Friday, September 16, 2011

Berapi

Thursday, September 15, 2011


Sisa sistem politik yang ditinggalkan penjajah adalah demokrasi yg mencetuskan berbagai2 parti, maka setelah penjajah balik negeri, orang2 Melayu masih tidak bersatu. Agama dijadikan parti2 dan dijadikan berlainan ideologi. Maka perpecahan kaum Melayu masih berpanjangan hingga sekarang. Yang gembiranya adalah bekas penjajah yg menonton dari jauh.

"Kesilapan" kaum Cina semasa sebelum merdeka adalah masuknya fahaman Komunis di kalangan mereka. Jika mereka membawa demokrasi, sudah tentu penjajah telah memberikan tampuk pemerintahan negara ini kepada kaum Cina.

Komunis memang dimusuhi pihak British. Inilah yg sudah berlaku di Palestine. Kaum Israel yg menguasai ekonomi berjuang menjadikan demokrasi sebagai alat, maka disebabkan faktor ekonomi, tanah2 Palestine jatuh ke tangan mereka.

Orang Melayu hampir sahaja senasib dengan Palestine jika bukan campur tangan fahaman Komunis yg meresap kedalam perjuangan kaum Cina suatu waktu dahulu.

Hakikatnya Allah masih memelihara bumi Malaysia untuk terus diperintah orang Islam


Tahniah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berani memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tahniah sekali lagi!