Monday, January 11, 2010

isu kalimah Allah SWT...




Lambang Paganism
Lambang Paganism

Isu kalimah Allah SWT yang panas di Malaysia sekarang antara penganut agama Islam dan Kristian sebenarnya sudah bermula sejak ratusan tahun lagi di Timur Tengah.

Ketika awal penyebaran agama Kristian (Nasrani) oleh Nabi Isa ra (Jesus dalam Kristian), Nabi Isa menyeru umat manusia menyembah Allah SWT sebagai satu. Jelas dalam kitab2 lama paling ortodoks Kristian menjelaskan Nabi Isa (Jesus) bukannya Tuhan seperti yang diketahui sekarang melainkan seorang manusia yang ditugaskan sebagai pesuruh Allah SWT yang membawa kebenaran kepada seluruh umat manusia.

Kekeliruan ini berlaku apabila serangan kerajaan Pagan dari arah utara dan menghancurkan kerajaan '12 Raja Bani Israel' dan menerapkan unsur-unsur pagan dalam ajaran baru Kristian sehingga mewujudkan konsep tiga tuhan dalam Kristian iaitu Bapa (Allah SWT), Anak (Jesus) dan Roh Kudus (Jibrail).

Aku tertanya-tanya kenapa pusat penyebaran Kristian dunia di Vatican tidak pernah mengeluarkan fatwa yang menyeru umat Kristian seluruh dunia menggunakan nama Allah SWT? Dalam ritual, mereka hanya menyebut God atau tuhan dalam bahasa Melayu?

Jadi kenapa Kristian di sini begitu bersungguh-sungguh mahu menggunakan nama Allah SWT merujuk kepada tuhan mereka? Kalau mahu menggunakan bahasa Melayu, nama Jesus harus juga ditukar dengan nama Nabi Isa ra dan roh kudus sebagai Malaikat Jibrail.

Apa yang menjadi kebimbangan umat Islam negara ini adalah kesilapan meletakkan nama Allah SWT di tempat yang tidak sepatutnya, contohnya seperti merujuk Jesus itu anak kepada Allah...Nauzubillah...itu yang kita risau.

Jadi jika Kristian Malaysia mahu menggunakan nama Allah SWT, mereka seharusnya akur dan meletakkan Allah SWT secara muktamad seperti yang tercatit dalam kitab suci Al-Quran iaitu Allah SWT Pencipta Sekalian Alam, tidak beranak dan tiada bapa. Jika mereka terima maka mereka kembali kepada ajaran Nasrani yang asal.

Jadi kepada seluruh umat Islam negara ini dan saudara Kristian kita, isu ini seharusnya diselesaikan dengan cara paling baik, tanpa pergaduhan dan tindakan yang menjejaskan keselamatan negara. oleh itu letakkan kewarasan sebagai asas utama....Amin...

No comments: