Wednesday, April 8, 2009

RAHMAN????

Teori RAHMAN? hanya satu kebetulan atau mitos sebenar?

R-Rahman Putra
A-Abdul Razak
H-Hussein Onn
M-Mahathir Mohamad
A-Abdullah Badawi
N- Najib Razak

wow!! Abdullah Badawi tu patut kepunyaan Anwar Ibrahim, tetapi nak cukupkan RAHMAN terpaksa pilih Pak Lah?? benarkah begitu??

ada juga bercakap teori RAHMAN sudah bertukar menjadi teori NAJIB
N-Najib Razak
A-<<ada kemungkinan diisi oleh Anwar Ibrahim...setuju semua??
J-?
I-?
B?

tiga huruf terakhir juga ada kemungkinan diisi oleh bangsa Cina dan India malah nama-nama dari Sabah dan Sarawak.

Teori politik semasa tanah air

dari barisan kabinet yang bakal dilantik oleh Perdana Menteri (PM) yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah kedengaran bibit2 perpecahan dari dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri. MCA sudah mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan kabinet yang baru kerana mereka menuntut 4 jawatan menteri penuh dan 6 timbalan menteri. MIC turut berkira-kira.

Begitu juga parti-parti komponen BN dari sabah dan sarawak yang telah memberikan kemenangan kepada BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU)-12 yang lalu. Parti seperti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari sarawak dan Parti Bersatu Sabah (PBS) turut mengidamkan jawatan lebih banyak dalam kabinet.

sekiranya Najib tidak mengambil kira kehendak sebenar rakyat sekarang, kemungkinan besar beberapa kejadian penting akan melanda negara dan diingati sepanjang lipatan sejarah. Berikut adalah beberapa senario yang mungkin terjadi.

senario 1:

Jika Najib tidak memberikan lebih jawatan kepada parti dari sabah dan sarawak, ramai ahli Parlimen melompat parti dan kerajaan pusat akan bertukar.

senario 2:
perpecahan dalam UMNO sendiri kerana ramai pemimpin dan penyokong masing2 tidak berpuas hati dan bertindak keluar UMNO beramai-ramai dan menyukarkan lagi pentadbiran Najib, lantas melumpuhkan UMNO dan BN sekali gus undi tidak percaya di Parlimen dilakukan dan Najib tewas.

senario 3:
parti-parti utama dalam BN seperti MCA dan MIC sudah merasa tidak ada gunanya bersama2 dengan UMNO dan mengistiharkan keluar dari BN. parti2 komponen kecil lain contohnya seperti parti2 dari sarawak dan sabah bertindak membuat pakatan sendiri dan mengambil keputusan keluar dan memimpin negeri masing2. UMNO hilang majoriti dalam parlimen dan Najib terpaksa digugurkan.

Apapun senario yang bakal terjadi, kemungkinan besar Najib akan menjadi PM paling singkat dalam sejarah kepimpinan negara.

apapun kita tunggu dan lihat...Amin

Nukilan ikhlas dari 'Aku'...

No comments: