Tuesday, February 23, 2010

Sejarah Melayu?? Mana???


Terlebih dahulu aku meminta maaf kepada sesiapa yang berasa tidak puas hati dengan post aku kali ini, aku hanya insan biasa, bukan berdarah Melayu sebenar tetapi aku merasakan diri aku sebagai Melayu. Aku bangga mengatakan aku Melayu dan beragama Islam.

Hari ini, golongan muda Malaysia terutamanya Melayu boleh dikatakan hilang jati diri Melayu mereka. Lebih menyedihkan bila aku tanya ramai member aku apa maksud Melayu? Member aku berkata Melayu adalah orang yang memakai pakaian Melayu (bersongkok, berbaju Melayu dan berbaju kurung), mengamalkan gaya hidup Melayu (lepak, malas, makan sambal belacan..etc????) dan beragama Islam. Begitu sajakah? Ayat seperti dalam perlembagaan je. Jadi mana bangsa Melayu? lihat keliling anda!

Lepas itu aku tanya pula mana datangnya Melayu? Member aku menjawab Melayu berasal dari Selatan China, aku tanya lagi betulkah? Dia menambah kaum Cina ini berasimilasi dengan kaum India jadilah Melayu di Nusantara. Aku tanya lagi jadi dari mana datangnya Bahasa Melayu? Member aku jadi pening, dan akhirnya tidak tahu berkata apa.

Inilah kesilapan yang perlu diperbetulkan, dalam buku teks Sejarah sekolah kita, cerita bermula dari zaman Paleolitik, Mesolitik, Zaman Batu, Zaman Logam, terus ke zaman Kesultanan Melaka dan kemudian terus dijajah oleh empat kuasa asing silih berganti (Portugis, Belanda, Enggeris dan Jepun) selama 500 tahun sebelum kemunculan negara Malaysia. adakah sejarah kita benar-benar setakat itu sahaja????

Selepas itu aku bertanya dengan member aku, pernahkah kita berfikir semasa tentera Melaka mempertahankan Kota daripada serangan Portugis, tentera Melaka sebenarnya menggunakan senapang dan meriam? Member aku berkata aku selalu sangat tengok TV, aku hanya gelak sahaja. Dia menegaskan tentera Melaka hanya menggunakan Keris, parang dan perisai kecil.

Aku geleng kepala, betapa tulisan pakar sejarah orientalis barat sudah bersemadi dalam fikiran anak-anak muda kita. Aku menerangkan satu demi satu, cuba fikirkan, belerang dicipta oleh bangsa Cina, kemudia dibawa ke negara Arab tepat lagi ketika zaman Khalifah Uthmaniyah. Sudah tentu laluan kapal tersebut akan melalui Selat Melaka. Tidak mungkin Sultan Melaka tidak tahu mengenai penciptaan senapang dan meriam, sedangkan Melaka ketika itu adalah pelabuhan terkaya di dunia, lebih kaya dari Port Royal!!!

Pemikiran beginilah selalunya ditolak oleh pemikiran Melayu tipikal, hanya menerima ilmu dan malas berfikir. Tulisan orientalis barat terus menjadi rujukan penulis-penulis tempatan sehingga ke hari ini sedangkan sejarah Melayu lebih dari itu. Terima kasih kepada ahli-ahli akademik yang memulakan penyiasatan dari kosong, terutamanya kajian dari UKM!!

Kita perlu selidiki asal usul sebenar bangsa Melayu, kita semua mengetahui dalam rumpun Melayu terutamanya di seluruh Nusantara, bangsa Melayu dipecahkan dengan begitu banyak kaum-kaum kecil contohnya, Bugis, Banjar, Mendailing, Jawa, Sunda, Iban, Kadazan, Sulu, Siam, Batak, Minang, etc...lihat sahaja nama Nusantara = Nusa Antara = Antara Nusa = Antarabangsa!!! Nama Nusantara pertama kali disebut oleh Patih Gajah Mada pada abad ke-12.

Tetapi pada abad ke-20, Nusantara telah dipecahkan oleh kuasa barat kepada beberapa negara terutamanya Indonesia, Malaysia dan Filipina. Di Filipina, missionaris Kristian berjaya mengkristiankan penduduknya sehinggakan bangsa Moro yang masih beragama Islam ditolak ke arah selatan. Begitu juga nasib Melayu Siam di Thailand. Lebih menyedihkan kaum Melayu Champa di Kemboja hanya tinggal nama, ramai yang sudah lari ke Malaysia ketika kekejaman Pol Pot.

Begitu juga di Indonesia, usaha mensekularkan Indonesia telah berjaya! Keluarga Melayu di Indonesia sudah cacamerba! Suami Islam, Isteri Kristian dan anak pula beragama Hindu!! Bila ditanya kamu bangsa apa? Orang Indo tersebut dengan bangga menjawab, Gwe bangsa Indonesia! Beragama apa? Orang Indo tersebut senyap terus!

Di Malaysia lain pula halnya, kerajaan kita bersusah payah mahu mewujudkan konsep bangsa Malaysia tetapi konsep ini kurang mendapat sambutan. Kita semua masih mendengar saya bangsa Melayu, saya bangsa Cina, saya bangsa India dan sebagainya. Kenapa perkara ini boleh terjadi?

Sebelum menjawab persoalan ini, kita hendaklah menyorot semula sejarah Tanah Melayu/Malaya. Kenapa British membawa masuk ramai pendatang dari China dan India? Mesti jawapan yang bermain di minda kita adalah untuk memenuhkan peluang pekerjaan bukan...ya itulah jawapan tipikal orang yang malas berfikir.

Pernahkah kita berfikir, kenapa kuasa besar Eropah ini memerlukan begitu banyak perjanjian-perjanjian dengan Sultan-Sultan Melayu? Sedangkan di tanah jajahan lain, penjajah Eropah ini membunuh dan memerangi Raja-Raja mereka, pelik bukan cara penjajahan British di Tanah Melayu.

Alamak! apa yang aku merepek ni?? hahahaha!!!


1 comment:

john said...

"Melaka tidak tahu mengenai penciptaan senapang dan meriam, sedangkan Melaka ketika itu adalah pelabuhan terkaya di dunia, lebih kaya dari Port Royal!!!"

lol!!jangan nak menipu. jangan percaya ngan buku teks kbsm. sebenarnya melaka masa tu cumalah tempat R&R je bagi sailors..