Friday, March 20, 2009

Najib oh Najib...

Hujung bulan dan awal bulan depan pasti mencatatkan sejarah baru politik negara...kenapa aku cakap macamtu, kerana 'perkara' ini tidak pernah berlaku dan tidak pernah terfikir oleh mana-mana rakyat Malaysia setahun lalu.


Ramalan yang mungkin terjadi adalah....

(1) Kalahnya Barisan Nasional (BN) di tiga Pilhan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Lebih signifikan antara PRK ini adalah apabila BN tewas di Batang Ai. Sudah pasti pada Pilihan Raya Undangan Negeri Sarawak awal tahun depan di menangi oleh Pakatan Rakyat (PR) dan sudah pasti lagi pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, PR akan menguasai kerajaan pusat.

(2) Pertukaran Presiden UMNO antara Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Mari kita lihat bersama-sama apakah yang akan terjadi kepada UMNO selepas itu dan ini membawa kita ke kemungkinan seterusnya.

(3) Desas-desus kuat mengatakan Pak Lah tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri walaupun Presiden UMNO di pegang oleh Najib. Ini kerana Pak Lah masih mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

Seperti kenyataan Tun Mahathir, tidak ada dalam undang-undang yang mengatakan Presiden UMNO mesti menjadi Perdana Menteri. Lebih menarik lagi kata Tun, sebelum mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong, bakal Perdana Menteri tersebut mestilah mendapat sokongan majoriti di Parlimen dan pilihan ini agak mustahil buat Najib.

Tambah Tun lagi, BN sekarang berpecah dua, separuh masih menyokong Pak Lah dan selebihnya menyokong Najib, dan PR pula sudah tentu tidak menyokong Najib dan memberi sokongan kepada Pak Lah. Seperti Tun cakap, Pak Lah akan menjadi 'Perdana Menteri Pembangkang'.


Sekarang sudah semakin jelas kenapa Pak Lah berjumpa dengan Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari, kedua-dua pihak menafikan sebarang perbincangan berlaku tetapi sebagai dua tokoh penting negara, mana mungkin tiada perbincangan langsung.

Marilah kita bersama-sama menyaksikan apakah yang akan terjadi dalam kancah politik negara hujung bulan ini..Salam..

No comments: