aku juga menyeru agar sebarang tindakan mahkamah, penangkapan dan tindakan balas tidak wajar kerana aku hanya menyampaikan luahan hati rakyat Malaysia yang mendukung perlembagaan dan amalan demokrasi di negara ini.
seperti yang kita maklum, negeri seperti Sabah dan Sarawak merupakan kubu kuat terakhir Barisan Nasional (BN) selain dari Johor di semenanjung. kesemua pemimpin-pemimpin mula sedar kepentingan negeri-negeri ini terutamanya Sarawak untuk ditawan sebelum melangkah kaki ke Putrajaya.
atas sebab inilah, Pakatan Rakyat (PR) mula menyusup ke Bumi Kenyalang untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menerangkan kelemahan-kelemahan kerajaan seperti yang biasa mereka lakukan.
Ingin aku jelaskan bahawa punca PR dan BN mahukan negeri terbesar di Malaysia ini adalah kerana sumber alam negeri ini yang besar. sumber alam negeri inilah yang menjana pertumbuhan ekonomi negara sejak 46 tahun dulu.
selain itu, satu lagi faktor menarik yang menguatkan azam PR untuk menawan Sarawak adalah kerana ketiadaan 3 parti utama BN disana iaitu UMNO, MCA dan MIC. tidak usahlah aku terangkan kenapa 3 parti ini tiada di Sarawak kerana ia sudahpun dalam perjanjian kemasukan Sarawak ke dalam persekutuan malaysia. parti-parti komponen lain banyak di negeri ini.
seperti kenyataan seorang bekas pemimpin sarawak, Tun Jugah Anak Barieng:
'kami masuk ke dalam persekutuan Malaysia bukan kerana persekutuan malaysia, kami masuk kerana kami ingin membentuk persekutuan Malaysia itu sendiri'
mengikut ramalan, pilihan raya undangan negeri sarawak bakal diadakan dalam tahun hadapan, jadi sekarang sudah tiba masa untuk parti-parti politik menyusun jentera untuk bertempur di negeri Sarawak.
oleh sebab itulah PR mahukan tsunami politik mula bergerak ke sana, walaupun mereka sedar kejayaan adalah jauh kerana faktor ideologi, komposisi kaum dan geografi Sarawak yang mencabar sekali. tapi aku yakin ini tidak menjadi penghalang kepada BN dan PR dari terus melebarkan pengaruh mereka di sana.
Oleh sebab kedua-dua pihak mahukan sokongan dari rakyat, secara tidak langsung ia akan membuka mata orang sarawak tentang 'obses parti' di mana mereka akan melihat buat pertama kalinya perang poster, kempen secara intensif, berdiri memilih parti masing-masing dan ceramah-ceramah politik malah orang-orang sarawak berpeluang memilih parti lain selain BN, maklumla sebelum ini kebanyakkan kawasan menang tanpa bertanding.
dari segi isu yang akan dibawa turut memainkan peranan amat penting untuk mendapatkan sokongan rakyat sarawak. ingin aku tegaskan bahawa dari segi komposisi kaum, sarawak terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu Dayak (Iban, bidayuh, penan, kenyah, kelabit etc), Melayu dan Cina.
dari segi kesedaran politik, adalah mustahil untuk memujuk orang-orang CIna dan Dayak untuk memangkah calon Pas, jadi parti yang akan membawa cabaran PR adalah DAP dan PKR yang memang sudah mempunyai penyokong di sana. Bagi BN pula tiada masalah kerana tugas ini dibawa oleh parti-parti komponen BN (PBB, SUPP, PRS dan SPDP).
antara isu yang dijangka dibawa oleh PR adalah isu tanah rizab, penyelewengan wang dan ketidakadilan kerajaan pusat terhadap rakyat Sarawak selain kejayaan mereka mentadbir negeri-negeri di semenanjung. manakala bagi BN, mereka dijangka membawa isu pembangunan yang memang sudah lama ditagih oleh orang sarawak selain isu menghentam karektor Datuk Seri Anwar Ibrahim.
mengikut perkiraan ini, BN mendapat kelebihan kerana rakyat sarawak memang dahagakan pembangunan terutamanya dikawasan luar bandar. janji-janji yang akan ditaburkan nanti sudah tentu amat meliurkan.
kenapa aku berkata BN tetap mendapat kelebihan walaupun PR membocorkan banyak penyalahgunaan kuasa? ingin aku tegaskan lagi bahawa rakyat sarawak bersifat amat pasif berkenaan politik. orang sarawak tidak akan ambil peduli tentang perkara yang terjadi di negeri lain kerana mereka sendiri tidak pernah menjejakkan kaki di semenanjung. ini adalah sifat semulajadi orang sarawak sejak zaman pemerintahan James Brooke dulu.
Kedua, isu yang di bawa PR, terutamanya isu tanah rizab memang akan mendapat sambutan dari orang melayu dan Dayak, tetapi mereka jangan lupa, sokongan Cina sebanyak 30% rakyat sarawak pasti hilang jika isu ini dimainkan.
Dari segi undi muda pula, rata-rata mereka sudah mula menyokong PR terutamanya PKR kerana orang muda Sarawak tertarik dengan personaliti Anwar yang terasa dekat dengan darah muda, tetapi sayangnya, majoriti pengundi muda di Sarawak masih belum mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). sudah tentu ia satu kerugian untuk PR. Jika tidak percaya sila kaji.
Oleh itu, satu-satunya jalan terbaik bagi PR untuk memenangi ataupun sekurang-kurangnya menidakkan 2/3 DUN negeri Sarawak adalah dengan menimbulkan 'kesedaran' kepada rakyat Sarawak betapa 'baiknya' Godfather Sarawak selama ini, biar dedahkan semua, disamping melaksanakan projek2 pembangunan seperti yang BN sering lakukan ketika tempoh berkempen. biar keluarkan sedikit duit poket daripada tiada langsung.
Sedarlah bahawa peluru sudah diisi di Sarawak, hanya tinggal seseorang untuk menembak sahaja....sedarlah
>>>Anak Jati Sarawak