Saturday, February 21, 2009

sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Dua bukit sudah pasti, Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) 'Pasca Presiden UMNO Baru'. Satu lagi bukit masih dalam congakan iaitu kepunyaan Elizabeth Wong, Bukit Lanjan nama diberi.

Teringat aku dalam seminggu kebelakangan ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya sering mengatakan ada 'pattern' atau corak dalam bahasa melayunya serangan dari BN. Adakah pattern yang dimaksudkan adalah serangan keatas kawasan 'bukit'? Yelah, asyik-asyik bukit je, lepas ni mesti ADUN Pakatan Rakyat (PR) yang berada di kawasan 'bukit' semakin terasa terancam, takut suwey kena kat dorang.

Apapun PRK kali ini adalah gelanggang terbaik membuktikan kepimpinan baru UMNO dibawah teraju Datuk Seri Najib Tun Razak, hehehe...jangan salah sangka, KEPIMPINAN UMNO SAHAJA YANG SAYA MAKSUDKAN DISINI.

Sudah pasti juga PR akan bermati-matian mempertahankan kawasan yang dimenangi mereka dan juga memastikan gelombang tsunami politik berterusan sehingga ke PRU-13 nanti. SUdah tentu juga kawasan yang paling 'panas' adalah Bukit Gantang memandangkan krisis politik di Perak masih belum reda.

Dapat aku bayangkan hanya dengan sedikit provokasi, penyokong kedua-dua pihak pasti bertempur sesama sendiri atau pun bertempur dengan polis. Sudah tentu juga akan ada orang yang akan cedera dalam episod PRK ini nanti dan aku tak nak menjadi salah seorang yang cedera.

Jika ditakdirkan aku membuat liputan untuk PRK Bukit Gantang, aku akan pastikan story aku bergantang-gantang keluar dari Bukit Gantang. hahahaha!!! Bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, tapi aku nak tambah, sikit-sikit, lama-lama, bila nak jadi bukit?

Friday, February 13, 2009

Malaysian National Paintball League





After a while, I'm playing again for Division 3 NPL season 2009 this weekend. Its kinda nostalgic for me because I'm not playing with my true team. For this season my team is KARANGKRAF SINAR HARIAN.

1st time i'm feel sad, fear, blur what will happen tomorrow. Its never happen to me before, hopefully one day, i will play for my true team and reclaim our hall of fame.

Yakuza
Mass Assault

Thursday, February 12, 2009

PKR bimbang kebebasan media disekat

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyuarakan kebimbangan bahawa kebebasan bersuara dan media akan disekat sekiranya Timbalan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak diangkat menjadi Perdana Menteri.

Ketua Penerangannya, Tian Chua berkata demikian ketika mengulas tentang kejadian surat khabar rasmi parti itu, Suara Keadilan yang telah dirampas secara besar-besaran di seluruh negara.

“Sekarang terlalu banyak isu tidak popular terjadi kepada Barisan Nasional (BN). Jadi untuk memulihkan imej, mereka akan menyekat media dan mengarahkan penerbitan mengikut selera mereka sahaja,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Suara Keadilan di sini, semalam.

Menurutnya, dianggarkan 20,000 naskhah edisi 4 Februari dengan tajuk ‘Perak cabar SPR ke mahkamah’ telah menjadi sasaran unit penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk dirampas antaranya di Kedah, Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak.

“Mungkin berita-berita yang disiarkan Suara Keadilan tidak menyenangkan parti pemerintah, tetapi saya ingin tegaskan akhbar ini adalah akhbar rasmi parti dan sudah pasti ia mengikut perspektif kita. Rakyat juga memerlukan penerangan dan maklumat yang tepat mengenai apa sebenarnya terjadi berbanding media yang dikuasai BN.

“Surat khabar ini juga bukan akhbar neutral seperti Sinar Harian, oleh itu kita tidak berpura-pura berterus-terang bahawa kita berpihak kepada pembangkang,” katanya.

Selain itu, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu turut mempersoalkan tindakan KDN merampas akhbar terbabit tanpa penjelasan kukuh.

“Jika kami melanggar undang-undang, beritahu kami, jangan terus rampas. Mereka seharusnya menjelaskan tindakan mereka dan mengikut prosedur, itu sepatutnya syarat utama,” katanya.

Beliau berkata, tindakan KDN merampas surat khabar ini terus daripada pengedar-pengedar seluruh negara bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka.

“Sekiranya pengedar-pengedar ini dikenakan tindakan undang-undang, PKR akan membantu mereka dengan menyediakan panel peguam,” katanya.

Sehubungan tindakan KDN ini, Tian Chua menjelaskan akan menulis surat secepat mungkin kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengenai tindakan mereka.

“Pada sesi Parlimen yang akan bersidang nanti, saya juga akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri dan saya harap menteri tersebut akan memberi perhatian terhadap isu ini,” katanya.

Selain Suara Keadilan, akhbar lain yang turut dirampas secara besar-besaran ini adalah akhbar dwi-mingguan Pas iaitu Harakah yang memuatkan isu terkini mengenai pergolakan politik di Perak.