bagaimana? Di PD (Port Dickson) itu macamana?"

Aku tertarik kenapa DSAI berkata 'semua rahsia saya mereka telanjangkan'...?