Menurutnya, ia adalah kerana  pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sudah mula bercakap mengenai pakej  rangsangan ini sejak tahun lepas kerana menganggap isu ekonomi sudah  lama menjadi keutamaan negara.
“Kita sudah bercakap mengenai  pakej rangsangan ini sejak 5-6 bulan yang lepas, kalau benar kenapa  beliau (Najib) tidak bersedia berbincang dan mendengar pandangan ahli-ahli  parlimen PR mengenai pakej rangsangan ini.
“Ekonomi masih lagi menjadi  keutamaan dan kita harus berunding mengenai isu ini kerana isu ini adalah  masalah negara dan Najib sebagai Menteri Kewangan memang ada langkah  untuk menangani kemelut ekonomi tetapi pakej rangsangan ini sedikit  terlambat.
“Dari segi politik, kita  kena hentikan sebarang tindakan politik rakus dan tindakan fitnah dalam  media malah kita hendaklah duduk berunding membincangkan masalah negara  yang lebih utama, tidak ada masalah,” katanya pada sidang media selepas  sesi perbahasan  Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009 di  lobi Parlimen semalam.
Beliau yang juga Penasihat  Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut menjelaskan bahawa kelemahan utama  dalam pakej rangsangan ini adalah kegagalan kerajaan untuk melihat isu  keyakinan rakyat, pelabur domestik dan pelabur antarabangsa sebagai  asas kepada pemulihan ekonomi.
“Kita harus memulihkan keyakinan  semua pihak seperti yang dikatakan oleh pakar ekonomi sebagai ‘faktor  psikologi’, ia adalah satu faktor yang amat penting.
“Buatlah rangsangan RM60  bilion atau sebanyak mana pun, tetapi kalau orang ramai tidak yakin,  maka pakej rangsangan ini tiada keupayaan untuk membawa perubahan.
“Sebagai contoh isu tol tidak  dinaikkan, itu hanyalah satu tindakan mendapatkan sokongan pengundi  untuk kepentingan mereka, tetapi rakyat sudah tahu dan tidak yakin tol  benar-benar tidak akan dinaikkan,” katanya.
Selain itu, Anwar turut menegaskan  agar agihan pakej rangsangan ini tidak ada sebarang unsur diskriminasi  kerana setiap rakyat negara ini mempunyai hak keatasnya.
“Jangan sesekali ada diskriminasi  projek-projek yang dilaksanakan dinegeri-negeri dibawah pemerintahan  PR,” katanya.
Ditanya mengenai adakah pakej  rangsangan ini dikeluarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bertujuan  untuk mengambil hati rakyat supaya menyokong mereka, Anwar menjawab,  “bajet ini bagi saya tidak ada kena-mengena dengan beberapa isu yang  menjelang tiba tetapi ia adalah keperluan negara berhadapan dengan krisis  ekonomi yang besar,” katanya.
Tambahnya lagi, PR tidak pernah  mempersoalkan keperluan pakej ini pada masa sekarang tetapi PR hanya  mempersoalkan mengenai pengurusan dan kemana arah tuju duit ini dibelanjakan  nanti.
Terdahulu, pada sesi perbahasan  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkata, PR sedia  bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi negara namun  kerajaan sebenarnya perlu terlebih dahulu memulihkan kebuntuan psikologi  dan keyakinan rakyat.
Sambil menyifatkan pelawaan  Najib semalam supaya kerajaaan dan pembangkang sepakat dalam menangani  masalah ekonomi umpama 'menghulurkan ranting zaitun', pelawaan itu tidak  ada gunanya jika pada masa yang sama, rakyat 'ditikam' dengan pelbagai  tindakan zalim dan ditindas.
"Sekonyong-konyong dalam  ucapan semalam, (kerajaan) memberikan ranting zaitun ingin bekerjasama  dengan Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara.
"Kita berikan ranting,  kita tikam rakyat...buang mereka dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),  lempar fitnah yang keji terhadap mereka, rampas kuasa mereka seperti  yang berlaku di Perak kemudian berikan ranting zaitun.
"Orang yang berikan ranting  zaitun ini perlu dibaling dengan durian, melainkan ranting itu diberikan  secara konsisten," katanya.
Kelmarin, Timbalan Perdana  Menteri selaku Menteri Kewangan telah mengumumkan pakej rangsangan kedua  berjumlah RM60 bilion sebagai satu langkah berhadapan dengan krisis  ekonomi yang semakin mencabar selaras dengan kehendak pasaran dan keperluan  negara.
No comments:
Post a Comment